SELANGKAH KE GERBANG PERKAHWINAN

Family Series 39283

Bermulalah hari-hari yang sibuk dalam hidup Zack.Usai kerja di studio,Zack menjemput Akiff di tadika.Melayan karenah Akiff dulu sebelum menghantar Akiff pulang ke rumah.Biasanya ada saja permintaan Akiff untuk menarik perhatian Zack."Uncle,Akiff macam teringin nak makan nasi ayam!!"Hahaha..macam teringin tu,maksudnya memang teringin tapi pandai si kecil cakapnya beralas.Ikut perangai siapa?Mungkin mamanya atau uncle Zack sendiri.Bila sudah rapat maka bukan setakat harta-benda tapi perangai pun boleh diwarisi.

Selesai uruskan Akiff,Zack melayan pula ibu.Sejak dua menjak ini,ibu bahagianya tak boleh digambarkan dengan kata-kata.Zack yang nak kahwin tapi ibu yang lebih teruja. Sudah berminggu,diaturnya kedai untuk berbelanja.Pelbagai peralatan dan perkakasan untuk majlis resepsi diborong .Ibu inginkan yang terbaik buat Zack dan Ika.Mujurlah Zack dan Ika tidak banyak karenah.Apa pilihan ibu,mereka pasrah.

Sepersalinan baju akad nikah ditempah oleh ibu untuk mereka di Butik Pesona Pengantin.Warna putih polos jadi pilihan. Zack menyerahkannya sahaja kepada Ibu.Bagi Zack,cantik di mata ibu cantiklah di mata Zack. Yang penting dan utama adalah ijab kabul untuk menghalalkan perhubungannya dengan Ika.

Menghitung hari-hari untuk disatukan terasa sangatlah lama.Sedangkan sebulan sahaja lagi tarikh yang ditetapkan iaitu ketika cuti persekolahan akhir tahun.Semakin dekat,semakin berdebar-debar pula.Ika nampak lebih tenang dan matang.Maklumlah,Ika terlebih dulu makan garam dalam berumah tangga dan perkahwinan ini yang kedua buatnya.

"Zack,kau tolong telefon Mak Long Biah.Ibu nak jemput mak long kau datang ke majlis akad nikah ni.Nanti kau senaraikan juga nama jiran-jiran lama kita di Melaka dulu.Nanti kecil hati dia orang kalau tak dijemput."Begitulah ibu yang sentiasa lorat.Kononnya majlis kecil tapi proses memanggil tak selesai lagi sejak mereka menetapkan tarikh resepsi.
Dakwa ibu jemputan ibu seribu orang tapi bila Zack hitung semula dah hampir 2000 panggilannya.Tak sabar betul ibu hendak bermenantukan Ika.Cadar kamar pengantin dan juga hiasan dalaman semuanya sudah disiapkan ibu.Malahan perabot bilik tidur Zack juga berganti.Kata ibu,biarlah ibu berhabis-habisan untuk anak menantu.Ibu seorang yang sarat dengan kasih sayang dan sikap pemurahnya bagaikan air yang mengalir.Sikap ibu menyebabkan ramai orang mudah jatuh sayang kepada ibu.

Hari ini,ibu mendesak Zack membawa Ika ke kedai emas pula.Biar Ika pakai barang kemas serba berdiri.Zack tahu Ika bukan penggemar barang kemas.Penampilannya ringkas saja.Tiada seurat emas pun di badannya.Bukan kerana tidak mampu tapi semuanya disebabkan minat.Oleh kerana merai hasrat ibu, Zack tidak menyanggahnya.Set barang kemas Habib Jewel jadi pilihan ibu.Dari cincin,gelang,rantai leher dan juga rantai kaki dibeli untuk Ika .Agaknya ibu hendak balas dendam kerana tidak berpeluang untuk membeli kepada anak perempuan.Maka menantulah jadi mangsa.Kalau menantu seperti mami jarum tentu berbahagia dan senyum sampai ke telinga.Kelat saja muka Ika bila diminta mencuba pelbagai design yang menjadi pilihan ibu.Ibu suka barang kemas yang besar,-besar tapi Ika pula berminat dengan saiz yang kecil.Nampaknya dalam semua perkara,Ika dan ibu seia sekata tapi bab membeli barang kemas,citarasa mereka jauh berbeza.

'Mengapa abang susah-payah nak beli Ika macam-macam? Ika tidak minta tubuh Ika disalut emas.Cukuplah kasih sayang dan kesetiaan abang."Dengan nada berbisik ,Ika menyuarakan perasaannya."Ika,abang tidak pandai menyusun kata tapi salahkah jika abang dan ibu hadiahkan semua ini untuk wanita yang akan menjadi peneman abang sehingga ke hujung nyawa?"Zack cuba untuk memahamkan Ika.Maka mahu tidak mahu Ika terpaksa menerimanya.

Melangkah ke gerbang perkahwinan, merupakan impian setiap insan.Banyak persediaan yang perlu dilakukan.Ianya bukan setakat mengukir janji untuk sehidup semati tetapi tapi menggalas tanggung jawab yang lebih besar iaitu untuk membimbing pasangan dan zuriat ke syurga nan abadi.Jika syurga itu ibarat sekuntum bunga,Zack akan memetiknya buat Ika.Jika syurga umpama seekor burung,Zack akan menangkapnya untuk dipersembahkan kepada Ika.Dan jika syurga itu seperti sebuah rumah,Zack akan membina rumah yang paling bagus buat Ika.Namun jalan ke syurga itu bukanlah seindah yang dibayangkan.Penuh onak dan duri yang ditempuhi.Berapa ramai yang menjadi pencundang akibat tidak kental dan sabar serta kurang iman di dada.Perkahwinan juga bukan sekadar mengecap nikmat manisnya sahaja
tetapi perkahwinan dalam islam adalah merupakan pembentukan institusi keluarga .

Membina mahligai bersama memang tidak mudah, tapi jika pasangan terus berjuang tanpa lelah, akhir yang indah akan selalu menunggu untuk dikecapi bersama.Zack tidak menjanjikan bulan dan bintang kepada Ika tapi akan cuba melaksanakan tanggung jawab dengan sebaik mungkin.Ika juga akan melengkapkan segala kekurangan diri Zack.

"Ika, abang janji abang tidak akan mendesak Ika untuk melaksanakan tugas sebagai isteri.Abang akan setia menunggu sehingga Ika benar-benar bersedia.Yang penting Ika cepat sihat."Di antara janji Zack kepada Ika."Abang, in sha Allah Ika akan cuba yang terbaik.Ika mengharapkan redha suami untuk Ika.Terima kasih abang kerana mencintai Ika tanpa syarat.Terima kasih kerana sentiasa memahami Ika.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience