MENANGGUK DI AIR YANG KERUH

Family Series 39283

Zack tergesa-gesa keluar dari studio.Pagi tadi,dia ada temu janji dengan seorang gadis Jepun bernama Asuka.Sudah lama Zack mengenali Asuka.Asuka sentiasa mengikuti perkembangan Zack dalam bidang seni.Setiap kali Zack mengadakan pameran,setiap kali juga Asuka dan rakan-rakannya akan turut serta menghadirinya.Asuka meminati karya Zack.Sudah puluhan ribu ringgit dibelanjakan untuk membeli lukisan Zack.Dari sebuah lukisan pada mulanya dan akhirnya 3 buah lukisan dibelinya tadi.Zack lebih senang menyantuni gadis Jepun itu sendirian daripada melepaskan kepada stafnya.Dalam sesebuah perniagaan,pelanggan adalah ibarat raja.Ramai pelukis yang pandai berkarya dan menghasilkan lukisan hebat tapi untuk membeli kepercayaan dan kesetiaan pelanggan bukanlah perkara mudah.Oleh sebab itu, pelanggan-pelanggan Zack sangat menyenangi Zack dan sentiasa menyokong Zack berkarya.

Usai melayan Asuka,Zack terus ke rumah umi kerana umi menyediakan sup ayam untuk Ika.Kata umi,Ika sukakan sup ayam kampung.Abi tidak dapat ke hospital kerana kurang sihat. Semasa Zack sampai di hospital untuk menghantar makanan yang dititipkan umi buat Ika,kelihatan Haziq terlebih awal melawat Ika.Mereka duduk berdua-duaan di birai katil.Haziq melayan Ika bagaikan dia dan Ika masih lagi suami isteri.Haziq menyuapkan makanan ke mulut Ika.Mata kuyu Ika nampak bersinar dan ceria.Kelihatan Ika sangat gembira bersama Haziq."Makan banyak sikit sayang,nanti cepat sihat."Kedengaran suara lembut Haziq memujuk Ika seperti anak-anak kecil.Sesekali, jari-jemari Haziq mengusap-usap pipi Ika.Zack cuba mententeramkan perasannya.Dalam hal ini,Zack sama sekali tidak menyalahkan Ika.Namun sikap Haziq umpama menangguk di air yang keruh.Cuba mengambil kesempatan di atas musibah yang menimpa Ika.

"Assalamualaikum...Ika,abang bawakan sup ayam.Umi kirim untuk Ika."Zack memberitahu Ika tapi Ika langsung tidak memandang wajah Zack.Seolah-olah Zack tidak wujud di hadapan mereka.Tiada ucapan terima kasih dari bibir Ika.Jauh sekali sebuah penghargaan untuk Zack.Haziq juga tidak memandang Zack. Apatahlah lagi untuk bersapa. Zack menarik nafas dalam-dalam.Oh,tuhan!!Kurniakan aku kesabaran dan permudahkan segala urusanku.Dia cuba memujuk diri.Cemburu?Sumpahlah,jika dia tiada sebarang perasaan apabila melihat wanita pujaan hatinya bermesra dengan lelaki lain.Cemburu itu tandanya Zack sayangkan Ika.Zack ikhlas menyayangi Ika dan Akiff seadanya.Ika adalah wanita pertama yang berjaya mengetuk pintu hatinya.Ika juga adalah wanita pertama yang diterima oleh umi sepenuh hati dan seluruh jiwa dan raga.

Zack sama-sekali tidak menyenangi sikap Haziq.Walaupun Zack tidak begitu mengenali Haziq tapi kisah silam mereka pernah diceritakan abi suatu ketika dahulu.Haziq sudah punya isteri dan dia hanyalah bekas suami Ika.Mereka tiada sebarang ikatan.Ika pula adalah bakal isteri Zack.Selemah-lemah iman adalah apabila menolak kemungkaran di dalam hati."Adakah aku selemah itu melihat maruah diriku diinjak-injak oleh Haziq?"Zack bermonolog sendiri.

"En.Haziq,maafkan saya.Saya rasa tidak manis perlakuan En.Haziq.Janganlah cuba menangguk di air keruh!!"Dengan nada separa berbisik tapi sarkastik bunyinya.Seakan ribut taufan di telinga Haziq."Encik,ini suami saya.Suka hati dialah nak suap saya ke.Encik tak payah sibuk-sibuk!"Nada suara Ika tinggi sambil membulatkan matanya memandang Zack."Abang,Ika tak sukalah dengan lelaki ini.Selalu kacau Ika.Ika rimas."Bisik Ika kepada Haziq tapi telinga lintah Zack dapat mendengarnya dengan jelas.Bagai disiat-siat hati Zack mendengar kalimah yang keluar dari mulut comel Ika.

"Saudara, aku empati dengan Ika.Aku tidak mengambil kesempatan tapi kesempatan sering datang tanpa diundang.Kau dan aku,sama-sama berjuang.Kita lihat siapa yang menjadi pemenangnya."Sebuah senyuman sinis dilemparkan kepada Zack.Nampaknya, Haziq cuba mencabar Zack.Zack mengalah bukan beerti kalah.Zack tahu dan sedar,dalam situasi begini,jika Zack melancarkan peperangan dan serangan,menang pun jadi abu dan kalahpun jadi arang.Tiada siapa yang akan beroleh kemenangan sebenarnya.Ika akan menjadi mangsa.Zack menyangka Haziq memahami keadaan Ika, rupanya Haziq tidak cuba untuk faham.

Zack meninggalkan sup ayam di atas meja sisi yang terletak di sebelah katil Ika.Zack terus keluar tanpa sepatah kata.Dia sempat mengerling melihat Haziq dan Ika.Haziq memberikan senyuman sinis yang tajam menghiris hati Zack.Hati lelaki Zack terasa panas dan tercabar dengan sikap Haziq.

Permainan ini perlu dihentikan segera kerana Haziq belot dan tidak beretika.Zack masih menjaga batas pergaulan walaupun Ika bakal menjadi isterinya.Tidak pernah sekali Zack menyentuh Ika apatah lagi mengambil kesempatan terhadap Ika walaupun kesempatan itu sering ada jika pandai mempergunakannya.Teringat pesan ibu berkali-kali"Seorang lelaki yang baik,akan berjodoh dengan wanita yang baik.Jika rumah tangga itu dimulai dengan maksiat maka tiada keberkatannya kehidupan bersuami-isteri."Zack cuba menghadamkan segala nasihat dan pesanan ibu.Sebagaimana Zack cuba menjaga batas hubungan dengan Ika,Zack juga tidak mahu orang lain sewenang-wenangnya memperlakukan perkara tidak baik terhadap Ika.

Kelukaan yang Zack rasakan, Zack telan sendiri.Zack tidak berdaya untuk berkongsi sesuatu yang akan menyakitkan ibu.Biarlah ibu tidak tahu apa yang berlaku terhadap Zack dan Ika.Cuma kepada ibu selalu Zack meminta didoakan jodohnya hanya dengan Ika.

Peristiwa di hospital bagai diulang tayang di mata Haziq.Apa yang berlaku sangat memberatkan perasaan Zack.Konsenterasi terhadap pekerjaan juga sering terganggu.Selera makan Zack turut berkurang.Air diminum terasa duri, nasi dimakan terasa sekam.Begitulah hebatnya penangan dan penanggungan Zack hasil permainan Haziq.

Secepat apapun suatu kebohongan itu berlari, Zack cuba meyakini dirinya bahawa kebenaran itu akan tertegak jua.Ika akan menjadi miliknya.

Share this novel

Oyokisaloma Sham
2020-06-13 17:05:03 

Sakit hati betul dgn bekas suMi dia tu ermmm tak sedar diri


NovelPlus Premium

The best ads free experience