ZURIAT

Family Series 39283

Mama dan papa telah beberapa kali merungut kepada Haziq kerana telah lama mereka menanti kehadiran cucu.Walaupun Akiff adalah cucu mereka tapi apabila Haziq membuang Ika dan Akiff dari hidupnya maka hubungan mereka menjadi renggang.Sejak diceraikan,Ika tidak pernah sekalipun menjejakkan kaki ke rumah Puan Nora dan En.Kamarudin sama sekali tidak pernah menyalahkan Ika dalam hal ini.Ika adalah menantu yang terbaik buat mereka.Haziq yang terlalu inginkan kesempurnaan sehingga dia lupa bahawa sebagai manusia tidak pernah akan sempurna.

Sudah 4 tahun Haziq mendirikan rumah tangga dengan Intan Wardina.Pertemuan mereka bermula apabila mereka menaiki pesawat yang sama untuk ke Jakarta.Haziq bermusafir atas urusan perniagaan manakala Intan pula untuk tujuan melancong.Cinta kilat yang terjalin berlandaskan nafsu semata-mata.Intan dari latar belakang anak orang kaya.Sama-sama lahir dalam lombong emas.Intan seorang periang,peramah dan suka bersosial.Sifatnya amat kontradik dengan Ika yang pemalu, lemah-lembut dan bersopan-santun.

Haziq mendesak Intan bertemu pakar sakit puan kerana kerana dia sudah lama menginginkan kehadiran cahaya mata.Setelah beberapa kali pemeriksaan, doktor pakar memaklumkan bahawa Intan tidak boleh hamil lagi."Dr, mengapakah isteri saya tidak boleh hamil?"Soal Haziq dengan nada yang sangat kecewa."Daripada pemeriksaan dan penelitian yang dilakukan,ada kesan koyakan pada rahim jelas menunjukkan isteri tuan ada melakukan pengguguran sebanyak beberapa kali."Jelas doktor menyebabkan Haziq terkesima.Dia sama sekali tidak menduga bahawa isterinya pernah hamil dan melakukan pengguguran kerana Intan tidak pernah bercerita mengenai perkara tersebut.

Intan sebenarnya mempunyai masa silam yang suram.Dia bukan lagi perawan ketika dinikahi oleh Haziq.Perhubungan yang lepas bebas menyebabkan dia beberapa kali hamil.Oleh kerana dia masih muda dan takut aktivitinya terbongkar, dia melakukan pengguguran dengan mengambil tablet Cytotec yang boleh diakses melalui hujung jari sahaja.Kesan pengambilan pil ini, menyebabkan kontraksi rahim yang sangat kuat dan janin dapat digugurkan.Intan tidak menduga bahawa dia sudah tidak boleh hamil lagi dan melahirkan anak sedangkan sesebuah perkahwinan itu dibina atas tujuan menambahkan zuriat.

"Hei, perempuan!! Aku tidak sangka seteruk ini kau tersasar.Anak siapa yang pernah kau kandung?Kau tak ubah seperti perempuan jalang!!"kata-kata Haziq bagaikan halilintar membelah bumi.Haziq menyinga sepanjang perjalanan pulang.Haziq amat tertekan dengan apa yang berlaku."Apakah ini balasan tuhan terhadap aku selama ini?Aku gagal menjadi suami dan ayah yang baik!!Aku telah membuang anakku sendiri.Aku telah menceraikan isteriku yang setia."Seribu penyesalan bertandang menyesakkan dadanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience