HILANG??

Family Series 39283

Kedengaran bunyi salakan anjing dari luar pagar hospital.Bunyi salakan tersebut membuatkan bulu roma Ika meremang.Kata orang tua-tua,lolongan anjing merupakan petanda mereka melihat sesuatu yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar manusia.Hanya Ika sendirian bersama Adiratna.Jiran sebelah katil Ika telah discaj petang tadi.Beliau bersalin anak yang keenam.Melahirkan secara normal.Kondisi ibu dan anak sihat maka cepatlah mereka pulang.Manakala Ika pula akan dibenarkan pulang sehingga keadaan kesihatan Ika memuaskan hati doktor yang merawatnya.Tekanan darah Ika agak rendah .Walaupun tidak serius tetapi oleh kerana sejarah perubatan Ika serta kronologi Ika mendapatkan rawatan di hospital tersebut maka mereka tidak mahu mengambil risiko dan sedaya-upaya memastikan Ika sihat sebelum discaj.Walaupun berat hati Ika untuk berlama-lama di hospital tapi Zack memujuk demi kebaikan Ika. Bunyi lolongan anjing semakin kuat sehingga mengejutkan Adiratna dari tidur.Adiratna menangis teresak-esak.Matanya memandang ke atas tanpa berkedip seolah-olah dia juga nampak sesuatu yang menakutkan.Puas Ika memujuk namun segala pujukan tidak berjaya.Semakin mendengar suara pujukan Ika,bunyi tangisan semakin kuat.Mengenangkan hanya mereka berdua di kamar,Ika tiada pilihan.Menjadi kuat dan tegar hanyalah satu-satunya option yang ada."Sayang,anak mama..Jangan takut!!Mama ada.Mama tidak tinggalkan sayang."Ika mendakap erat sambil memangku Adiratna di atas katil.Hanya pelukan erat dan kuat diberikan.Moga hormon oksitosin dapat mengurangkan ketegangan dan keresahan si kecil.Ika tidak sedar berapa lama mereka berada dalam suasana yang mencemaskan itu.Adiratna sudah kembali nyenyak di ribaan.Suara lolongan anjing telah berlalu pergi.
Dengan berhati-hati Ika meletakkan Adiratna di atas katil.Badannya disendal dengan bantal supaya tidak terperanjat.Perut Ika tiba-tiba saja memulas.Berat untuk meninggalkan si kecil keseorangan walaupun tandas berada di dalam kamar mereka.Namun rasa memulas semakin menggila.Terasa hendak berterabur segala isi perut Ika.Ika pasrah."Ya,Allah jagalah anakku.Aku tidak berdaya.Kasihanilah kami ya Allah.Kepadamu aku serahkan segala-galanya"
Seusai menunaikan hajatnya,Ika kembali ke katil.Adiratna masih lagi tidur dan tiada tanda-tanda dia bangun sepanjang Ika ke tandas.Ika berasa lega.Ika kembali merebahkan badannya.Dia tidak tahu jam berapa dia terlelap.Yang pastinya,lenyapnya bunyi salakan anjing,segala rasa takut dan bimbang juga mulai lenyap di fikiran Ika.
"Ibu!Ibu!Mana anak ibu?"Suara riuh-rendah jururawat mengelilingi katil Ika.Tubuh Ika digoyang-goyang.Ika terkial-kial bangun.Memandang manusia berpakaian putih mengelilinginya..Wajah-wajah mereka sangat mengerikan"Tolong,jangan ganggu kami!!Kami tak kacau kamu!!"Jerit Ika seperti melihat pontianak saja aksinya."Ibu,ibu !Bangun!!"Sekali lagi jururawat menggoyangkan tubuh Ika lebih kuat.Seorang dari mereka terburu-buru dengan segelas air di tangannya.Wajah Ika disapu dengan air.Ika menampar-nampar pipinya.Segalanya adalah realiti,bukannya ilusi atau mimpi.Tiada pontianak durjana seperti dalam mimpinya.
Setelah Ika tenang seketika,Ika memandang ke arah katil bayi di sebelahnya."Mana anak saya misi?"Suara Ika sangat cemas."Ibu,kami buat rondaan dan kami dapati anak ibu tiada di sebelah ibu.Di dalam kamar ini,hanya ibu dan anak ibu saja yang mendudukinya."
"Tak mungkin anak saya hilang!!Tadi dia tidur di sini.Tolong cari anak saya misi!Tolong saya misi!Anak saya hilang!"Kalimat akhir yang dituturkan tidak sempat diselesaikan kerana Ika terus pengsan.Tubuh Ika diangkat berbaring di atas katil.
Mereka semua berteka-teki.Tidak pernah kejadian sebegini berlaku sepanjang mereka bertugas di hospital ini."Kemanakah bayi itu?Siapakah yang menculiknya?"Kawalan ketat dan pemeriksaan rapi di setiap pintu utama ward tidak memungkinkan sesiapa pun untuk menceroboh di waktu-waktu begini.Ketika itu,jam menunjukkan pukul 5.30 pagi.
Suasana riuh-rendah kerana masing-masing terkejut dengan kejadian yang baru sahaja berlaku.Hasil daripada rakaman CCTV tiada sebarang kelibat ataupun manusia yang masuk ke kamar yang menempatkan Ika dan puterinya.Tentulah mustahil jika tiada campur tangan manusia,bayi Ika lenyap begitu sahaja.
Doktor yang bertugas meminta semuanya bertenang kerana sekiranya mereka kecoh,ianya pasti akan memburukkan lagi keadaan.Para pengawal,doktor dan jururawat yang ada masing-masing diberikan tanggung jawab untuk mencari Adiratna.Mereka percaya Adiratna tidak dibawa pergi jauh kerana pengawal yang bertugas di pintu keluar memaklumkan tiada siapapun yang masuk atau keluar kecuali petugas-petugas di hospital yang bekerja mengikut shift.Tiada sesuatu yang aneh atau mencurigakan sepanjang mereka bertugas di pintu masuk ward tersebut.
Peristiwa kehilangan Adiratna disampaikan kepada Zack melalui telefon.Hancur luluh hati Zack mendapat perkhabaran yang sangat mendukacitakan itu.Kelahiran Adiratna memberikan warna-warna indah kepada Zack sekeluarga.Bagaimana mungkin kehilangan puteri kecilnya yang baru berusia 3 hari dapat diterima.Andainya boleh diputarkan masa,dia tidak ingin meninggalkan Ika dan Adiratna walaupun untuk seketika.Pihak hospital diberikan kata dua iaitu menemukan puterinya atau akan disaman.Zack sanggup melakukan apa sahaja demi mendapatkan kembali permata hatinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience