BAHAGIA

Family Series 39283

"Kalau abang tahu indahnya perkahwinan ini,lepas sekolah abang dah lamar Ika", gurau Haziq sambil jemari nakalnya menarik hidung Ika.Ika tersenyum mendengar gurauan suaminya.Rupanya Haziq pandai bergurau.Tidak kering gusi Ika ketika bersama Haziq.Ika bersyukur kepada Allah swt kerana dianugerahkan suami yang baik,menyayanginya sepenuh hati dan yang paling penting Haziq adalah seorang yang taat beribadat.Solatnya terjaga dan dia juga seorang yang lembut dan baik tutur kata.Pendek kata,Haziq adalah pakej seorang suami yang sangat sempurna di mata Ika.

Bagi Haziq pula, Ika umpama bidadari syurga kiriman tuhan kepadanya. Cantik,lemah-lembut,bijak dan pandai memasak.Sebut sahaja apa juadah yang Haziq inginkan,dengan pantas Ika sediakan.Air tangan Ika sangat memikat selera Haziq.

Ika sebenarnya memang diasuh sejak kecil untuk masuk dapur membantu ummi.Maklumlah dia seorang sahaja puteri dalam keluarga maka ummi mahu Ika cekap di dapur.Kalau diharapkan abang-abang Ika,semuanya pandai makan sahaja.Pinggan-mangkuk sendiripun,kalau tidak dibebelkan maka berkulatlah di atas meja.

"Sayang,kita hendak honeymoon ke mana?Cuti abang masih bersisa,"tanya Haziq di suatu petang."Kalau boleh,dalam negara pun sudah cukup buat Ika sebab letih kenduri pun belum hilang lagi."cadang Ika kepada Haziq.

Maka merpati dua sejoli terbang ke Pulau Lagenda untuk menikmati momen-momen indah di antara mereka.Segala kata janji diukir berulang kali..Indah dan manisnya cinta yang Allah hadirkan kepada mereka.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience