KAD OKU

Family Series 39283

Puan Hana iaitu pengusaha Tadika Anakku Pintar berkesempatan berjumpa Ika ketika Ika datang menjemput Akiff di tadika.Sebenarnya dia sudah lama berhajat untuk bertemu Ika tapi oleh kerana kesibukannya menguruskan cawangan-cawangan yang lain maka hajatnya tertunda.

"Ika,maaf kalau saya ingin bertanya."kata Puan Hana memulakan bicara."Ika buat tak pendaftaran OKU untuk Akiff?"
"Saya rasa tak perlu Puan Hana.Lagipun saya masih mampu untuk menyara Akiff walaupun saya ibu tunggal."Ika menyatakan pendiriannya."Saya faham maksud Ika tapi jika Ika mendaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat banyak benefit yang akan diperolehi oleh Akiff sama ada ketika belajar di sekolah, menyambung pelajaran di universiti dan sehinggalah Akiff dewasa nanti.Jika bekerja pun mereka akan dibantu juga.Ika,kita sebagai ibu-bapa bukannya menongkat langit untuk hidup seribu tahun lagi.Suatu hari,kita pasti tinggalkan mereka.Sekurang-kurangnya dengan sebuah usaha kecil kita,kita dapat menunaikan hak mereka." panjang lebar Puan Hana memberikan penjelasan kepada Ika.Puan Ika sangat luas pengalamannya dalam mengendalikan anak-anak berkelainan upaya.Beliau juga akrab berhubungan dengan pegawai-pegawai di JKM kerana ada segelintir kanak-kanak yang belajar di tadikanya adalah anak-anak yang mempunyai kecacatan fizikal dan juga masalah-masalah pembelajaran seperti diskalkulia,masalah intelek,lewat perkembangan global,sindrom down dan sebagainya.Dengan sedikit ilmu yang dimiliki,beliau cuba membantu ibu-bapa untuk mendapatkan peluang dan insentif yang disediakan oleh kerajaan.

Ika mengakui kebenaran kata-kata Puan Hana.Kecacatan fizikal Akiff nampak nyata.Untuk membuat diagnosa keatas Akiff tidaklah seperti anak-anak yang mengalami masalah disleksia, Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD) ataupun autisme yang perlu melalui beberapa kali temujanji dengan doktor pakar kanak-kanak untuk doktor mengesahkan jenis masalah dan ketidakupayaan yang dihadapi oleh kanak-kanak tersebut.

Bila Ika membuat carian,Ika dapat melihat kesungguhan kerajaan Malaysia dalam menjaga hak orang berkelainan upaya.Mereka tidak dianak-tirikan malahan diberikan hak sama rata seperti anak-anak tipikal.Inklusif diperkasakan di setiap Program Pendidikan Khas Integrasi dan juga dimana-mana sekolah kerajaan.Bantuan elaun murid Khas (EMK) juga disalurkan tanpa mengira status ekonomi keluarga murid.Elaun ini diberikan kepada murid berkelainan upaya yang bersekolah di peringkat prasekolah, sekolah rendah, sekolah menengah termasuk pelajar di Kolej Vokasional dan Matrikulasi dengan syarat mempunyai kad OKU yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience