KEMBALI KE ARMADA

Family Series 39283

Ika memandang langit yang tinggi.Hajat di hati, menawan bulan dan bintang tapi tidak kesampaian.Air mata yang hampir berguguran,ditahan-tahannya.
Pedih dan sakitnya hati yang kerinduan tapi lagi menyakitkan apabila hati nan sekeping dikhianati kekasih hati."Mengapa harus ada wanita lain selain diriku?Di mana segala janji manismu Haziq?"Ika bermonolog sambil menghirup angin malam di laman rumah.

Pelangi hanya terjadi saat hujan.Ketabahan hanya terbentuk,saat luka menusuk jiwa.Segala kata-kata umi dan Nora silih berganti cuba dicernanya.Aku harus kuat.Mengapa perlu menangis hanya kerana seorang lelaki yang tidak berguna? Keegoannya tiba-tiba melonjak.Air mata cuba dihapus.Tidak mahu lagi mengayam harapan.

Kehidupan harus diteruskan.Jika benar,aku amnesia akibat kemalangan ..berilah aku sedikit ruang.Yang masih kuat di memori, tidak lain tidak bukan adalah Haziq seorang sahaja.Siapakah Zack yang disebut ummi?Seorang lelaki asing,berkumis tipis,tampan dan renungannya setiap kali melawat Ika sukar untuk dimengertikan? Bagaimana aku mengenali Zack?Bila aku bertunang? Pelbagai soalan menerjah benak fikiran tapi semuanya cuba dilontar jauh tanpa mahu dilayan apatah lagi untuk membebankan fikiran.

Berpagi-pagian Ika merapikan diri.Selendang warna krim dipadankan dengan baju kurung cotton bercorak abstrak berwarna biru.Setelah memastikan penampilannya meyakinkan, Ika mencapai beg tangan kulit dan menggalasnya.

Air kopi panas yang dibancuh umi,dituangnya ke dalam cawan.Menghirup kopi panas pekat, memberikan kesegaran dan membangkitkan semangat Ika.Kopi dan Ika memang tidak dapat dipisahkan.Ika boleh hidup tanpa coklat tapi tidak tanpa kopi.Sebab itulah juga,bancuhan kopi Ika tiada siapa yang dapat menandinginya.

"Kamu nak kemana ni Ika?"Suara abi tinggi seperti menyergah Ika."Oh,Ika nak masuk kerja abi!"Jelas Ika sambil mengukir senyuman.Tiada lagi kemurungan seperti semalam.Itulah istimewanya seorang insan bernama Ika.Datanglah tsunami atau ribut melanda,Ika cepat mengadaptasi dengan segala suasana.

"Ika,nanti dulu."Belum sempat umi dan abi meneruskan kata-kata,berdesup Ika masuk ke dalam kereta Hondanya dan memecut laju meninggalkan umi dan abi yang masih terpinga-pinga.

"Bertuahnya budak Ika ni.Notis berhenti kerja sudah dihantarnya.Sepatutnya Ika bukan lagi perkerja di Armada.Nanti apa kata Dato'Hadi?"Umi mengeluh panjang.Sukar untuk mengawal dan menjaga Ika.Kadang-kadang tingkahlakunya semberono sahaja.

Sampai sahaja di Syarikat Armada, pekerja-pekerja lain belum sampai.Beberapa orang pekerja kebersihan memerhatikan Ika dengan penuh kehairanan.Mereka berbisik sendiri sambil sesekali mata mencuri pandang ke arah Ika.Wajah polos Ika tetap cantik menawan.Bekas setiausaha yang pernah mencuri hati Dato' Hadi telah kembali ke Syarikat Armada.Apakah makna kehadirannya kali ini?Hati mereka berteka-teki.Setahu mereka,Ika sudah terang-terangan menolak cinta Dato' Hadi.Takkanlah,Ika cuba menjilat lidahnya semula?

"Mana Kak Tini?"Sengaja Ika bertanyakan soalan untuk menghilangkan sedikit rasa kekoknya."Kak Tini tak datang hari ini,dia bercuti dengan keluarga di Port Dickson."Jawab salah seorang dari pekerja tersebut.

Ika duduk di kerusi sambil memerhatikan meja kerjanya.Mengapa segalanya berubah?Tiada lagi gambar Ika dan Haziq di atas meja.Mengapa aku bercuti sekejap pun segala hak milik aku tiada.Sampainya hati mereka.Ika mula menebak,ada sesuatu yang tidak kena.

"Selamat pagi Dato'!"Terdengar ucapan beberapa orang staff membuatkan Ika memalingkan wajah memandang figura yang sangat dihormatinya."Selamat pagi"Dato' Hadi menyambut sapaan staffnya.

Mata Dato'Hadi tiba-tiba sahaja tertancap ke arah sosok tubuh yang berada di depan matanya.Bagaikan tidak percaya apabila melihat Ika kembali ke Syarikat Armada. Walaupun masih terngiang-ngiang lagi kata-kata Zack bakal suami Ika, Dato' Hadi cuba menarik nafas untuk bertenang seketika.Berat hatinya untuk menerima segala hakikat tapi sebagai lelaki dewasa, Dato' Hadi seperti dedaun yang jatuh ke bumi tapi tidak pernah menyalahkan angin.

Apa pun yang terlihat, boleh jadi tidak seperti yang kita lihat. Apa pun yang hilang, tidak selalu lenyap seperti yang kita duga.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience