"Mama,kenapa papa Akiff tidak seperti papa?"Tanya Akiff sebaik sahaja Ika dan Akiff tiba di kediaman mereka."Apa maksud Akiff?"Ika sekadar ingin tahu apa yang bergolak di hati si kecil."Sepatutnya papa ada dengan Akiff.Papa bawa Akiff jalan-jalan,papa ajar Akiff lukis dan papa tinggal dengan kita."Kata Akiff menyuarakan rasa."Papa tu sibuk Akiff.Papa kerja di luar negara.Tempat kerja papa jauh.Sebab tu papa tak boleh datang jumpa Akiff."Ika cuba meredakan perasaan Akiff.Sebenarnya jauh di sudut hati,Ika agak terkilan juga kerana dengan dunia globalisasi dan segala kemudahan di hujung jari tiada alasan untuk Haziq membiarkan Akiff hidup tanpa kehadiran seorang papa.
Hari ini sepatutnya bekerja tapi Ika ambil emergency leave.Hati Ika juga perlu dirawat.Rasa letih dan penat dengan peristiwa semalam menyebabkan seluruh jasad Ika tidak bermaya.Akiff ke sekolah pun dihantar Zack kerana Ika tidak berdaya untuk bangun.Akiff bangun awal seperti biasa tapi disebabkan mamanya tidak bangun-bangun,maka Uncle Zacklah dicarinya.
Waktu tengah hari,ibu datang menjenguk Ika.Risau juga mendengar Ika kurang sihat seperti yang dimaklumkan Akiff."Ika,jom ibu minta Zack hantar ke klinik."Pujuk ibu."Ika ok saja ibu.Cuma badan rasa letih.Ika nak rehat."Kata Ika kepada ibu."Ika,Akiff ada bagitahu ibu,papa Akiff datang.Papa Akiff masih ada lagi?"Soalan ibu membuatkan Ika semakin dibuai sayu."Ibu, sebenarnya kami telah berpisah sejak Akiff bayi lagi.Tidak pernah sekalipun,papa Akiff datang menjenguk Akiff.Akiff pun tak pernah tahu dia ada papa.Tiba-tiba sahaja, papa Akiff muncul kembali untuk melamar Ika semula dengan alasan kasihankan Akiff."Ika memeluk ibu untuk menumpang kekuatan.Lega hati Ika kerana dapat meluahkan perasaan yang telah lama dipendam.Sudah hilang rasa malu kepada ibu.Selama ini,kisah hidup yang dilalui disimpan kemas dan rapi tanpa dikongsikan dengan sesiapa.Namun kini,Ika telah menyingkapnya kembali.Bukan hasrat Ika untuk memburukkan sesiapa apatah lagi mengemis sebuah simpati.
"Ika, ibu nak minta Ika dan Akiff temankan ibu selama 5 hari.Zack terlibat dengan pameran lukisan di Bandung.Selalunya Zack akan mengheret ibu kemana sahaja dia pergi tapi sekarang ibu sudah tidak kuat berjalan jauh."kata ibu penuh mengharap."In sha Allah,ibu."Janji Ika walaupun di sudut hatinya rasa kekok dan segan untuk bermalam di rumah ibu.Mengenangkan ibu banyak berjasa kepada Akiff dan Ika,tidak terdaya Ika menolaknya.
Sewaktu Zack bertolak ke airport,berpelukanlah dua beranak seolah perginya Zack tidak tahu bila
saat kembalinya.Patutlah sampai sekarang Zack belum berumahtangga.Anak emak rupanya.Walaupun Zack bukanlah ramah dan mesra dengan Ika tapi saat hendak berangkat, pelbagai pesanan dititipkan kepada Ika dan Akiff."Ika,kalau ada apa-apa telefon abang.Kalau lutut ibu bengkak,bagi kapsul warna putih.Kalau perut ibu sebu ,bagi kapsul warna sekian.Kalau ibu nak makan tomyam,Ika belikan di kedai seberang jalan."Aduh,panjang senarai pesanannya.Ika hanya mengiakan sahaja.Bertuah ibu, walaupun dikurniakan seorang cahaya mata tapi menjaga ibu sepenuh jiwa dan raga
Maka bermulalah episod baru dalam hidup Ika.Setiap hari,pulang dari kerja Ika dan menjemput Akiff maka di rumah ibulah dua beranak itu berjimba.Ibu walaupun sudah tidak kuat, setiap hari pelbagai juadah disediakan.Katanya,kasihan Akiff dan Ika yang sudah seharian memerah otak dan keringat.Ada sahaja benda yang hendak dibuat ibu.Jika Zack dengan lukisan,ibu sibuk dengan menggubah bunga dan menghias kediaman.Nampak cantik dan kemas sentuhan ibu berdekorasi di setiap ruang rumahnya.
4 malam bersama ibu,banyak perkara dikongsikan.Rupanya ibu telah lama kehilangan suami iaitu sejak Zack dan kembarnya baru berusia 3 tahun.Di usia 7 tahun,kembar Zack pula mati lemas ketika mereka berkelah di pantai.Ibu tidak mahu berkahwin lagi dan membesarkan Zack dengan melakukan pelbagai pekerjaan.Dari berjualan nasi lemak sehinggalah membuka restoran.Sejak dari kecil,Zack tidak pernah berenggang dengan ibu.Pendek kata,ibu adalah segala-galanya buat Zack.Zack pernah putus tunang kerana bakal isteri mahu tinggal berasingan lepas kahwin.Maka tanpa fikir panjang,Zack membuat keputusan tidak akan berkahwin selagi tidak menemui calon yang dapat memenuhi kehendak Zack.
Pada hari kelima,Zack masih juga tidak pulang.Dia menghantar mesej kepada ibu memaklumkan pesawat delay kerana faktor cuaca.Maka bertambahlah satu malam lagi Ika dan Akiff bermalam dengan ibu.Sebenarnya Ika senang bersama ibu kerana ibu seorang yang kaya jiwanya.Takkan pernah ada pelukis yang mampu melukis semua kisah dan kasih sayang yang Allah hadirkan sesama manusia .Bahkan takkan ada ilmuwan yang mampu menjelaskan kasih sayang dan nilainya yang bercambah bila keikhlasan menjadi tunjangnya.
Share this novel