RINDU SERINDUNYA

Family Series 39283

Sudah dua malam,Akiff menyelinap ke kamar Zack.Sedar-sedar sahaja,ketika Zack bangun untuk solat Subuh kelihatan Akiff tidur mengerekot kerana kedinginan.Tanpa selimut,tentulah sejuk mencengkam tulang.Zack mencapai kain gebar,lalu diselimutnya Akiff.Sebuah kucupan dilepaskan di dahi Akiff.Semakin hari,kasih sayang Zack dan ibu kian bercambah.Andai suatu hari,Haziq menuntut haknya,terkapai-kapailah Zack.Menumpang kasih anak kecil yang naif.

Suara ibu memecah keheningan.Terperanjat Akiff mendengar suara Ibu terpekik-pekik mencari Akiff."Kau nampak Si Akiff tak,Zack?"Tanya ibu gelisah."Ada ni ibu,entah apa mimpi Akiff tidur sekatil dengan Zack."

"Ibu ni risaukan Akiff.Ibu rasa Akiff tu rindukan mamanya.Makan pun tak berselera walaupun ibu masak masakan kesukaannya."Ibu menyuarakan kerisauan ibu kepada Zack."Tak adalah ibu,Akiff ok saja tu.Biasalah sekarang ni cuaca panas macam ni tentulah selera makan kurang.Tengok Zack ni pun dah kurus."Sahut Zack sambil menunjukkan perutnya yang semakin kempis."Engkau tu makan hati,mana sama dengan Akiff yang sarat merindui mamanya.Akiff tu budak bijak.Dia tak mahu menyusahkan kita.Ibu tahu sangat perasaan Akiff.Kita jangan menyiksa perasaannya Zack!!"Ibu memohon sebuah pengertian Zack."Habis tu,ibu nak Zack buat apa?Ika tu hanya kenal Haziq sahaja ibu.Memorinya bersama Akiff langsung tiada di ingatannya.Apatah lagi Zack.Kita tunggulah sampai Ika betul-betul sihat ibu."Walaupun berat tapi terpaksa diluahkan supaya ibu mengerti.Banyak komplikasi terhadap Ika jika terlalu mendesaknya menerima segala kebenaran ini.

"Zack,demi Akiff kau cubalah bawa berbincang dengan umi dan abi Ika.Mana tahu mereka ada solusinya."Mendengar bicara ibu yang penuh mengharap menyebabkan Zack tidak sampai hati untuk menghampakan ibu.

Tangan Zack segera mencapai telefon bimbitnya.Nombor Hj Hamdi didail berkali-kali.Alhamdulillah,selepas berdering tanpa disambut tiba-tiba sahaja Hj Hamdi menelefon Zack kembali."Assalamualaikum,Zack.Zack ada telefon pak cik tadi?Pak cik baru selesai solat."Bicara Hj Hamdi seperti biasa lembut dan tenang sahaja nadanya."Waalaikummussalam,pak cik inilah ibu risau sangat memikirkan Akiff.Kata ibu,Akiff dah rindukan mamanya.Nampak lain macam perangai Akiff sejak kebelakangan ini.Kalau pak cik tak keberatan,Zack nak bawa berjumpa mamanya walaupun sekejap.Sekurang-kurangnya terlerailah segala rindu Akiff."Cerita Zack panjang lebar mengenai keadaan Akiff."Allahuakbar, maafkan pak cik,Zack.Inilah lemahnya pakcik.Selalu membelakangkan urusan Akiff.Kesian Akiff.Dia terlalu kecil untuk menanggung beban seberat ini.Merindukan mamanya tapi terpaksa memendam perasan.Tentu ianya sangat menyakitkan."Hj Hamdi benar-benar rasa bersalah.

"Itulah pakcik ,Zack fikir nak bawa Akiff bertemu Ika sekejap."Kata Zack.
"Bawalah sahaja Akiff datang.Sampai bila,kita hendak merahsiakannya dari Ika.Sudah sampai masanya,Ika tahu segala kisah hidupnya.Lagipun sekarang ini,Ika dah kembali bekerja di Syarikat Armada.Kalau tidak sihat,tentu Ika lebih senang di rumah sahaja."Kata Hj Hamdi.

Jika Akiff merindukan mamanya,begitu juga Zack turut merindukan bakal isterinya.Zack rindukan senda-gurau, keramahan dan segala-galanya tentang Ika.Ika yang dulu dan sekarang jauh berbeza.Tiada lagi senyum manis terukir yang dapat melenyapkan gundah di hati Zack.Zack tidak pernah putus-putus berdoa agar segala kesulitan dipermudahkanNya.Kerinduan yang dipendam tanpa mengukir pertemuan seperti mencipta lagu tapi tidak pernah menyanyikannya.Segalanya sulit untuk dizahirkan.

Share this novel

Oyokisaloma Sham
2020-07-08 22:13:56 

Bila nak update


NovelPlus Premium

The best ads free experience