MAAFKANLAH

Family Series 39283

Seorang wanita berusia awal 40an mundar-mandir di ruang menunggu bilik Neuro ICU.Seperti ada sesuatu yang menganggu fikirannya.Zack memerhatikan dengan penuh tanda tanya."Puan,ada apa yang saya boleh bantu?Tanya Zack sambil merapati wanita tersebut."Boleh saya tahu,adakah pesakit dalam bilik ICU ni bernama Zulaika Bt Hamdi?Tanya wanita tersebut."Ya,puan!Kenapa puan?Tanya Zack pula."Oh,saya ingin berjumpa dengan keluarga Zulaika.Ada hal penting yang perlu saya sampaikan."Balas wanita tersebut sambil duduk di bangku bertentangan dengan Zack.Dia menarik nafas panjang.Dari riak wajah seolah berat penanggungan wanita ini."Saya Hj Hamdi,ayah Zulaika ,ini isteri saja Hjh Hasnah dan yang ini Zack,in sha Allah bakal suami Zulaika."Hj Hamdi tenang memperkenalkan diri kepada wanita tersebut."Saya Nora,isteri pertama Dato' Iqbal."Bergetar suaranya.Mereka semua membuang pandangan terhadap Datin Nora.Menunggu penuh sabar apakah butir bicara yang hendak disampaikan olehnya."Haji,Hajah dan Zack,terlebih dahulu saya ingin memohon jutaan maaf atas segala salah-silap dan tingkah laku suami saya terhadap Zulaika.Suami saya salah tapi dia tak pernah serik-serik.Berbuih mulut saya memberikan nasihat tapi tidak pernah diendahkan.Kesian,Zulaika yang tidak berdosa menjadi mangsa." Tutur Datin Nora lemah."Tak apa Datin,sudah tertulis perjalanan takdir anak saya Zulaika.Saya redha dengan segala ketentuan Ilahi.Siapalah kami untuk menidakkannya.Cuma saya berharap Ika kembali pulih.Bagaimana keadaan suami datin?"Tanya Hj Hamdi ingin tahu.Sememangnya selepas kemalangan tersebut,dia tidak mendengar apa-apa perkhabaran mengenai Dato' Iqbal walaupun kecelakaan tersebut menimpa Ika dan Dato' Iqbal.

"Suami saya berkemungkinan lumpuh.Ianya adalah disebabkan kerosakan pada batang saraf sciatic dan juga ada berlaku keretakan besar pada pinggangnya.Dia juga sesekali seperti hilang ingatan.Cuma nama Ika disebut-sebut suami setiap kali dia sedar.Setelah berbincang dengan ahli keluarga,saya rasa saya perlu berjumpa keluarga haji untuk meminta maaf.Moga keluarga tuan haji tidak menyimpan dendam dan marah terhadap suami saya.Inilah kifarah yang dia perlu terima haji setelah banyak kerosakan yang dilakukannya."Panjang lebar bicaranya sambil cuba menghapuskan butiran mutiara yang jatuh berguguran di pipinya.
"Saya maafkan Dato' Iqbal.Setiap manusia pernah silap.Siapalah saya untuk menghukum masa silamnya.Mana tahu, seorang pendosa itu suatu hari berubah menjadi pendoa.Sesungguhnya malaikat itu tidak pernah salah dan iblis itu tidak pernah benar.Namun kita manusia,adakala kita salah dan adakala kita benar.Moga pengakhiran kita semua dalam husnul khotimah."Ucap Hj Hamdi cuba meredakan emosi Datin Nora."Datin, memaafkan memang tidak dapat mengubah masa lalu tapi in sha Allah dapat melapangkan masa hadapan."Tambah Hj Hamdi lagi.
Datin Nora berasa tenang mendengar kata-kata Hj Hamdi.Sebelumnya dia bersangka-sangka keluarga Zulaika tidak mungkin dapat memaafkan segala perlakuan suaminya.Hatinya kembali tenang.Segala masalah yang dirasakan sebesar bukit semakin menyusut dan berkurang.Malahan bertemu dengan insan-insan sehebat mereka,dia belajar makna redha.Walaupun dia berjodoh dengan seorang lelaki yang telah memporak-porandakan hidupnya namun dia menerima segala kekurangan dan kelemahan sang suami dengan seadanya.Tiada yang terkurang dalam hidupnya kecuali kesetiaan sang suami.Kemewahan dan kesenangan hidup ditaburkan kepadanya sehingga ramai yang mencemburui kehidupannya.Sebenarnya mereka yang berada di luar sana tidak pernah menyelami kehidupan seorang isteri seperti Datin Nora.Hidupnya seperti berada di dalam sangkar emas.Punya sayap tapi tidak bisa terbang tinggi.Terkurung hidupnya dan tidak pernah cuba untuk bermimpi.Walaubagaimanapun, Datin Nora tidak pernah menyesal berjodoh dengan Dato' Iqbal kerana dia banyak belajar dan bermuhasabah diri.Ketika sedang meniti usia emas, tidak ada apa lagi yang dikejar selain dari redha Ilahi.Sebelum ini, dia berharapkan siang hari yang lebih cerah kerana sang mentari yang memancar gagah.Rupanya cahaya rembulan di malam hari ternyata lebih indah.Datin merafakkan kesyukuran kepada Allah kerana kini dia tidak sendiri tapi punya putera-puteri yang sentiasa berada di sisi menyokongnya untuk terus berlari mengejar pelangi.

Ujian berat yang Dato' Iqbal hadapi ialah apabila isteri-isteri mudanya sudahpun mula menuntut fasakh.Mereka juga membuat tuntutan ke atas harta yang dimiliki oleh Dato'Iqbal.Nampaknya,baru sebulan musibah dan kecelakaan terjadi tapi mereka sudah tidak mahu bersusah-payah untuk menjaga dan menyantuni Dato' Iqbal yang sedang sakit.Saat ini,kasih sayang, kesetiaan dan sokongan isteri amat penting.Biarpun sebesar mana kesalahan Dato'Iqbal terhadap mereka, Dato' Iqbal tidak patut dizalimi kerana syurga seorang isteri adalah di bawah tapak kaki suami.Pernikahan adalah sebuah komitmen bersama dan mencintai tanpa kondisi.Sewajarnya sang isteri mencari kesempurnaan dalam ketidaksempurnaan sang suami.Namun apalah daya,jika rumah tangga yang dibina bukan atas dasar mencari redha Ilahi tapi sekadar matlamat duniawi. Datin Nora tidak berupaya memujuk madu-madunya kerana mereka telah nekad dan sepakat untuk keluar dari mahligai yang telah dibina.

"Tuan haji, terimalah sedikit sumbangan dari saya untuk Zulaika."Sekeping cek kosong hanya berisi angka RM50 000 diserahkan kepada Hj Hamdi.Hj Hamdi menolaknya kerana jumlah itu terlalu besar untuk diterima.Namun begitu,Datin Nora berkeras juga kerana dia dan keluarganya sangat berhajat untuk membantu bagi meringankan beban dan penanggungan Ika.Mahu tidak mahu,Hj Hamdi terpaksa juga menerima bagi pihak Ika.Kemudiannya sekeping cek dikeluarkan lagi oleh Datin Nora.Kali ini tertera angka yang lebih besar lagi iaitu bernilai RM100 000.00."Tuan haji,saya tidak rapat dengan orang masjid.Boleh tak tuan haji sampaikan infa' saya untuk mana-mana masjid yang memerlukannya? "Tanya Datin Nora kepada Hj Hamdi.Hj Hamdi menerima cek tersebut dengan penuh rasa tanggung jawab."Alhamdulillah,syukur datin atas sumbangan yang diberikan.Jika ramai dermawan seperti datin,in sha Allah banyak kerja-kerja kebajikan dan usaha menegakkan deen Allah dapat diperhebatkan.Moga Allah terima amal soleh datin dan keluarga serta diperluaskan lagi rezeki.Amin."Penuh kesyukuran Hj Hamdi menuturkannya.

Datin Nora juga mengambil kesempatan menziarah Ika.Tatkala melihat Ika yang terbaring lesu dengan wajah yang pucat,dia turut dibuai sayu.Rasa sakit itu memang menyedihkan,  tapi dia percaya bahwa insan-insan tersayang sentiasa ada di samping Ika untuk, memberi semangat dan berkongsi kekuatan supaya Ika cepat sembuh dan dapat menjalani kehidupan seperti biasa

Pertemuan mereka berakhir dalam suasana yang penuh ikatan ukhwah dan kasih sayang.Kata Datin Nora sebelum meninggalkan mereka,"Haji dan Hajah,saya berharap ukwah kita akan terjalin erat selepas ini.Kadang-kadang saya tidak kuat,jadi saya sangat mengharapkan kata -kata nasihat dari haji dan isteri."Hajah Hasnah memeluk erat Datin Nora sebelum mereka berpisah.Setiap penyusunan Allah ada sejuta hikmah jika kita belajar untuk menerima dan redha dengan percaturanNya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience