CINTA

Family Series 39283

Dato' Hadi dan Datin Noraini adalah saudara sepupu.Perkahwinan mereka diatur oleh keluarga kerana tidak mahu harta mereka mengalir kepada orang luar.Setelah kedua-duanya tamat belajar di luar negara,mereka disatukan dalam sebuah majlis yang gilang-gemilang.Syarat yang diberikan ayah Dato' Hadi ialah perlu berkahwin dengan sepupunya sendiri jika mahu mewarisi hartanya.Walaupun hati Dato' pernah dicuri oleh rakan sepengajiannya di luar negara tapi terpaksa diketepikan kerana dia tidak sanggup kehilangan kemewahan dan kesenangan yang dinikmati sejak dari dia lahir ke dunia.

Sebenarnya, sejak dari hari pertama Zulaika bekerja sebagai setiausahanya,dia sangat menyenangi Ika.Tutur kata Ika yang lemah-lembut,senyum manis Ika dan segala-galanya tentang Ika meruntun hatinya.Namun begitu, Dato' Hadi sedar bahawa Ika masih muda dan dia cuba membuang jauh-jauh perasaannya.

Sejak kebelakangan ini, Ika sering diminta oleh Dato' Hadi untuk bersamanya bertemu client di luar.Ika seorang yang lurus dan tidak pernah membantah.Jika perlu pulang lewat demi urusan kerja,Ika jarang memberikan alasan kepada Dato'Hadi.

"Kasihan kamu Ika..Wanita secantik dan sebaik kamu dipersia."bisik hati Dato' Hadi.Andai aku diberikan peluang,aku akan menjadikan dikau wanita paling bahagia di muka bumi.

Dato' Hadi tidak dapat menahan perasaan apabila rasa cintanya kepada Ika semakin hari semakin bersemi."Ika, sudi tak Ika menjadi isteri saya?"Tanya Dato' Hadi
tanpa berbasa-basi lagi.Mencerlung mata Ika menatap wajah Dato' Hadi.Ika tahu Dato' Hadi kaya-raya.Tujuh keturunan pun hartanya tidak habis dimakan.Tapi Ika bukanlah orangnya yang mahu membina mahligai di atas kehancuran rumah tangga orang lain.Ika bukanlah wanita materialistik yang boleh disogok dengan wang ringgit dan kemewahan dunia.

"Dato',saya belum fikir soal kahwin. Lagipun Dato' sudah ada isteri.Saya sendiri tidak suka merampas hak orang lain!!" kata Ika tegas."Ika, saya mampu Ika.Saya akan berlaku adil.Jika kamu kahwin dengan saya,saya akan salutkan kamu dengan segala kemewahan dan memberikan kamu kebahagiaan."janji Dato' Hadi kepada Ika.

Kata-kata Dato' Hadi dan janji manisnya mengembalikan nostalgia bersama Haziq.Haziq juga pandai bermain kata-kata.Ika terbuai mendengarnya sehingga akhirnya Ika sendiri terpaksa merawat luka yang membarah di jiwa.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience