KIRIMAN TUHAN

Family Series 39283

Akiff mengadu badannya panas sejak balik dari tadika lagi.Mulanya Ika menyangka Akiff demam sahaja tapi lama-kelamaan Akiff muntah dan berak.Berulang kali ke tandas kerana sakit perut.Wajahnya pucat menahan rasa sakit yang sesekali menyerang.

"Mama,Akiff sakit sangat.Akiff tak tahan.Mama, tolong panggil uncle."Pinta Akiff dengan air mata bercucuran di pipinya.Ika melihat jam di dinding,sudah menunjukkan 1 pagi.Suka-suka sahaja minta dipanggilkan Zack.Hendak ditelefon Zack pada waktu begini,rasa serba-salah di hati Ika.Tidak manis apatah lagi dengan status yang disandang Ika menyebabkan Ika selalu berhati-hati dan menjaga diri. "Mama,telefonlah uncle..Akiff sakit sangat ni, mama!!"Rayu Akiff lagi sambil menangis.Hiba sangat melihat Akiff dalam keadaan begini.Akiff jarang sakit tetapi kali ini keadaan Akiff mengundang rasa sayu di hati Ika.Akiff sangat perlukan Zack tidak kira pada pada waktu sukanya apatah lagi di kala duka.

Dengan rasa bersalah,Ika mendail juga nombor telefon bimbit Zack.Berkali-kali didail baru Zack menyambutnya.Ika bercerita situasi Akiff kepada Zack.Zack mengejutkan ibu dan mereka segera ke rumah Ika.Akiff dicempung Zack menaiki kereta.Mereka membawa Akiff ke hospital.Setelah membuat pemeriksaan,doktor mengesahkan bahawa Akiff sakit apendiks.Apendiksnya sudah membengkak dan bernanah.Kata doktor perlu dibedah.Jika terlambat,apendiks Akiff nyaris-nyaris pecah .Kalau apendiks pecah,kemungkinan boleh membawa maut.Sebelum ini,Akiff tidak pernah mengadu sakit tapi rupanya sudah agak serius keadaan apendiks Akiff.Sejam Akiff berada di bilik bedah untuk menjalani pembedahan,Zack tidak keruan.Duduk salah, berdiri pun salah kerana risaukan Akiff.Tidak banyak butir bicaranya tapi riak kerisauan jelas kelihatan di wajahnya."Jangan risau Zack.Akiff baik-baik saja tu.Kita doakan Akiff,ya nak."Ibu memujuk Zack.Setitik air pun tidak mampu diteguk Zack kerana terlalu bimbangkan Akiff.Akiff adalah segala-galanya buat Zack.Bagaimanalah hidup Zack tanpa Akiff?Jika Zack adalah kiriman tuhan buat Ika dan Akiff ,Akiff dan Ika pula adalah di antara anugerah yang paling berharga buat Zack.Ika lebih tenang menghadapi situasi ini berbanding Zack.

Setelah Akiff dibedah,Akiff belum sedar-sedar lagi.Sudah dua jam mereka menunggu."Ika,balik dulu dengan ibu.Kasihan,ibu dah letih.Lagipun sudah lewat ni."kata Zack sambil menghulurkan kunci keretanya.Mulanya Ika menolak tapi Zack berkeras untuk menjaga Akiff di hospital maka tidak ada dayalah untuk Ika menolaknya.Ika juga keletihan yang amat sangat kerana dia juga belum berehat sejak balik dari kerja.
"Esok pagi Ika datang,bawa sekali baju abang.Nanti ibu kirimkan kepada Ika ya,ibu."pesan Zack.

Maka malam itu,Ika tidur di rumah ibu untuk menemankan ibu.Ika sengaja tidak menelefon umi dan abi kerana tidak mahu menyusahkan umi dan abi.Lagipun hari sudah lewat malam,abi yang mengalami rabun cahaya tentu sukar memandu pada waktu malam ditambah lagi dengan usianya yang sudah tua.

Seusai solat Subuh,Ika bersiap ke hospital.Ibu sudah menyediakan sarapan untuk dititipkan kepada Zack dan Akiff.Pakaian Zack dan bekal makanan yang disediakan ibu dibawa oleh Ika.

"Abang baliklah rehat dulu.Biar Ika yang jaga Akiff."Kata Ika kerana kasihan melihat Zack.Matanya kuyu dan berair menandakan tidak cukup tidur."Tak apa,Ika.Abang nak mandi dulu.Ika jaga Akiff.Jangan biarkan Akiff sendiri.Nanti kalau Akiff bangun cari abang,katakan abang mandi sekejap."Dari cara percakapa n Zack menunjukkan Zack tidak akan meninggalkan Akiff.Betapa hebat kasih sayang yang Allah campakkan di hati dua insan.Tanpa ada pertalian darah, hubungan mereka terjalin indah.

"Uncle,uncle!!Mana uncle?"Sebaik sahaja membuka mata,wajah Zack yang dicari oleh Akiff.Benarlah telahan Zack."Uncle mandi sekejap Akiff.Akiff sayang,Akiff nak apa?Mama ada bersama Akiff."kata Ika memujuk Akiff."Akiff nak ke tandas dengan uncle."balas Akiff."Mama boleh temankan Akiff."Ika menghulurkan tangannya untuk membangunkan Akiff."Tak nak!!Nanti kalau Akiff jatuh,mama tak boleh angkat Akiff.."Aduh,Akiff mencipta alasan.

Beberapa minit kemudian,Zack muncul di hadapan mereka."Akiff dah bangun.Jom kita ke tandas."Zack memaut badan Akiff untuk turun dari katil.Akiff tidak banyak karenah kalau dengan Zack.Dia lebih menurut kata.Ika hanya memerhatikan mereka berlalu pergi sehingga hilang dari pandangan mata.

"Puan, tadi suami puan ada minta krim ini."Seorang jururawat muda menghulurkan sebuah celepa putih kepada Ika.Ika menyambutnya dan mengucapkan terima kasih.Tersentuh hati Ika bila Zack dianggap suami Ika.Kalau sesiapa yang melihat mereka di saat ini tentu akan menyangka Zack adalah suami Ika.Cara Zack menyantuni Akiff menampakkan Zack seorang ayah yang baik dan suami mithali.

Umi dan abi tiba di hospital pada waktu tengah hari.Ketika itu Akiff sedang makan nasi berlaukkan sup ikan haruan yang dimasak ibu.Zack yang menyuapkan Akiff.Ika sudah tidak terdaya melarang.Kalau waktu sihat pun makan bersuap, apatah lagi ketika sakit.Mengada-ngada jugalah Akiff.
"Kasihan cucu atok ni!" Akiff dipeluk dan dicium umi dan abi.Mereka bertanyakan keadaan Akiff.Sebenarnya sudah lama juga Akiff dan Ika tidak balik ke rumah umi dan abi.Setiap hujung minggu,Akiff sibuk dengan kelas seninya.Hendak dilarang,kata umi dan abi perlu merai minat Akiff.Maka, umi dan abi redha apabila sesekali sahaja dapat bertemu dengan anak dan cucu kesayangan mereka.

Setelah berbual-bual dengan umi dan abi,Zack meminta diri untuk ke cafeteria hospital kerana membeli roti buat Si Akiff.
Maka sepanjang Zack tiada,umi dan abi mengambil kesempatan untuk berbual dengan Ika.Umi dan abi sebenarnya turut terkesan dengan layanan baik ibu dan Zack terhadap Ika dan Akiff."Baik si Zack tu Ika.Ikhlas orangnya."Kata ibu memuji Zack .
Abi pula menambah,"Ika,bila air yang sedikit dapat menghilangkan rasa haus,maka tidak perlu meminta yang banyak kerana bimbang akan menenggelamkan.Belajarlah mensyukuri apa yang dimiliki."Penuh kiasan kali ini bicara abi.

Ika diam seribu bahasa.Ika sedar,tahu dan mengerti bahawa Zack sangat bermakna dalam hidup Ika.Zack telah melengkapkan kehidupan Ika.Namun Ika tidak pasti sejauh mana perasaan Zack terhadap Ika.Ika sebenarnya lebih berhati-hati sejak kegagalan pertama dalam melayari bahtera rumah tangga.Oleh kerana pernah tersadung,Ika tidak mahu jatuh lagi buat kesekian kali.

Share this novel

Oyokisaloma Sham
2020-05-19 21:08:14 

Bila nak update


NovelPlus Premium

The best ads free experience