SEDAR

Family Series 39283

Jika koma dalam tempoh yang lama akan mengambil masa untuk pulih.Namun siapalah kita untuk tidak bergantung harap kepada yang mentadbir segala urusan kerajaan langit dan bumi.Setiap perjalanan kehidupan manusia dan segala makhluk yang merayap di muka bumi dalam genggamanNya.Zack,Hj.Hamdi,Hjh Hasnah dan ibu sendiri sangat optimist mengenai kesembuhan Ika.Mereka sering bermunajat dan mendoakan agar Ika segera sembuh.Setiap hari,rutin Zack akan mengalunkan ayat-ayat Alquran di tepi katil Ika.Selepas selesai bacaan,Zack banyak bercerita kepada Ika.Apa sahaja perkara baik-baik yang berlaku dikhabarkan kepada Ika.Cerita tentang Akiff,buah hati pengarang jantung mereka,tentang umi,abi,ibu dan sesiapa sahaja pelawat yang melawat Ika.Kata doktor pakar yang merawat Ika,sentuhan, ransangan dan perbualan dengan pesakit koma akan membantu mereka untuk pulih semula.

Berkat doa semua dan semangat yang ada pada Ika,kondisi Ika semakin hari semakin baik.Kini Ika tidak memerlukan alat bantuan pernafasan.Tekanan darah dan degupan jantungnya kembali normal.Sudah ada tindakan refleks apabila disentuh dan namanya dipanggil.Cuma Ika kelihatan seperti sedang tidur dan dibuai mimpi.Jika Ika sudah sedar,Ika mungkin boleh discaj.Walaubagaimanapun, Ika akan terus dipantau oleh doktor dari masa kesemasa sehingga Ika betul-betul pulih.Ika juga dikehendaki menjalani fisioterapi di bawah Unit Rehabilatasi.
Ika mendengar setiap butir bicara Zack.Kata-kata Zack, cerita-cerita Zack memberikannya kebahagiaan.Ika bagaikan terdampar di tepi pantai dengan ditemani deruan ombak yang sesekali lembut menyapa dan sesekali ganas menerpa.Di kiri-kanan Ika ada hulubalang gagah perkasa setia mengiringi tanpa sepatah kata.Terkadang melemparkan senyuman mesra dan terkadang wajah beriak lara.Ika nampak Zack datang dengan perahu untuk membawanya pergi dari situ.Namun setiap kali,perahu sampai di tepian pantai bagaikan ada tangan-tangan menghalangnya.Adakah ianya mimpi atau realiti?Ika sendiri tidak pasti.Tersedar Ika dari lamunan panjang apabila dia berasa tekaknya terlalu kering setelah lama berada di tepi pantai tanpa setitis airpun untuk membasahkan tekaknya.
"Abang..."Lemah bunyi suara Ika memanggil Zack.Zack adalah sosok yang sentiasa ada di sampingnya saban waktu.Terperanjat Zack mendengar suara Ika.Telah lama dia merindui suara lemak merdu Ika."Air,air...."Diulangnya Ika kerana terlalu dahaga.Maka tanpa berlengah,dengan menggunakan picagari, titisan air dimasukkan ke dalam mulut Ika.Titisan air yang masuk ke dalam kerongkongnya merupakan suatu nikmat setelah dahaga dalam perjalanan yang panjang."Syukurlah Ika dah sedar!!Terima kasih ya Allah."Suara Zack memecahkan keheningan suasana ketika itu.Jururawat yang bertugas dimaklumkan mengenai keadaan Ika.Keluarga Ika dan ibu juga turut menerima khabar gembira tersebut.Semua yang mendengarnya mensyukuri kesembuhan Ika.Zack melakukan sujud syukur kerana sangat teruja dan gembira.

Setelah doktor melakukan pemeriksaan dan pemantauan dalam masa beberapa hari Ika sedar dari koma,doktor membenarkan Ika pulang ke rumah.Tarikh temujanji diberikan untuk melihat perkembangan diri Ika.Umi dan abi membawa Ika pulang ke rumah.Akiff juga menuruti mamanya walaupun sepanjang Ika dirawat,Akiff tinggal di rumah Zack.Anak kecil seperti Akiff sudah tidak kuat untuk menanggung rindu kerana sepanjang tempoh Ika berada di ward,budak kecil seperti Akiff tidak dibenarkan datang ke hospital untuk melawat.Walaupun sudah ada mama di sisi,Akiff tidak mahu berenggang dengan Zack dan tok ibu.Pening umi dan abi melayan karenah Akiff.

Setiap pagi,Zack akan menjemput Akiff untuk dihantar ke tadika.Pada waktu petangnya pula,selepas selesai kerja di studio Zack mengambil Akiff di tadika dan di hantar ke rumah Hj Hamdi.Bukannya Hj Hamdi tidak cuba memujuk untuk menghantar Akiff tapi Akiff hanya mahukan Zack sahaja.Maka mahu tidak mahu, terpaksalah dituruti kehendak Akiff.

"Ummi,mengapa abang Zack lambat petang ini?Tanya Ika sambil melihat umi melipat kain di ruang tamu."Kamu ni menunggu si Akiff atau Si Zack?"Tanya ummi kehairanan.Selama ini tidak pernah melihat Ika berperangai sedemikian.Sejak sedar dari koma,dah sama macam Akiff.Asyik nama Zack saja yang disebut-sebutnya.Seperti orang angau bercinta.Kalau Zack muncul, wajah yang muram dan mendung kembali bercahaya.Umi dan abi tidak menyenangi situasi sebegini tapi mereka faham dengan keadaan mereka yang semakin tua dan kurang sihat, Ika dan Akiff banyak disantuni oleh Zack.Zack telah banyak mengambil alih tugas abi.Zack juga tidak pernah merungut tapi ikhlas menyayangi Ika dan Akiff.

"Ika dah makan?"Sapa Zack mesra."Ika tunggu abang.Tadi ummi buat roti arab.Kari ikan tenggiri ummi buat memang terbaik.Jom abang,temankan Ika dan Akiff makan."Si Ika tidak segan-silu mengajak Zack minum petang bersamanya.Zack apa lagi,dari studio belum sempat jamah apa-apa maka rezeki yang muncul di depan mata tidak ditolaknya.

Zack juga dapat merasakan kehangatan dalam perhubungannya dengan Ika.Ika semakin intim dengannya selepas sedar dari koma.Ika sangat manja dan inginkan perhatian Zack seperti anak kecil.Kadang-kadang sikap manjanya mengalahkan Akiff lagi.Sekarang pun,Akiff dah pandai mencemburui mamanya."Uncle ni, dah tak sayang Akiff.Uncle lebihkan mama dari Akiff."Mulut comelnya dimuncungkan sebagai tanda protes."Mama kan tidak sihat.Kasihan mama.Akiff tak sayang mama?Akiff nak mama balik semula ke hospital?Zack cuba memujuk Akiff.Mendengar kata-kata pujukan Zack,barulah hilang rajuk di hati Akiff.

Hj Hamdi dan Hajah Hasnah duduk semeja dengan Zack untuk berbincang mengenai masalah yang mereka hadapi.Hj Hamdi sangat menjaga syarak.Walaupun dia menyenangi perhubungan baik di antara Zack dan Ika tapi dia risaukan juga jika dibiarkan keakraban mereka berpanjangan,takut mengundang ke arah maksiat."Zack,pak cik rasa lebih baik Zack dan Ika disatukan cepat-cepat.Risau Pak Cik tengok Ika dah manja pelik dengan kamu.Kalau tak tengok kamu sehari,macam kucing hendak beranak lagaknya."Hj Hamdi meluahkan juga kerisauannya."Mak cik pun faham Zack ,mungkin dengan keadaan koma Ika belum dapat menyempurnakan tugasnya sebagai seorang isteri.Mak Cik berharap kamu berilah dia sedikit ruang untuk dia supaya dia dapat belajar dan dapat laksanakan tugas sebagai isteri."Besar harapan umi dan abi terhadap penyatuan mereka.Sudah lama Ika hidup sendiri membesarkan Akiff.Sudah sampai masa ada seorang nakhoda mengemudi bahtera perkahwinan.Berkongsi segala suka dan duka bersama.Ketika sudah nampak awan,barulah berani mengharapkan hujan.Semua orang berharapkan yang baik-baik mengiringi kehidupan Ika dan Zack.

"Pak cik,mak cik... sebenarnya saya dan ibu sudah lama memikirkan untuk melamar Ika.Sebelum Ika kemalangan lagi,saya merancang untuk membincangkan perkara ini.Namun takdir tuhan mengatasi segalanya.Bila Ika terlantar,saya tahu saya tak boleh hidup tanpa Ika dan Akif.Mereka adalah sebahagian dari hidup saya.Saya ada berjanji dengan Akiff untuk segera bersatu dengan Ika.Cuma saya risau kalau secepat ini mungkin menimbulkan rasa kurang senang pak cik."Panjang lebar Zack mencurahkan rasa.

"Kalau kamu dah setuju,eloklah kamu berbincang dengan Ika.Tengok apa reaksi Ika.Dia sudah terlalu dewasa untuk membuat keputusan.Apatah lagi ini semua demi masa depannya dan Akiff.Pak cik serahkan kepada kesepakatan kamu berdua.Baik bagi kamu berdua,baiklah juga kepada pak cik dan makcik."Hj Hamdi menutup bicaranya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience