KEBENARAN YANG MENYAKITKAN

Family Series 39283

Ika tidak sedar waktu mana Haziq sampai di rumah.Sewaktu membancuh susu Akiff di dapur,dia terpandang sekujur tubuh terbaring di atas sofa."Abang,mengapa tidak tidur di bilik?tangannya lembut mengusap pipi Haziq."Abang letih ni."kata Haziq sambil memejamkan mata.Walaupun melihat sosok Haziq sangat menambah luka di hati Ika tapi Ika masih lagi menghormati Haziq sebagai suaminya,sebagai syurga Ika.

Tanpa menjamah sarapan yang disediakan,Haziq keluar dari rumah.Katanya pagi ini dia ada beberapa temu janji lagi.Pulangnya juga jangan dinanti.Ika tidak mampu berkata apa-apa.Membiarkan sahaja Haziq dengan rentaknya.Sejak pulang dari negara kejiranan, tidur mereka berdua berasingan.Haziq kerap beradu di bilik tamu kerana katanya dia tidak selesa dengan suara tangisan Akiff.

Kasihan Akiff kerana sangat besar ujian buatnya.Hadirnya Akiff tidak dipeduli oleh ayahnya sendiri.Demi Akiff,Ika rela berkorban apa sahaja.Andai suatu hari mereka perlu keluar dari hidup Haziq,Ika rela asalkan dia dan Akiff dapat bersama.Kasih sayang seorang ibu buat anak hingga ke syurga.

"Abang,Ika lihat abang sangat berubah.Abang bukan seperti yang Ika kenali dulu.Apa salah Ika?Apa salah Akiff abang?Sampai hati abang,abaikan Ika dan Akiff."Ika sudah tidak mampu menahan sebak di dada.Sejak dari melahirkan Akiff hingga kini Ika memendam rasa."Ika,aku tidak pernah ada anak cacat.Keturunanku tidak ada yang cacat." suara Haziq naik seoktaf."Sampai hati abang!!"ucap Ika sayu.

Haziq sudah beberapa hari tidak pulang ke rumah.Sakit pening Ika dan Akiff tidak dipedulikannya.Ika sendirian menguruskan segala keperluan rumah tangga.Dari urusan barang dapur,susu, pampers dan juga memenuhi temu janji dengan doktor pakar kanak-kanak .Syukurlah Akiff anak yang baik dan tidak meragam.Allah maha baik.Setiap ujian yang diberikan bukan hendak membebankan hamba-hambaNya tapi untuk meneguhkan lagi keimanan.

Ika sudah membulatkan tekad.Dia tidak akan bertanyakan lagi siapakah wanita yang bersama Haziq.Sebagai orang yang sudah dewasa,Ika cukup mengerti bahawa keikhlasan dan kasih sayang bukannya boleh dipaksa-paksa.Andai sudah tiada cinta,biarlah masa menentukan segalanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience