PELANGI INDAH

Family Series 39283

Kemarau nan panjang telah berlalu pergi. Ketika cinta datang  indahnya hidup ini. Ketika cinta berlalu pergi perihnya sekeping hati .Namun , ketika cinta datang kembali, seperti pelangi di hujung bumi.

Suasana sayu dan hening ketika Zack melafazkan akad nikah ataupun ikrar pernikahan.Kedengaran tangisan Ika,ibu,umi dan abi silih berganti.Tetamu yang hadir terpalit dibuai sayu.Masing-masing tidak dapat menahan sebak.Pelbagai tribulasi dan mehnah yang dihadapi oleh pasangan pengantin ini.Liku-liku yang dilalui dan onak yang merintangi telah berjaya dilepasi.

Umi dan abi menunggu detik ini dengan sejuta harapan.Rasa kasihan dan empati terhadap kesetiaan dan pengorbanan Zack tidak dapat dilukiskan dengan kata-kata.Betapa di setiap solat mereka kebahagiaan Ika dan Zack sering didoakan.

Zack juga tidak menduga walaupun ingatan Ika belum pulih sepenuhnya tapi Ika sudah dapat menerima Zack dan seterusnya menggesa pernikahan mereka dipercepatkan.Setiap kejadian dan musibah yang menimpa banyak hikmah yang dipelajari.Allah tidak pernah menzalimi hamba-hambaNya.Di sebalik sebuah kesulitan ada jalan penyelesaian.Diduga dengan kemalangan,amnesia dan kehadiran Haziq rupanya menjadikan Ika lebih mengerti kenapa Ika harus memilih Zack dan bukannya Haziq walaupun Haziq adalah cinta pertamanya.

Zack tidak menjanjikan bulan dan bintang kepada Ika tapi kesetiaan dan pengorbanan Zack telah terbukti ketika Ika sakit dan tidak mampu mengurus Akiff.Zack telah menjalankan tanggung jawabnya sebelum ikrar perkahwinan sempat dilafazkan.

Di antara insan yang sangat bahagia melihat Ika dan Zack disatukan adalah Akiff.Akiff begitu teruja memanggil Zack sebagai papa.Kasih sayang Akiff kepada Zack menggunung tinggi.Tiada siapa yang mampu memisahkan mereka.Seorang anak yang dilahirkan dari rahim wanita pertama yang dicintai Zack.Walaupun bukan zuriatnya tapi sangat dicintai setulus hati melebihi zuriat sendiri.

Kenalan rapat dan saudara terdekat mendekati Zack dan Ika untuk mengucapkan tahniah dan mendoakan mereka.Wajah mendung Ika, sudah beriak gembira.Ika diulit bahagia melihat kesungguhan dan keikhlasan Zack untuk memilikinya.Tidak kurang juga yang mengusik mereka supaya cepat-cepat menimang cahaya mata.Ika tertunduk malu saat diusik begitu.Jika ada rezeki, Ika berharap dia dapat memberikan zuriat kepada Zack dan adik kepada Akiff supaya Akiff ada penemannya.

Setelah semua tetamu bersurai, hanya tinggal ibu,Zack dan Akiff sahaja.Oleh kerana sekadar majlis ijab kabul sahaja maka tiada sesiapa yang datang bermalam. Umi dan abi menitipkan pesanan agar Ika tenang sahaja di rumah ibu supaya dapat bertaaruf lebih dekat dengan Zack dan ibu.Lagipun Ika dan Zack hidup berjiran.Kini mereka bukan sahaja sekadar berjiran tapi akan berkongsi segala-galanya.Mereka umpama menaiki bahtera yang akan menuju ke Pulau Bahagia.

Ketika hari merangkak senja,ibu secara bersahaja berpesan kepada Akiff supaya tidak lagi berkongsi bilik dengan papa Zack tetapi tidur bersama ibu."Akiff tidur dengan tok ibu ya.Mama akan tidur di bilik papa."Akiff diam tidak berkutik.Bukan menyanggah kehendak tok ibu tapi Akiff tidak boleh lagi bermanja-manja seperti dahulu kerana kata tok ibu nanti Akiff akan dapat adik-adik kembar.Akiff tersenyum sendiri membayangkan hidupnya tidak lagi keseorangan dan kesunyian.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience