MEMBERONTAK

Family Series 39283

Sudah 16 tahun usia Adiratna.Dia membesar sebagai anak gadis yang cantik rupawan.Sesiapa yang memandang wajahnya pasti tidak puas untuk menatap ciptaan Allah yang sangat sempurna.Namun kehidupan Adiratna seperti berada di dalam sangkar emas.Kelihatan indah di pandang mata tapi hakikatnya dia amat sengsara.Adiratna adalah satu-satunya zuriat Zack.Sebut saja apa keinginan Adiratna semuanya akan dipenuhi cuma kebebasan saja yang tidak diperolehi selagi Adiratna belum mencapai titik kedewasaan.Itulah tegas Zack dan Ika."Abang,adik dah bosan dengan kehidupan adik .Adik nak hang out dengan kawan-kawan pun tak pernah.Adik nak juga menikmati kehidupan seperti kawan-kawan adik yang lain.Kadang-kadang adik selalu diejek-ejek kawan-kawan.Mengapa mama dan papa over protektif?Kalau boleh adik tak mahu lahir dalam keluarga ni. Lebih baik adik hidup miskin tapi adik lebih bahagia!!"Air mata mengalir deras.Sesak dada Adiratna menahan perasannya.Bergetar jiwa saat menzahirkan sekelumit rasa yang sering leluasa.
Akiff sebagai abang sangat memahami perasaan adiknya.Satu-satunya adik yang dia miliki.Sebenarnya selepas melahirkan Adiratna,mama telah beberapa kali keguguran.Keguguran terakhir menyebabkan mama jatuh pengsan.Sejak itu papa tidak mahu mama hamil lagi dan kata papa,"Cukuplah dengan kehadiran putera-puteri kita.Mungkin ini yang terbaik buat kita.Kita jalani kehidupan seadanya."Sejak detik itu,mama tidak pernah lagi hamil.
Akiff merasakan sudah sampai masanya dia menceritakan kisah hitam yang menyelebungi hidup mereka sekeluarga.Walaupun hanya beberapa hari menimpa mereka tapi kesan serta trauma terhadap keluarga mereka membekas hingga kini.Andai kata adiknya tidak dijumpai mungkin Akiff akan kehilangan mama dan papa buat selama-lamanya.4 hari yang dilalui sangat menyakitkan dan perit untuk dikenang.Jangan ada sesiapa yang berani menyebut atau mengungkit kisah tersebut di depan mama.Mama sukar untuk melepaskan dan berdamai dengan kisah silam yang menimpanya.Kisah silam itu seperti sebuah luka. Menyembuhkan luka itu, adalah satu yang amat panjang dan penuh dengan air mata.
Akiff menarik nafas panjang mencari kekuatan.Jiwa adiknya sangat lembut.Harus ada kebijaksanaan supaya apa yang disampaikan dapat dicerna dengan baik."Adik,adik sayang tak mama dan papa?"Tanya Akiff membuka bicara."Tentulah adik sayang tapi adik fed up dengan sikap mama dan papa.Serupa!!Baik mama atau papa tidak pernah sekali pun faham adik!!"Keluh Adiratna melepaskan rasa geram yang sering berkelana."Adik, kehidupan setiap manusia tidak sama.Kehidupan kita adalah medan ujian.Kita diuji dengan apa yang kita miliki.Namun adik kena ingat adik juga bersalah dalam situasi yang menimpa keluarga kita." Serius wajah Akiff menuturkan bait kata-kata."Abang !!!,Apa salah adik??"Tanya Adiratna kehairanan kerana tidak semena-mena dia dipersalahkan pula."Adik dengar baik-baik apa yang abang hendak sampaikan."Adiratna memberikan perhatian.Matanya tidak berkedip menantikan penjelasan dari Akill."Adik,ketika baru sahaja beberapa hari adik dilahirkan,adik telah diculik."
"Adik diculik?Biar betul abang?Tapi kenapa abang kata adik salah?Takkan ketika bayi adik dah buat salah?"Bertubi-tubi soalan menerpa bagai butir peluru keluar dari mulut Adiratna."Bagi abang,adik memang salah.Kesalahan adik,adik terlalu comel.Sehinggakan dalam ramai-ramai bayi yang dilahirkan,adik jadi pilihan penculik.Penculik pun jatuh cinta dengan adik"Seusai menjelaskan kepada Adiratna,sebuah tamparan kecil hinggap di bahu Akill."Abang ni ,orang serius dia main-main pula."marah Adiratna.
Maka segala yang tersurat, tersirat sudah.Adiratna terkedu dengan cerita yang disampaikan Akill.Bagi Akill pula daripada membiarkan adiknya terus memberontak,biarlah biarlah rahsia ini disingkap.Adiknya berhak tahu. "Semoga adik dapat berfikir secara terbuka dan tahu asbab kenapa adik dijaga rapi oleh kami semua.Allah menguji setiap orang dengan ujian yang berbeza-beza kerana setiap orang memiliki tingkat kesabaran, toleransi, dan keimanan yang berbeza.Namun Allah tidak membebankan kita melainkan dengan ujian yang mampu ditempuhi.
Tapi percayalah.adik, setiap kepayahan dan keperitan yang adik lalui sekarang, Allah telah aturkan hikmah dihujungnya.Jika adik kuat dan cekalkan hati,in sha Allah suatu yang indah menanti."panjang lebar hujah Akiff tanpa jeda.
Adiratna memeluk erat Akiff.Kalau mama dan papa ada 1001 sebab untuk menjaga permata hati mereka maka Adiratna juga ada 1001 sebab untuk menerima segalanya dengan berlapang dada.Bak kata pujangga,bahagia itu sederhana, sesederhana melihat orang yang kita cinta berbahagia."Terkadang standard kita tentang bahagia sangat tinggi sehingga kita tidak tahu bersyukur."Selalulah menghargai apa yang telah diraih walau sekecil apa pun.Kau pasti bahagia".

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience