PINDAH

Family Series 39283

Sudah 3 tahun ,Ika membeli sebuah rumah teres dua tingkat di kawasan kejiranan umi dan abi.Umi dan abi memberi syarat bahawa Ika boleh berpindah jika Akiff sudah besar.Kini sampai masanya Ika dan Akiff berpindah.Ika mahu memulakan kehidupan baru dan belajar berdikari.Sudah terlalu lama Ika dan Akiff bergantung sepenuhnya kepada umi dan abi.

Waima Akiff masih mentah lagi,Ika meminta pandangan Akiff untuk menghias biliknya.Warna biru dan putih menjadi pilihan Akiff.Ika juga menyediakan ruang melukis di dinding bilik Akiff supaya Akiff dapat berkarya dan mengekspresi dirinya.Akiff menunjukkan minat dalam seni lukis.Kata cikgu tadika Akiff, bakat yang dimiliki Akiff sangat luar biasa.Di usianya,hasil karyanya sudah seperti anak-anak remaja.Oleh yang demikian,Ika mahu mengembangkan lagi bakat Akiff dengan menyediakan segala keperluan berkaitan minat dan kecenderungan Akiff.

Hiasan keseluruhan rumah dengan menggunakan konsep moden kontemporari menjadi pilihan Ika.Dominasi warna putih menjadikan ruang di dalam rumah terserlah keanggunannya.Hasil sentuhan jemari Ika sangat memuaskan hati umi dan abi.Ika dan Akiff sangat gembira dapat tinggal di rumah sendiri.

Jiran tetangga Ika baik-baik dan peramah belaka.Melihat sikap ambil berat dan mesra mereka,umi dan abi berasa lega untuk melepaskan Ika dan Akiff menetap di rumah baru.Umi dan abi tidak terdaya untuk menghalang Ika berpindah kerana Ika juga berhak menentukan kehidupannya sendiri.Lagipun Akiff telah besar,bukannya bayi yang perlu dikendong ataupun didukung lagi.

Ketika awal perpindahan Ika,umi dan abi kerap tidur di rumah Ika supaya Ika dan Akiff dapat menyesuaikan diri dengan situasi baru.Umi dan abi sibuk bercucuk tanam segala sayur-mayur dan tanaman herba keperluan Ika bagi memudahkan Ika untuk memasak.Ika amat bertuah kerana memiliki umi dan abi yang sentiasa melimpah-ruah kasih sayang mereka.
Mereka bukan sahaja sentiasa ada untuk Ika tapi sering menjadi telinga untuk mendengar dan meminjamkan bahu untuk bersandar.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience