SIAPA PENCULIKNYA?

Family Series 39283

Kehilangan Adiratna walaupun ditutup rapat oleh pihak hospital, keluarga Zack dan Ika namun ianya dapat dihidu juga oleh para pemberita.Masing-masing membuat pelbagai spekulasi mengenai kehilangan Adiratna.Ada yang mengaitkan dengan alam bunian,makhluk halus ,orang gila dan sebagainya.Pihak polis juga menjalankan siasatan.Mereka tidak dibenarkan memberikan sebarang ulasan mengenai peristiwa tersebut sepanjang siasatan sedang dijalankan.
Ika bagai hilang separuh dirinya Bagaimana sekeping hatinya yang kecil dapat menampung kesedihan yang besar?Dia tidak mampu menjamah makanan dan tidak dapat tidur walaupun sekedip.Di fikirannya yang ada adalah Adiratna."Di manakah kau wahai anak?Mama minta maaf,mama tidak dapat menjagamu dengan baik.Mama lalai.Mama cuai."Maka berderaianlah lagi air mata membasahi wajah Ika.Itulah kata-kata yang diulang berjuta kali sejak sedar dari pengsannya.Betapa sakitnya sebuah kehilangan.Inilah kelukaan dan kesedihan yang paling besar dilaluinya.Hatinya bagai ditabuh ribuan palu.
Zack juga tidak mampu memujuk Ika.Malahan wajah Zack juga tidak mahu dipandang Ika.Ika meletakkan 100 peratus kesalahan terhadap dirinya.Bagi mengurangkan ketegangan Ika,Zack dinasihatkan menjauhkan diri seketika dari Ika.
Dalam keadaan Ika baru melahirkan,kondisi Ika semakin memburuk.Doktor terpaksa memberikan ubat penenang supaya Ika dapat merehatkan dirinya dan tidur nyenyak demi kesihatannya.Ika juga diberikan air drip yang mengandungi colloids bagi meningkatkan tekanan darah rendah yang dialaminya.
Seluruh keluarga Ika dan Zack bagaikan berkabung menerima berita yang sangat menyedihkan.Mereka melihat kehadiran Adiratna umpama sinar yang menyinari keluarga Zack tapi tiba-tiba sahaja kebahagiaan itu direnggut tanpa belas kasihan.Bahagia sesaat tiba-tiba lenyap dan meninggalkan tanda tanya tanpa ada jawapannya.Kesedihan membuatkan akal terpana dan tubuh tidak berdaya.
Dalam menghadapi suasana yang menyedihkan,Ika dan Zack bagaikan orang yang sudah hilang kewarasan.Mereka tidak mampu berfikir secara jernih.Ahli keluarga baik jauh ataupun dekat, masing-masing memberikan sokongan,kata semangat dan doa supaya puteri kecil mereka yang tidak berdosa dapat ditemukan dalam keadaan selamat.Hanya kepada Sang Pencipta dilantunkan doa tidak putus-putus.Doa adalah senjata yang paling ampuh seorang hamba kepada penciptanya.
Hari-hari yang dilalui sangat panjang.Setelah beberapa hari siasatan dijalankan,semua staff yang bekerja termasuk doktor, jururawat dan pengawal tidak terlepas dari siasatan.Semua tempat diperiksa untuk mencari bukti dan petanda mengenai kehilangan Adiratna.Hilangnya Adiratna bagai ditelan bumi.Tiada sebarang khabar berita.
Pemeriksaan tempat kejadian ataupun "walkthrough" dilakukan oleh Pegawai penyiasat dengan penuh ketelitian untuk mengetahui cara jenayah dilakukan,mengenalpasti titik masuk dan keluar penjenayah terbabit.
Zack kerap kali menghubungi pegawai penyiasat untuk mengetahui sejauh mana siasatan mereka.Ke mana hilang puteri kecilnya?Hidupkah dia atau sudah tidak bernyawa?Apa motif kehilangan puterinya?Semuanya mengasak jiwa.Jangan ditanya keadaan Ika.Tidak terurus dan tidak bermaya.Hilangnya Adiratna membawa seluruh semangat dan kekuatan yang ada pada seorang yang bernama Ika.
Setelah 4 hari berlalu,Zack mendapat perkhabaran dari pegawai penyiasat bahawa mereka mendapat beberapa petanda mengenai kehilangan Adiratna.
Siasatan demi siasatan dilakukan dengan lebih kemas dan terperinci.Daripada jadual kerja petugas 3 shift diperkecilkan sehingga 1 shift kerana suspek yang dikehendaki adalah petugas atau staff di hospital tersebut kerana tiada kesan pencerobohan orang luar berdasarkan rakaman CCTV yang berfungsi dengan baik.
Berkat doa semuanya, akhirnya seorang jururawat wanita ditahan.Daripada bukti dan saksi yang membuat laporan ada keraguan yang ditimbulkan oleh jururawat yang bertugas pada shift malam iaitu suspek bekerja dari jam 9 malam hingga jam 7 pagi.Jururawat tersebut bertugas di wad Ika dan anaknya dirawat Seusai tugas pada shift tersebut, suspek mengambil cuti rehat.
Setelah waran tangkap dikeluarkan,satu serbuan dijalankan di rumah suspek.Pihak polis terpaksa menggunakan kekerasan dengan memecahkan pintu kerana mereka tidak memberikan kerjasama kepada pihak polis.Ketika serbuan tersebut, suspek bersama suaminya, si kecil Adiratna dan ibu bapanya berada di rumah.Adiratna ditemui dalam keadaan yang sihat dan terjaga tanpa cacat-cela.
Dalam melakukan penculikan ini,suspek tidak bersendirian.Ada pihak yang membantunya.Tindakan nekad suspek tanpa bersandarkan kewarasan akal.Beliau berani menanggung konsekuennya sebagai seorang penjawat awam yang berkemungkinan berhadapan dengan tindakan undang-undang dan dibuang dari perkerjaannya
Banyak persoalan yang tidak terjawab.Bagaimana Adiratna dilarikan dari wad?Kenapa ketika kejadian berlaku rakaman CCTV tidak memperlihatkannya sedangkan CCTV berfungsi?
Zack dan keluarga melakukan sujud syukur sebaik saja menerima berita gembira tersebut.Terlepas lagi satu ujian besar buat Zack dan keluarga.
 “Sungguh akan Kami berikan ujian kepada kalian, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Berikanlah kabar gembira kepada orang-orang yang sabar.” (QS. al-Baqarah [2]: 155)

Kehidupan di dunia ini bak roda pedati yang selalu berputar.Putarannya menjadikan kehidupan kita tidak selamanya berada di satu posisi.Adakalanya berada di atas dan lain waktu pasti harus di bawah.Ada suka dan ada pula duka. Ada canda tawa tanda bahagia, dan ada pula tangis pilu nestapa. Ada saat dimana kita begitu bahagia meraih nikmat dan kurnia, namun di kesempatan lain harus menahan duka mendalam atas pahitnya ujian.Maka ambillah ikhtibar dan mencermati liku perjalanan yang panjang ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience