SELANGKAH KE OSAKA

Family Series 39283

Osaka seakan menggamit kehadiran Zack dan keluarga.Setiap kali perbualan mereka,tentunya Akiff paling teruja menyatakan hasratnya untuk ke Osaka.Percutian ke Osaka merupakan hadiah terbesar yang diperolehi Akiff sejak menyertai peraduan melukis.Hadiah yang diterima sangat bermakna kerana ianya merupakan julong-julong kalinya Akiff berpeluang ke luar negara.Kata tok ibu kepada Akiff,"Percutian ke Osaka selain daripada pengiktirafan JICA terhadap bakat Akiff,ianya juga adalah hadiah perkahwinan mama dan papa sebab mama dan papa belum sempat berhoney moon lagi."Mendengar kata-kata tok ibu,Akiff diulit rasa bahagia kerana dengan bakat yang dimilikinya Akiff dapat berkongsi kebahagiaan dengan insan-insan yang sangat dicintainya.

Sejak kebelakangan ini,Akifflah yang paling sibuk.Membuat carian dan melengkapkan senarai tempat-tempat yang akan dilawati apabila menjejakkan kaki ke Osaka nanti.Kata mama Akiff, hadiah ini adalah milik Akiff maka Akifflah yang berhak membuat pilihan.

Suatu petang yang damai,seusai solat asar tiga beranak duduk bersantai berbual-bual di ruang tamu.Sambil bersandar di bahu papa Zack,Akiff menyuarakan hasratnya,"Papa,Akiff teringin nak tengok bunga sakura yang mekar berkembang.Ada kawan Akiff cakap cantik pemandangan di Jepun pada masa tu.Bolehlah Akiff melukis di sana."Kalau papa pula,papa suka sukan sumo.Akiff tahu tak apakah sumo?"Tanya Zack cuba menduga Akiff."Ala..Akiff pernah tengok,dua orang gemuk bergaduh!!Tapi..seksilah papa.Nanti mesti mama malu nak tengok"Jawab Akiff dengan yakin.Ika tersenyum mendengar kata-kata Akiff."Bukan bergaduhlah Akiff tapi dia orang bersukan dengan cara mendorong lawan sehingga jatuh.Sukan sumo ini adalah tradisi masyarakat Jepun dan menjadi salah satu kebanggaan mereka."Ika memperjelaskan kepada Akiff.

"Kalau nak tengok bunga sakura dan juga sukan sumo,kita perlu ke Osaka pada musim bunga iaitu pada bulan April.Pemandangan pada waktu itu sangat indah.Suhunya di antara 10 -20 darjah celcius.Suhu agak rendah juga.Akiff tentu tak tahan sejuk.Nanti papa belikan kita semua baju sejuk."Kata Zack bersemangat kerana walaupun banyak negera telah dijelajahi tapi Zack belum pernah sampai ke Negara Matahari Terbit ini.Berkat usaha Akiff,bakat dan tuah yang dimilikinya dapat membawa keluarga kecil Zack ke Osaka.

"Akiff, nanti papa dan mama berbincang dengan Cik Asuka tentang itinerari kita ke Osaka.Sambil-sambil tu,Akiff bolehlah buat carian lagi dan bagitahu papa tempat yang Akiff hendak pergi.Tapi ingat Akiff, kita hanya ke Osaka sahaja!!Jangan rancang ke tempat lain tau.Selepas tiba di Kanzai Airport,kita akan menginap di hotel yang disediakan oleh pihak JICA.Kita bertuah kerana pihak JICA memberi peluang kepada Akiff memilih tempat untuk dilawati asalkan dalam Osaka.Jadi,papa bagi peluang kepada Akiff pilih,sebelum papa menyusun semula ikut kesesuaian masa dengan Cik Asuka."Kata Zack kepada Akiff supaya Akiff dapat menyenaraikan tempat-tempat yang ingin dilawati Akiff.Walaupun Akiff masih kecil tapi Zack selalu merai pendapat dan pandangan Akiff.Jika tidak bersesuaian,Zack akan menjelaskan kepada Akiff secara berhemah.

"Baik,papa!!Dah panjang senarai Akiff buat.Tok ibu pun bantu Akiff pilih tempat."Akiff memaklumkan kepada Zack."Hai,pandai tok ibu pilih."Kata Zack seperti tak percaya.
"Papa, Akiff bacakan ya tempat yang Akiff dah pilih..Akiff nak pergi ke
Kaiyukan Aquarium, Tempozan Ferris Wheel ,Osaka Castle, Tsutenkaku & Dotonbori River Cruise,Universal Studio Japan,tengok bunga sakura dan juga sukan sumo."Begitu yakin Akiff menyebut satu-persatu hasratnya.Terlopong Zack seketika."Hebat anak-anak kecil zaman sekarang.Dengan teknologi di hujung jari,mereka mendapat banyak informasi.

"Ha ah... Nanti dah sampai di Osaka,jangan lupa belikan tok ibu ole-ole.Tok ibu nak kimono warna merah."Tok ibu muncul serta-merta dan mencelah."Untuk tok ibu, don't worry.Akiff akan belikan.Tapi...tok ibu cakaplah dengan mama saiz baju tok ibu.Akiff tak pandai.Untuk Tok Biah pun, Akiff akan belikan kimono juga."Bersinar-sinar mata Akiff saat menuturkan janji kepada tok ibu.
"Tok ibu gurau je Akiff.Manalah tok ibu nak pakai kimono.Bukan pakaian orang Melayu.Orang Jepun pun dah tak pakai kecuali untuk majlis tertentu."Kata ibu menjelaskan kepada si Akiff yang sudah beria untuk membelikan kimono buat tok ibu.

"Engkau dah buat persiapan ke Zack untuk pergi melancong?Dah tak berapa hari lagi.Pejam celik,pejam celik masa begitu pantas berputar.Banyak persiapan juga tu.Kalau nak dibeli di Jepun mahal sangat kosnya.Sayang duit Zack.Penat-penat kau cari duit tapi bila ditukar dapat sedikit je berbanding yen Jepun."Bebel ibu.

"Sebelum beli segala kelengkapan,Zack akan berjumpa Cik Asuka dulu untuk berbincang segala itinerary ke Osaka dan juga bertanyakan pendapat Asuka mengenai keperluan yang akan dibawa.Lagipun ibu, kita orang cadang nak ke Osaka pada musim bunga.Kalau musim sejuk,lain pula ceritanya."Jelas Zack kepada ibu.

"Apapun Zack,ibu doakan engkorang selamat pergi dan balik.Korang yang nak pergi,ibu yang terlebih debar pulak.Nanti ibu rindukan cucu ibu ini."Kata ibu sambil mengucup dahi Akiff."Akiff pun akan rindukan tok ibu juga.Kalau boleh,Akiff tak nak tinggalkan tok ibu tapi kesian tok ibu dah penat-penat doakan Akiff sampai berjaya.Akiff tak nak hampakan tok ibu."Si Akiff menzahirkan rasa hatinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience