MENERIMA SEBUAH KENYATAAN

Family Series 39283

"Selamat datang ke Syarikat Armada.Di Armada, sentiasa ada ruang untuk Ika.Baiklah,notis ini terbatal dengan sendirinya apabila Ika kembali semula.Ika akan berada di posisi Ika seperti dahulu.Yang selebihnya,saya uruskan."Dato' Hadi menunjukkan sekeping notis yang dikeluarkan dari sebuah file.Tertera dengan jelas, tandatangan Zulaika Bt Hj Hamdi.Ika menggaru-garukan kepalanya.Satu persatu kejutan mendatanginya sekarang.Dari urusan rumah tangga dan kini pula berkaitan kerjaya yang dicintainya.Wajah polos Ika dipandang Dato'Hadi.Dato' Hadi juga dapat merasakan Ika yang berada di hadapannya sekarang, bukanlah Ika yang dahulu.Ika yang garang,tegas dan pemberani.Ika yang sekarang seperti seorang yang naif dan tenggelam dalam dunianya sendiri.

"Ika,apa khabar abi dan umi Ika?Apa khabar Zack dan Akiff?"Tanya Dato'Hadi kepada Ika."Alhamdulillah,umi dan abi,sihat.Nanti sekejap,Zack,Akiff??Bagaimana Dato' kenal Zack?Siapa Zack?Siapa pula Akiff?"Semakin buntu Ika dibuatnya.

"Baiklah..begini Ika..Saya tidak tahu apa masalah Ika.Tapi saya rasa,saya akan cuba membantu Ika."Dato'Hadi menarik kerusi merapati Ika.Sementara itu,tangannya menekan butang interkom memanggil setiausaha yang menggantikan Ika.", Alina,batalkan mesyuarat saya pagi ini.Saya ada hal kecemasan.Nanti saya tetapkan ke suatu tarikh yang lain."Katanya penuh ketegasan."Tapi dato', mesyuarat ini sangat penting kepada Syarikat Armada.!!"Si Alina cuba mengingatkan Dato' Hadi."Awak tahu Alina,apabila saya mengeluarkan arahan ada justifikasinya yang tidak boleh dipertikaikan.!!"Alina menundukkan wajah.Jelas kelihatan Dato'Hadi sangat serius dan benar-benar memaksudkannya.Ika hanya terkulat-kulat memerhati.Dia tiada keberanian untuk campur tangan.

Dato'Hadi mengangkat kening mengisyaratkan supaya Alina berlalu pergi.Bahasa tubuh Dato'Hadi difahami Alina.Maka, dengan penuh hormat Alina segera berlalu ke tempat kerjanya."Adakah wanita yang berada di hadapan Dato' Hadi lebih penting dari Syarikat Armada?"Pertanyaan yang tidak mampu disuarakan Alina.

Suasana hening seketika.Dato' Hadi mencari kata-kata yang sesuai untuk dibicarakan dengan Ika.Dia sedar,kali ini Ika harus dibantu supaya Ika kembali berpijak di bumi nyata.Keadaan yang dihadapi sekarang adalah ibarat menarik rambut di dalam tepung.Perlu teliti dan sabar supaya rambut tidak terputus dan tepung juga tidak berselerak.

"Ika, saya tidaklah begitu mengenali tunangan Ika iaitu Zack.Tapi saya pernah bersua dengan Zack ketika Ika kecelakaan dengan Dato'Iqbal dulu.Saya melihat Zack adalah sosok lelaki sejati yang sangat sabar dan mencintai Ika.Zack setia disamping Ika setiap hari sehingga saya tiadapun satu ruang untuk mengorat Ika."Tutur Dato' Hadi sambil tersenyum.Walaupun dalam bentuk gurauan tapi Dato' cuba menzahirkan rasanya terhadap Ika.Ika hanya setia menanti segala butir bicara Dato'Hadi.

"Mengenai Akiff pula, Akiff adalah anak Ika dan Haziq.Ika masih kenal Haziq?Soal Dato'Hadi untuk mengetahui sejauh manakah ingatan Ika terhadap kisah silam yang dilaluinya ."Ya,saya kenal Haziq.Dia bekas suami saya tapi saya tidak pasti bila kami bercerai."

Setelah panjang lebar penerangan Dato' Hadi kepada Ika mengenai perkara yang berlaku dan dalam pengetahuannya, ternyata Ika dapat menerima segalanya tanpa sebarang argument.Dato'Hadi cuba sedaya-upaya untuk membantu Ika.Segala khilafnya suatu ketika dulu cuba untuk ditebus kembali.Dato' Hadi bertekad untuk memudahkan jalan-jalan penyatuan Ika dan Zack.Andainya dia berpeluang menjadi lilin,biarlah kali ini dia membakar diri demi kebahagiaan Ika.Masa silam,bukan untuk disesali tapi dijadikan ikhtibar untuk memperbaiki diri.

Masih terngiang-ngiang kata-kata yang diucapkan oleh sang isteri,"Abang,bahagia itu bukan kerana memiliki apa yang kita cintai tapi erti bahagia yang sebenarnya adalah mencintai apa yang kita miliki."Kata-kata tersebut berulangkali cuba dihadamkannya.

Seharian di pejabat,Ika hanya bermenung panjang.Dalam fikirannya sekarang hanyalah Zack dan Akiff.Kalaulah Zack lelaki pilihan tuhan buatku,permudahkan jodohku.Jika benar,Akiff adalah zuriatku..ingin ku peluknya dan tidak akan dilepaskan.

Hari ini bila ia datang, jangan biarkan ia berlalu pergi. Esok kalau ia masih bertandang, jangan harap ia akan datang kembali.

Ika merenung jam di dinding.Mengapa begitu lambat masa berputar? Kalaulah aku burung,saat ini aku sudah terbang.Perasaan tidak sabar sudah membuak-buak.Ika ingin segera menemui umi dan abi untuk meleraikan segala kekusutan dan persoalan yang bermain-main di benak fikirnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience