BUNTING PELAMIN

Family Series 39283

Hujung minggu,mama dan papa beria menjemput Haziq dan Ika pulang ke rumah agam mereka.Pelbagai juadah beratur di atas meja untuk menjamu anak dan menantu kesayangan.Mama memasak kesemuanya.Pembantu rumah sekadar menyediakan bahan.

Berselera sekali Haziq menjamah segala juadah yang disediakan.Air tangan seorang ibu adalah yang terbaik buat seorang anak.Ika pula hanya mencedok sup sayur saya.Entah mengapa tekaknya merasa loya.Baru sesuap nasi masuk ke mulutnya tiba-tiba sahaja dia hendak termuntah.Ika bergegas ke tandas tanpa sepatah kata.Pucat lesi wajahnya menahan isi perut yang hampir keluar.

'Mengapa sayang,"tanya Haziq cemas sambil dia mengikut Ika ke tandas.Maka,mencurah-curahlah segala isi perut yang ditahan dari keluar sejak tadi.Haziq menggosok-gosok belakang Ika sehinggalah keadaan Ika reda.Ika kemudiannya dibawa Haziq ke kamar untuk berehat manakala Haziq pula ke ruang makan untuk menghabiskan nasi yang belum dihabiskan tadi.

"Agaknya isteri kamu dah hamil."
kata mama Haziq apabila melihat.Haziq kembali duduk di kerusi makan. Terkesima Haziq mendengar kata-kata mama.Adakah secepat ini dia akan bergelar ayah? Sebenarnya jika diikutkan perasaan,Haziq belum bersedia untuk menggalas tanggung jawab sebagai ayah.Dia dan Ika masih lagi dalam proses mengenali hati budi.Namun jika sudah tertulis rezeki buat mereka seawal ini,dia tidak akan menolaknya."Kalau betul Ika mengandung,baguslah.Tidak sunyi awak tu.Ada teman untuk bermanja-manja,"sampuk papa pula.

" Haziq,selesai kamu makan cepat- cepat bawa Ika ke klinik.Risau juga mama,"pesan mama.Haziq mengiakan kata-kata mama.Nampak benar mama teruja menerima kehadiran cucu.Oleh sebab itu juga mama mendesak Haziq bersegera mengahwini Ika.Kata mama,"Jangan sampai mama dan papa memejamkan mata baru kamu mendapat zuriat."

"Tahniah,encik.Isteri encik hamil,"kata doktor selepas selesai pemeriksaan ke atas Ika.Ika yang mendengar tidak dapat menahan rasa gembira Walaupun dia tidak menjangka akan hamil secepat ini. tapi kehamilan ini adalah suatu yang membahagiakan buat seorang isteri kerana dapat memberikan zuriat buat suami tercinta.Berapa ramai kawan-kawan Ika yang telah berapa tahun berkahwin tapi kini masih lagi menanti kehadiran orang baru dalam hidup mereka.

"Tahniah,sayang!!"secara spontan Haziq mengucup dahi Ika di depan doktor.Doktor hanya tersenyum.Beliau faham perasaan mana-mana suami-isteri yang pertama kali akan mendapat cahaya mata akan diulit rasa bahagia."Encik,tolong pastikan isteri encik melakukan aktiviti yang agak lasak di awal kehamilan,"pesan doktor mengakhiri perbualan mereka.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience