API CEMBURU

Family Series 39283

Hari ini merupakan hari pertama Ika akan berkerja bersama Zack sebagai pembantu di studio.Kata Zack, Zack sudah ada seorang pembantu tapi keadaan akan menjadi sulit jika tiba-tiba sahaja pembantu Zack bercuti.
Awal pagi,Ika menyiapkan Akiff dengan uniform sekolah rendahnya.Nampak besar dan matang wajah Akiff dengan pakaian seragam yang lengkap bertali leher."Betulke mama dan papa nak hantar Akiff ke sekolah?"Tanya Akiff seperti tidak percaya."Ya,Akiff,sekarang papa dah jadi boss mama.Mama akan bekerja dengan papa.Mama tidak boleh malas-malas.Nanti papa potong gaji."Maka mengekeklah ketawa Akiff mendengar gurauan papanya.
Dah seperti kerang busuk Si Akiff apabila mama dan papa menghantar Akiff ke sekolah.Perkara seperti ini walaupun kecil dan remeh di mata orang dewasa tapi amat memberi makna kepada anak-anak seusia Akiff. Seusai menguruskan Akif ke sekolah, mereka menaiki satu kereta ke studio.

Sebaik sahaja melangkah kaki memasuki studio, Ika melihat seorang wanita sebaya Ika berada di sofa berhadapan pejabat Zack.Matanya memandang Ika tidak berkedip."Ayu,ini isteri saya Ika."Zack memperkenalkan Ika kepada pembantunya bernama Ayu.Ika menghulurkan tangannya bersalam dengan Ayu.Ayu bagaikan terpaksa,lambat-lambat menyambut huluran tangan Ika.Suasana sepi seketika.Dari pandangan mata Ika,dapat dirasakan kehadirannya kurang disenangi Ayu.Mata Ayu seringkali mencuri pandang ke arah Zack.Pandangan yang sukar dimengertikan Ika.Dengan skirt pendek yang ketat dan memakai blouse ketat tidak sepadan dengan tubuh munggilnya.Ika tidak senang melihat melihat penampilan Ayu yang sangat menjolok mata.Dalam hati Ika bertanya-tanya,bagaimanakah Zack mengadap situasi ini setiap hari?Tidak tergugatkah perasaan dan keimanan Zack.Hanya mereka berdua di studio yang tertutup.Bak kata Zack,pengunjung atau pelanggan yang datang hanya yang bertemu janji sahaja.Kian bercelaru dan resah Ika.Tiba-tiba sahaja Ika tidak keruan.Selama sebulan perkahwinannya dengan Zack,segalanya sangat membahagiakan tetapi mengapa hari ini segala kebahagiaan dan ketenangan Ika bagaikan disiat-siat oleh figura bernama Ayu.Mengapa Ayu harus muncul dalam kisah hidup mereka?Mengapa Zack tidak memilih Ayu sahaja sebagai isteri tapi memilih Ika yang polos sebagai teman hidupnya?
"Ika, abang dah letak meja Ika sebelah meja abang.Nanti kita sebilik.Barulah abang boleh fokus bekerja bila si cantik abang ada bersama."Kata-kata Zack tidak dilayan Ika.Ika jauh mengelamun.Jika dilihat orang luar,mereka bukan seperti pasangan suami-isteri sebaliknya hanyalah rakan sekerja."Ika!!!Mengapa ni?Tadi ceria sahaja.Sampai di office,abang lihat macam dah luruh semangat Ika nak kerja dengan abang.Ika tak selesakah kerja dengan abang?"Tanya Zack setelah melihat perubahan wajah Ika yang sangat ketara.
Zack tidak dapat menebak apakah puncanya tapi dia tidak mahu memaksa Ika.Ika mungkin perlukan masa untuk menyesuaikan diri dengan keadaan yang baru buatnya.Tentu dunia seorang setiausaha di sebuah syarikat besar yang ditempatkan di bangunan tersergam indah tidak sama dengan bekerja di studio .Namun begitu,inilah dunia Zack.Inilah periuk nasi Zack.Dengan studio inilah Zack semakin melakar kejayaan dan menempatkan hasil karyanya setanding pelukis-pelukis terkemuka negara.
Waktu tengah hari,ketika menjemput Akiff pulang dari sekolah,Ika bagai anak kecil merengek untuk ikut Zack.Katanya mahu berehat di rumah.Zack tidak membantah kehendak Ika kerana Zack cuba memberi ruang kepada Ika untuk menyesuaikan diri di studio.
"Betul ni,Ika nak tinggalkan abang seorang diri di studio?"Tanya Zack inginkan kepastian."Abang tak seorang.Ayu kan ada dengan abang !!"Jawab Ika dengan suara yang bergetar menahan peraaannya.Zack belum bijak membaca perasaan Ika.
Sampai sahaja di rumah,Ika bergegas masuk ke bilik.Tangan Zack tidak dikucupnya seperti selalu.Ibu juga kehairanan dengan perubahan diri Ika."Engkau bergaduh dengan Ika ke?"
"Tak adalah ibu.Entah tiba-tiba sahaja Ika macam pelik dengan Zack.Masa pergi tadi ok ja."Zack menjelaskan kepada ibu."Habis tu, engkau nak balik ke studio?"Tanya ibu lagi."Ialah ibu.Tinggal Ayu seorang diri kat studio.Kesian juga kat Ayu."Kata Zack lagi.
"Zack, engkau ada seorang sahaja isteri.Bukan dua,bukan tiga.Pergilah pujuk Si Ika tu.Kalau tak ada apa-apa,masakan Ika bersikap macam tu.Mungkin kau ada buat salah tapi kau tak sedar."Kata-kata ibu ada kebenarannya.Nak dapat seorang isteri pun bukannya mudah.Dah dapat,kena timang dan jaga elok-elok.Hanya Ikalah bidadari yang bertakhtha di hati Zack.
Zack mengatur langkah ke kamar. Ternyata pintu bilik tidak ditutup rapat.Ika tidur mengiring mengadap dinding.Terdengar esakan halus keluar dari bibir comel Ika."Mengapa ni sayang?Zack merebahkan badannya dan memeluk Ika dari belakang.Ika langsung tidak memalingkan mukanya walaupun semakin kuat pelukan Zack.Entah berapa lama Ika menangis Zack tidak pasti.Akhirnya dengkuran halus memecahkan kesunyian.Ika sibuk melayan perasaannya dan Zack pula tidur diulit mimpi yang indah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience