SUDAH JATUH DITIMPA TANGGA

Family Series 39283

Ibu sudah tidak mampu menanggung perasaan hiba melihat keadaan Zack yang sangat lemah.Bahkan untuk mengangkat mata pun sudah tidak mampu dilakukannya apatah lagi untuk makan dan minum.Ika dan Akiff turut sama berkongsi perasaan dengan ibu."Ika,tak boleh jadi macam ni. Membiarkan Zack semakin lemah dan tak bermaya.Sekarang ni,kita yang patut bertindak pantas.Ika telefonlah ambulans.Bukan kudrat kita untuk membawa Zack ke hospital."Ibu bersuara memecahkan keheningan suasana ketika itu.Ika yang sepanjang masa berada di sisi Zack hanya mampu menangis dan menangis kerana di fikirannya hanya terbayangkan sebuah pemergian dan kehilangan.Sudah buntu fikirannya.Segala trauma dan kecelakaan yang pernah dilalui membataskan mindanya untuk berfikir panjang dan waras.

Bagai anak kecil, Ika menuruti tanpa membantah kata-kata ibu yang sangat benar tapi tidak terlintas di kotak fikir Ika.Nombor 999 didail berhati-hati.Setelah panggilan bersambut dan segala detail diberi maka Ika berkemas apa yang patut untuk sang suami tercinta yang akan dibawa oleh ambulans sebentar lagi.

Ketika ambulans sampai, petugas menaikkan Zack di atas "stretcher".Wajah pucat lesi Zack dengan mata terpejam mengundang rasa simpati dan sayu mata yang memandang ketika itu.Ika menemani Zack di dalam ambulans.Ibu dan Akiff tidak turut serta.Hanya doa sahaja yang mampu dikirimkan ibu buat putera tunggal tercintanya.Akiff memeluk tok ibu seerat-eratnya.Tangisan keduanya pecah juga setelah tidak dapat menahan perasaan mereka.Seperti mana Ika,Akiff juga takut sebuah kehilangan.Akiff tidak punya sesiapa.Zacklah papa yang telah menumpahkan segala kasih sayang dan kecintaan kepadanya seluruh jiwa dan raga.Baru sekejap menumpang kasih,Akiff dapat merasakan beratnya sebuah kehilangan."Tok ibu,papa tak akan tinggalkan kita!!Papa tidak akan mati lagi kan tok ibu?"Bergetar suara Akiff menahan perasaannya."Akiff doakan untuk papa ya!!Papa sayangkan kita.Papa akan sentiasa ada untuk Akiff,tok ibu dan mama."Hati ibu turut dibuai sayu.Satu-satunya zuriat yang ada,yang dipinjamkan Allah swt.Namun apalah daya seorang hamba andai pemilikNya mengambil semula apa yang dipinjamkan.

Zack ditempatkan di zon merah.Dr David yang memeriksa Zack kelihatan sangat cemas."Mengapa puan membiarkan suami puan seteruk ini?Puan tahu tak,suami puan mengalami dehidrasi yang serius.Sekarang ini,dia tidak sedar.Jika dia dalam keadaan sedar kita boleh memberikan dia bantuan melalui mulut tetapi sekarang,saya akan cuba memberi cecair intravena untuk menyelamatkan suami puan.Puan, jika dehidrasi tidak segera ditangani akan memberi impak kepada fungsi ginjal,gangguan otot dan pencernaan.Malahan ada yang boleh pengsan dan paling serius boleh membawa maut."Panjang lebar penjelasan Doktor David dengan nada suara yang agak tinggi.Kata-kata Dr.David sangat memberatkan perasaan Ika.

Ika merasakan dirinya sangat bodoh dan dia bukanlah seorang isteri yang baik.Tika saat sakitnya ,Zack sentiasa ada dan memberikan sinar cahaya kepadanya tapi sewaktu Zack sakit Ika tidak mampu berbuat apa-apa.Rasa inferiority complex tiba-tiba saja bertandang di ruang kotak fikir Ika."Abang,maafkan Ika abang.Maafkan Ika!!"Berulang kali kata maaf diucapkan di luar sedarnya.Air Mata jatuh berguguran menyapu pipi gebu Ika.Ika berasa bersalah dan berdosa terhadap Zack.Doktor David dan jururawat yang merawat Zack kebingungan melihat keadaan Ika yang menangis seperti anak kecil.

Tidak semena-mena bumi seolah seolah membuai laju tubuh Ika.Ika tidak dapat mengawal dirinya.Akhirnya,tubuh Ika jatuh menyembah bumi.Jururawat- jururawat yang berada di tepi katil Zack bergegas untuk menyelamatkan Ika pula.

Keadaan mereka bagaikan jatuh ditimpa tangga.Belum selesai masalah Zack,Ika pula menerima nasib malang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience