ADA RINDU

Family Series 39283

Menghirup angin malam dari The Trans Luxury Hotel,bertaraf 5 bintang yang terletak di Kota Bandung banyak menggamit kenangan.Setiap tahun,Bandung menjadi destinasi wajib bagi Zack kerana di Kota Kreatif Dan Artistik inilah hasil sentuhan jemari Zack bersama pelukis terkenal yang hasil karya mereka yang juga telah mendunia dan menyihirkan ramai manusia dipamerkan.Di sinilah Zack bertemu rakan-rakan seperjuangan.Mereka berkongsi idea,semangat, kekuatan dan inspirasi.Bukan mudah perjalanan hidup anak seni untuk mencipta nama dan menghasilkan karya yang diterima oleh masyarakat.Jatuh bangun,titisan keringat, air mata,kekecewaan dan kelukaan menghiasi hari-hari mereka sebelum hasil karya mereka dapat diterima dan dinobatkan.Sedangkan karya tersohor dunia seperti Monalisa yang dihasilkan oleh Leornado Davinci juga dikritik oleh segelintir manusia apatah lagi jika beliau adalah pelukis biasa-biasa.Tentu tidak sunyi,daripada ujian dan cabaran sebelum dia dapat duduk sama tinggi dan berdiri sama rendah dengan pelukis-pelukis tempatan yang lain.Pelukis seperti Ko Yamada dari Jepun,Hendra Gunawan ,Agus Djaya dan Hamdan Sharani menjadi idola Zack untuk terus berkarya.

Hampir 6 hari di Bandung, Zack merasakan satu kekurangan dan kehilangan dalam hidupnya.Tiada lagi celoteh ibu yang tidak pernah berenggang dengan Zack.Ibu sakit lutut,Zack tolong sapukan ubat.Ibu pening,picitkan kepala ibu.Tiada lagi kenakalan Akiff yang melengkapkan dan mewarnai hari-hari Zack.Zack rindukan segalanya tentang Akiff.Kepetahan Akiff,kematangan Akiff dan yang paling penting,mereka berkongsi minat yang sama.Seorang anak kecil yang comel, waima cacat anggota fizikalnya dilahirkan dari rahim seorang wanita istimewa.Ketika lelaki lain seusia Zack sudah berderet cahaya mata tapi bukan rezeki Zack untuk memiliki zuriat sendiri.Namun maha kaya Allah yang menyusun atur sebuah pertemuan.Kita sendiri tidak pernah tahu bahawa satu saat Allah memberikan sesuatu yang pernah kita impikan dalam hidup kita dengan cara yang tidak diduga.Ada manusia tidak mahu mensyukuri malah mengabaikan amanah yang dianugerahkan.

6 bulan bukanlah tempoh yang lama untuk Zack dan Akiff menyulam rasa.Bagaikan ada chemistry di antara Akiff dan Zack.Saat bersapa buat kali pertama dengan Akiff,Zack merasakan ada perasaan kasih sayang yang hadir tiba-tiba.Zack tidak sendiri merasainya tapi berkongsi rasa dengan ibu.Akiff adalah anak kecil yang Allah hadiahkan untuk melengkapkan kehidupan Zack dan ibu yang seringkali sunyi sejak akhir-akhir ini.
Jika Akiff bertakhtha di hati Zack, bagaimana pula dengan wanita yang melahirkannya?Seorang insan yang juga istimewa.Wajah polos yang mendamaikan saat Zack mencuri pandang.Ketika mata saling bertatap tiada riak yang dipamerkan. Namun sebuah nama Ika semakin menggebu-gebu di relung rasa.

Sebelum acara bermula, Zack dan delegasi berkonvoi dari Jakarta ke Kota Bandung.Walaupun dekat jarak perjalanan Jakarta dan Bandung tapi faktor macet menyebabkan perjalanan mengambil masa sehingga 7 atau 8 jam perjalanan.
Kesesakan yang turut menyesakkan dada dan meletihkan fizikal dan mental.Macet ini membarah kerana saban tahun semakin bertambah ramai penduduk tempatan menggunakan kenderaan peribadi.Walaupun jalan raya diperlebarkan tapi masih gagal menampung jumlah kenderaan yang berada di jalan raya.
Zack menikmati setiap momen.Segala kesukaran dan kesulitan di negara orang mengajar Zack mensyukuri.Malaysia tetap di hati walaupun kemana saja langkah dijejaki.Hujan emas di negara orang,lebih baik hujan batu di negara sendiri. Walaupun tidak kurang juga yang sanggup migrasi ke luar negara kerana mencari hujan emas atau padang yang lebih hijau di negara asing.

Bersama rakan-rakan, Zack kembali menjejak Cihampelas Walk,Pasar Baru Bandung,Pasar Cibaduyut dan juga Factory Outlet Bandung.Sebelum pulang ke Malaysia, Zack ingin membeli buah tangan buat ibu dan insan-insan yang dirindukan.Ibu sukakan kain pasang bersulam.Zack rambang mata untuk memilihnya.Jika tersalah pilih dan tidak pandai membeli bimbang mendapat
material fabrik dan sulaman yang kurang berkualiti.Namun keramahan si penjual dan kejujuran mereka berurusniaga,Zack membeli beberapa kain pasang yang bagus dengan harga yang sangat berpatutan.

Zack juga membeli beg tangan kulit untuk ibu,Ika dan beg galas untuk Akiff.Zack perasan beg tangan Burberry Ika tidak pernah berganti.Mungkin Ika bukan spesis perempuan yang gemar bertukar beg.Untuk Akiff juga dibelikan t-shirt Bandung.Sewaktu membelek t-shirt untuk Akiff,Zack diterjah soalan,"Anak bapak berapa tahun usianya?Anak bapa cewek atau cowok?."Zack hanya tersenyum.Zack dapat membayangkan riak wajah Akiff apabila Zack membelikannya sesuatu,Akiff akan menghadiahkan Zack senyuman paling manis."Terima kasih uncle.Terima kasih.Akiff sayang uncle." Zack rindukan segala-galanya tentang budak kecil itu.Melihat Zack tersenyum sendiri,peniaga itu terus melontarkan soalan,"Bapak,untuk isterinya tidak dibelikan ole-ole?Ini bagus bapak!!"Kata si peniaga sambil menayangkan gaun tidur yang jarang dan seksi di depan Zack.Apa lagi,bertukarlah warna kulit putih Zack menahan malu.Cuba beriak biasa tapi dia bukanlah pelakon terbaik.

Zack tiba di rumah ketika hari sudah lewat malam.Zack sudah keletihan dengan pelbagai acara setiap hari dan ditambah lagi dengan flight yang delay penerbangannya.Pipi ibu dikucup Zack berkali-kali bagi melepaskan rindu yang terbuku di hati.Budak kecil di sebelah rumah juga sudah tidak sabar untuk ditemui.Jika Zack dan Ika punya ikatan,sudah tentu Akiff dalam pelukan Zack sekarang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience