DI MANAKAH IKA?

Family Series 39283

Zack menunggu Ika penuh sabar di dalam kereta yang diparkir di ruang parkir berhadapan Marriott hotel.Seorang demi seorang staf Syarikat Armada meninggalkan hotel tapi kelibat Ika masih tak kunjung tiba.Sudah berpuluh kali Zack menelefon Ika tapi panggilannya tidak berjawab.Akiff sudah lama dibuai mimpi.Zack membaringkan Akiff di seat belakang ."Cuba kau pergi tengok kat lobi kalau-kalau ada kawan-kawan Ika yang nampak Ika."Ibu menyuruh Zack bersegera kerana risaukan Ika.Menurut beberapa orang staff yang terakhir keluar dari hotel,mereka melihat Ika meninggalkan hotel dengan Dato'Iqbal.Zack menebak ada sesuatu yang tidak kena.Ika tidak mungkin mengikut lelaki untuk berseronok-seronok kerana Ika sangat-sangat menjaga maruah dan harga dirinya.Hati Zack tidak tenteram mendengar perkhabaran tersebut.Jauh di sudut hati Zack mengharapkan agar Ika dijauhkan daripada perkara-perkara buruk.Apalah daya Zack.Zack cuba menjadi pelindung buat Ika tapi perkara-perkara yang berlaku adalah di luar keupayaannya. Jika Ika telah diikat secara rasmi tentu dia berhak menghalang.Oleh kerana tiada sebarang ikatan di antara mereka,Zack hanya mampu menjaga Ika sedaya-upaya yang ada.Hendak dizahirkan kerisauan bimbang Zack disalah anggap hendak mengawal Ika.Belum jadi miliknya tapi dah banyak cengkadak.

Ibu mengajak Zack mencari Ika kerana ibu sangat-sangat bimbangkan keselamatan Ika.Namun bukanlah mudah untuk mencari Ika yang telah hampir 2 jam dibawa pergi ke suatu destinasi yang tidak diketahui."Ibu,banyaklah berdoa untuk Ika.Zack pun tak tahu ke arah mana hendak dituju.Moga Ika baik-baik sahaja ibu.Zack serahkan pergantungan secara total kepada Allah.Zack tidak berdaya,ibu.Hanya Alllah sebaik-baik penjaga."Tumpah air mata Zack mengenangkan nasib Ika.Ibu juga turut menangis.Terbayang wajah naif Ika.Ika yang baik,sopan,sentiasa lunak dalam berbicara, menghormati orang tua dan Ika adalah calon isteri yang terbaik buat Zack.Selama Zack mencari calon isteri, seorang demi seorang telah diperkenalkan kepada ibu tapi kesemuanya tidak memenuhi kriteria sebagai seorang isteri.Bila dinyatakan syarat,ibu akan tinggal bersama selepas perkahwinan kesemua calon Zack tidak dapat menerima syarat tersebut.Maka sebagai seorang anak yang baik ,Zack lebih rela membujang daripada membiarkan ibu keseorangan.Ibu kagum dengan Ika.Didikan yang baik daripada kedua ibu-bapanya menjadikan Ika seorang wanita yang baik dan kaya jiwanya.Ibu cuma menunggu detik yang sesuai untuk menyatukan Zack dan Ika.

Zack berkira-kira untuk menghubungi keluarga Ika tapi mengenangkan hari sudah lewat malam,Zack membatalkan hasratnya.Tentu abi dan umi Ika akan risau memikirkan Ika.Kondisi ayah dan umi Ika yang kurang sihat tentu akan memburukkan keadaan.Apapun,jika Ika tidak berjaya ditemui sehingga esok hari barulah Zack akan menghubungi mereka.Buruk atau baik, lambat-laun keluarga Ika akan tahu juga.Mereka juga berhak mengetahui apa sahaja perkara besar yang berlaku terhadap Ika.

Sebelum menghantar Ika ke malis Annual Dinner lagi,Zack rasa tidak sedap hati.Mata kirinya asyik berkedip-kedip.Bila Zack ceritakan kepada ibu, kata ibu petanda Zack akan bersedih.Adakah benar telahan ibu?Zack berharap ianya tidak benar sama sekali.Zack bukanlah mudah untuk mempercayai perkara yang karut-marut .Baginya,semua itu kebetulan sahaja.

Lamunan Zack dikejutkan oleh bunyi deringan telefon.Nama Haji Hamdi tertera di skrin telefon.Bagaikan hendak luruh jantung Zack apabila dikhabarkan Ika telah terlibat dalam kecelakaan jalanraya.Lemah lutut Zack untuk mengatur langkah.Digagahi jua demi Ika.Zack perlu menghantar ibu dan Akiff pulang ke rumah kerana tidak pasti jam berapa semuanya akan selesai."Bagaimana keadaan Ika?Teruk tak Ika?Ika cedera tak?Ika dengan siapa?"Bertubi-tubi soalan dilontarkan ibu kepada Zack."Ibu,Zack pun tak tahu bagaimana keadaan Ika.Cuma dapat tahu Ika tidak sedarkan diri dan berada di ICU, Hospital Putrajaya.Zack hantar ibu dan Akiff balik ke rumah.Zack hendak menjemput Hj Hamdi ke hospital.Hj Hamdi tak boleh memandu malam-malam macam ni.Dia pun dah tak senang hati di rumah."Panjang lebar Zack memberi makluman kepada ibu.Ibu menganggukkan kepalanya tanda faham dan mengerti.Kali ini, tangisan ibu tidak dapat ditahan-tahan lagi.Ibu takut sebuah kehilangan.Ibu takut kepergian Ika.Ika umpama sebutir mutiara kepada ibu dan Zack sendiri.Dalam situasi sekarang,apalah yang mampu ibu lakukan selain daripada mengirimkan doa iaitu senjata yang paling ampuh bagi orang yang beriman kepada Allah swt.

Sampai sahaja di rumah,Zack mendukung Akiff masuk ke dalam rumah dan dibaringkan di katil ibu.Zack tidak mahu mengganggu tidur Akiff.Tidak sampai hati untuk mengejutkan Si Kecil Akiff yang sedang nyenyak tidur.Sebelum Zack bergerak ke rumah Haji Hamdi,dahi dan pipi Akiff dicium berulang kali.Zack kasihan melihat Akiff.Tentu Akiff bersedih jika tahu keadaan mamanya sekarang.Akiff bukannya ada sesiapa selain daripada Ika,atok,nenek,Zack dan ibu.Apabila melihat Akiff terpiat-piat,Zack menepuk tubuh Akiff sehingga Akiff terlena semula.
Hati Zack sudah melimpah-ruah dengan kasih sayang terhadap Akiff.Akiff bagaikan nyawa Zack.Zack juga tidak sanggup kehilangan Akiff dan Ika dalam hidupnya.Mereka telah menjadi sebahagian daripada kehidupan Zack.

Sejak akhir-akhir ini,Zack dapat melihat perubahan besar diri Ika.Jika sebelum ini,Ika endah tidak endah sahaja terhadap Zack.Sepatah yang ditanya,sepatah yang dijawabnya. Ika sudah semakin ramah dan mesra menyapa Zack.Dari riak wajah Ika,seperti turut menyenangi Zack.Apa sahaja kata-kata Zack tidak pernah dibantah Ika.Jika sebelum ini,Ika seperti cuba menghalang keakraban Akiff dan Zack.Kini,Ika banyak berkongsi pencapaian Akiff,masalah yang dihadapi Akiff ,kedegilan Akiff dan kadang-kala sekadar menghantar mesej untuk menyampaikan ucapan terima kasih atas segala susah-payah Zack terhadap Akiff.Bunga-bunga cinta antara mereka semakin mekar tapi tidak pernah diluahkan secara terang-terangan.Zack tidak mahu terburu-buru.Dia sudah terlalu dewasa untuk memaknai sebuah cinta.Jika ada jodohnya dengan Ika,tidak akan ke mana.

Share this novel

Cikgu Zaheera
2020-05-26 14:55:44 

Terbaik! Tak sabar nak baca episod yang seterusnya


NovelPlus Premium

The best ads free experience