DATO HADI

Family Series 39283

Sudah seminggu Ika kembali bekerja di Syarikat Armada Sdn.Bhd.Dato' Hadi adalah pemiliknya.Berumur 40 tahun.Seorang ahli perniagaan yang kaya,berjaya dan ternama.Banyak tugasan menanti setelah 3 bulan bercuti.Walaupun ketika Ika bersalin ada pengganti yang melakukan tugas Ika namun tidak semua orang mampu menggalas tugas sebagai seorang setiausaha di sebuah syarikat besar.

"Ika, cuba semak schedule saya untuk hari ini."arah Dato' Hadi kepada Ika."Dato',pagi ini dato free tapi waktu tengah hari ada lunch dengan Mr Alex."kata Ika sambil membelek diari yang dikepitnya.
"Ika sediakan proposal yang saya minta semalam.Oh, ya!!Jangan lupa kopi O panas satu."pesan Dato Hadi sebelum Ika keluar dari biliknya.Kopi O Ika tiada tandingannya.3 bulan Ika bercuti,maka 3 bulan Dato' Hadi teringatkan kopi bancuhan Ika.Dato' Hadi memang penggemar kopi.Menurut kajian saintis, seseorang individu yang minum 2 gelas kopi sehari akan terhindar dari kanser usus.Minum kopi bukan sekadar dapat menikmati aroma,ianya juga bagi Dato' Hadi seperti anak muda jatuh cinta pandang pertama.Sekali menikmati kopi enak maka rasa teruja sentiasa ada untuk menikmati buat kesekian kalinya.

Sewaktu Ika meletakkan secawan kopi O panas di atas meja Dato' Hadi, Dato' Hadi bertanyakan khabar Haziq.Sebenarnya keluarga Dato' Hadi dan Haziq agak akrab.Maklumlah mereka semua dari latar belakang ahli perniagaan maka kawasan seputar mereka hampir serupa.

Ika bingung samada harus berlaku jujur atau menipu dato' mengenai status perkahwinannya.Jika berterus-terang tentu mengundang pelbagai persepsi terhadap Ika. Stigma masyarakat terhadap janda amat kejam.Janda dipandang sebagai perampas,tidak pandai menjaga rumah tangga,kurang setia,gedik,penggoda dan sebagainya.Sedangkan gelaran janda itu tidak diinginkan oleh mana-mana wanita termasuklah Ika sendiri.Namun begitu,jika Ika berdusta,lambat-laun kebenaran akan terserlah jua.Tentu tidak molek seorang pekerja berdusta dengan majikannya dan perbuatan tersebut juga dilarang oleh agama.

"Dato, sebenarnya saya dan Haziq sudah berpisah."agak gugup Ika menuturkan kata-kata."Apa??"hampir tersembur air kopi yang diteguk oleh Dato' Hadi.Ika bingkas bangun untuk menuju ke biliknya.Dia tidak mahu memanjangkan perbualan mengenai hal-hal peribadi apatah lagi dengan majikannya.

"Ika, saya minta maaf.Tidak berniat untuk mencungkil hal peribadi Ika.Apapun,banyaklah bersabar.Kalau ada apa-apa masalah,Ika kongsilah dengan saya."sebuah senyuman manis terukir di bibir Dato' Hadi.Pandangan tajam dan senyuman yang sukar dimengertikan oleh insan senaif Ika.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience