NEKAD

Family Series 39283

Nardya telah lama mendirikan rumah tangga dengan Sufi.10 tahun mereka melayari bahtera perkahwinan.Pada permulaan perkahwinan mereka,Nardya bunting pelamin.Namun oleh kerana mereka belum bersedia dan ingin menikmati usia bulan madu perkahwinan,Nardya dan Sufi bersepakat menggugurkan kandungan tanpa pengetahuan sesiapa.Dosa dan pahala tidak dipeduli.Yang penting,meneguk musim bulan madu yang mengasyikkan berdua sahaja.Pernah ada teman paling akrab mengetahui tentang kehamilan muda Nardya dan memberikan nasihat namun segala nasihat bagaikan mencurahkan air ke daun keladi,seperti titik air ke batu.Segalanya hanya sia-sia.
Namun begitu,setelah beberapa tahun usia perkahwinan, mereka mula merindukan kehadiran cahaya mata dalam hidup mereka.Hari demi hari berlalu terasa kekosongan tanpa suara tawa dan tangisan anak kecil.Rasa hambar menyelinap ke seluruh jiwa.Malangnya sejak peristiwa hitam tersebut, walaupun Nardya tidak lagi merancang,tapi tiada tanda-tanda untuk hamil lagi.
Nardya dan suami juga menjalankan pemeriksaan pakar untuk mengetahui puncanya tidak hamil lagi.Namun hasil daripada pemeriksaan kedua-duanya normal dan nasihat doktor,jaga pemakanan kesihatan ,emosi dan banyakkan berdoa.Segalanya bergantung kepada rezeki.
Masih terngiang-ngiang nasihat sahabatnya,"Nad,kesian anak yang tidak berdosa.Bukan setakat dosa,andai kata inilah satu-satunya rezeki berbentuk zuriat yang Allah berikan kepada kamu berdua,jangan menyesal di kemudian hari."Kata-kata itu menusuk kalbunya.Andainya masa dapat diputarkan semula,pasti Nardya tidak akan mengikut bisikan-bisikan syaitan.Namun apakan daya,terlajak perahu boleh diundur,terlajak perbuatan buruk akibatnya.Penyesalan seumur hidup pun tidak mampu mengubah apa-apa.Kini apa yang berlaku adalah kifarah kepada mereka.Menikmati kemanisan hidup hanya seketika tapi kepahitan yang dilalui tiada noktahnya
Pelbagai tohmahan dan kata nista dilemparkan oleh keluarga di sebelah suami.Nardya sering dipersalahkan kerana tidak mampu memberikan zuriat.Walaupun kesalahan ini adalah kesalahan mereka berdua tapi orang hanya menunding jari kepada perempuan sahaja.Ianya memberikan tekanan yang berat kepada Nardya.Nardya cuba mencari kebahagiaan sendiri dengan memelihara kucing tapi segala kebahagiaan yang dimiliki hancur berderai apabila klimaksnya keluarga mertua mencari calon isteri baru buat suaminya.Alangkah hancur berkeping-keping hati Nardya.Lelaki yang dicintainya tidak sanggup untuk dikongsi dengan sesiapa.
Bertugas di wad bersalin merupakan tugas yang amat disukai Nardya.Dia terhibur melihat malaikat-malaikat kecil dilahirkan tanpa noda dan dosa.Setiap kali menyantuni mereka,dia sangat berbahagia.Mengucup pipi dan menghidu aroma mereka bagai mengheret semua masalah yang mengasak jiwanya.
Kelahiran puteri kecil yang comel semalam membuatkan Nardya terkesan.Bayi yang tidak sabar melihat dunia,disambut oleh Nardya di atas stretcher.Sumpah..Ini adalah cinta pertamanya.Tidak pernahpun seorang bayi yang dirawat berkelana di jiwanya.Tapi kelahiran kali ini membuatkan Nardya terpana dan jatuh cinta.Setiap hari Nardya akan masuk melihat Adiratna yang comel.Jika dilihat dari cara Nardya melayan Adiratna,terpamer perasaan kasih sayang yang mendalam.Dia rindu untuk mendakap Adiratna sehinggakan tidurnya tidak lena.Terbayangkan Adiratna setiap ketika.
Maka bermulalah rencana untuk mendapatkan Adiratna.Awalnya ditolak mentah-mentah sang suami.Namun apabila si isteri menggila dan tetap berkeras untuk meneruskan niatnya maka sang suami tidak ada kekuatan untuk menolak lagi"Abang,biarpun saya sendiri,saya tetap akan mendapatkan bayi itu.Apapun yang berlaku saya tanggung.Lebih baik saya mati daripada saya mengalah sebelum mencuba."Apa konsekuennya akan dihadapi bersama.
Maka alang-alang menyeluk pekasam,biar sampai ke pangkal lengan.Alang-alang mandi biar basah.Sekali melangkah tidak akan berpatah.Setelah sang suami menyetujui,,Nardya tidak berdiam diri.Segala kelengkapan bayi dibeli.Semuanya mahal dan berjenama.Nardya ingin memberikan yang terbaik buat p Nardya berubah 180 darjah.Kadangkala ada juga bisikan-bisikan di hatinya cuba menghalang niat dan hasrat Nardya."Dia bukan anak kau!!"
"Kembalikan dia !!"Lihat ,ibunya sedang bersedih!!"Ah,persetankan semua itu!!Aku juga berhak bahagia.
Hari paling sial datang.Saat Adiratna dibawa oleh Pegawai Polis,hancur luluh hati Nardya.Hidupnya sudah tiada makna.Mengapa sesulit ini hidupku?Mengapa dunia ini tidak adil buat seorang Nardya?Ketika tangan digari dan ditempatkan di bilik berjeriji hanya bayangan Adiratna bermain-main di mata Sesakit inikah perasaan apabila hajat tidak kesampaian,kasih tidak berbalas.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience