BERDAMAILAH DENGAN MASA SILAM

Family Series 39283

Sedangkan pasir di pantai lagikan berubah inikan pula hati nan sekeping.Ika sangat berharap agar hatinya tidak berbolak-balik lagi.Sudah puas Ika menyatakan pendiriannya namun umi dan abi seakan sudah melupakan kisah semalam.Umi dan abi kasihankan Akiff dan merayu supaya Haziq diberikan peluang kali kedua.Ika hairan mengapa semudah itu umi dan abi dapat menerima Haziq kembali dengan apa yang pernah dilakukannya kepada puteri tunggal umi dan abi.Ika bukan mendendami Haziq tapi di hati Ika sudah tiada sedikitpun ruang untuk Haziq bertapak kembali.

Setelah mama dan papa Haziq gagal untuk memujuk Ika, Haziq menghantar isteri Haziq iaitu Intan bagi menjayakan misinya.Rupanya baru Ika tahu mengapa Haziq beria untuk kembali kepada Ika. Ianya adalah kerana isteri Haziq tidak boleh melahirkan zuriat buat Haziq.Andai kata, Intan dapat memberikan Haziq cahaya mata sudah tentu Ika dan Akiff tidak dipandang sebelah mata.Intan merayu kepada Ika supaya memberikan Haziq peluang.Atas rasa cinta yang mendalam terhadap Haziq,Intan sanggup berkongsi suami.Sungguh mulia dan tingginya pengorbanan Intan.

Ika bertegas dengan pendirian Ika.Jika benar soal zuriat yang menjadi puncanya,Ika tidak berniat untuk memutuskan hubungan di antara seorang anak dan bapa.Seandainya Haziq sudah menyesal dan ingin menunaikan tanggung jawab sebagai ayah kepada Akiff,dipersilakan.Cuma untuk Ika kembali kepada Haziq tidak sekali-kali.Ika paranoid dengan lelaki yang pandai bermain kata-kata dan mengayat wanita.Ika tidak akan jatuh lubang yang sama dua kali.Pisang juga hanya berbuah sekali sahaja.

"Ika jangan menghukum Haziq kerana kesalahan lampau.Maafkan Haziq.Berdamailah dengan masa silam kalian.Mana tahu, orang yang pernah berbuat silap itu lebih baik dari orang yang tidak pernah melakukan kesilapan."Intan menyusun bicara.

Kasut kita berbeza, Intan.Aku melalui perjalanan hidup penuh berliku.Aku pertaruhkan segala kasih sayang, cinta dan kesetiaan buat seorang insan bernama suami.Saat aku lemah,aku dibiarkan sendiri dan dia berlalu pergi tanpa salam permisi.Bertahun aku memujuk diri membina kekuatan agar terus kuat kerana kehidupan ini terlalu keras buat insan yang lemah.Hadirnya Haziq kali pertama penuh seloka cinta namun kembalinya dia kali kedua umpama mimpi ngeri.Tolonglah mengerti.!Terima apa yang ada.Lepaskan apa yang pergi.Kita tutup kisah lama dan mulakan dengan lembaran yang baru.

Kepada Intan dititipkan salam Ika buat mama,papa dan Haziq."Katakan kepada mereka,pintu rumah Ika sentiasa terbuka sekiranya mereka ingin menemui Akiff dan mencurahkan kasih sayang buat Akiff kerana Akiff juga mendambakan kasih sayang dari papa dan datuk neneknya.Ika rasa belum terlewat untuk memulakan sebelum ada api benci dan dendam si kecil Akiff."Ika menyudahkan kata-kata tanpa segaris senyum.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience