PERAMPAS

Family Series 39283

Wajah Nora masam mencuka sewaktu Haziq berada di muka pintu rumah mereka."Ha, baru nampak batang hidung !!Kemana awak pergi?Telefon tak reti nak angkat-angkat.Ni mesti menggatal dengan janda awaklah tu!!"Bagai peluru berpandu, bertubi-tubi serangan terhadap Haziq."Apa yang awak merepek ni?Saya sibuklah ada banyak urusan kerja!!"Haziq mencipta alasan."Awak jangan nak temberang,apa awak buat semuanya dalam kocek saya.Pesan kat betina tu jaga-jaga.Jangan sampai saya serang dia.Tak sedar diri,nak menggoda suami orang."Nora melepaskan rasa amarahnya kerana sejak kebelakangan ini dirinya dan puteranya Rayyan diabaikan Haziq.Kalau di rumah pun,asyik mengelamun.Kadang-kadang tersengih tanpa sebab.Kalau tiada angin,masakan pokok bergoyang.Ini tidak lain tidak bukan, Haziq mula gila bayang.

"RM250 ni deposit saya untuk kerja awak.Dapatkan info dan bukti.Saya cuma nak tahu siapa perempuan itu. dan di mana dia tinggal serta hubungannya dengan suami saya.Jika cepat awak buat kerja,cepatlah saya selesaikan bayaran awak"Nora menggunakan khidmat penyiasat persendirian untuk mendapatkan maklumat mengenai kekasih gelap Haziq.Haziq sangat obses dengan wanita.Pantang berjumpa wanita berdahi licin,mulalah dia hilang arah.Jika tidak sabar dengan karenah Haziq,sudah lama Nora cabut lari meninggalkan Haziq.Namun begitu,mengenangkan zuriatnya dengan Haziq maka dia terpaksa bertahan.

"Ini bekas janda Tuan Haziq.Nampaknya hubungan mereka lebih dari hubungan seorang kawan.Kami sudah dapatkan nombor telefon bimbit dan alamat rumahnya.Puan mahu kami culik dia?Kami sanggup buat apa sahaja,asalkan upahnya lumayan."Kata salah seorang penyiasat tersebut."Kamu jangan bukan-bukan,aku sekadar nak ingin maklumat sahaja.Yang lain aku uruskan sendiri.By the way,terima kasih banyak.Kau orang memang sangat efisien."Sebuah sampul berisi wang sebagai upah yang dijanjikan diserahkan kepada budak-budak lelaki tersebut.Nora memang tidak mengenali mereka.Kawan rapatnya yang memperkenalkan mereka setelah melihat resah-gelisah Nora bila Haziq buat hal lagi.Naluri seorang isteri tidak pernah memungkiri walaupun tidak diucapkan sang suami.

Haziq sudah berjanji untuk menjemput Ika dari hospital.Ika sihat sepenuhnya. Wajah ceria Ika, mendamaikan jiwa Haziq seketika.Maka anganan Haziq semakin panjang.Dia sudah membulatkan tekad untuk memiliki Ika semula.Setiap orang pernah tersilap langkah.Setiap orang orang pernah terhantuk dan tengadah.Apapun bakal terjadi,peluang yang datang kali ini tidak akan dilepaskan lagi.

Hj Hamdi dan Hjh Hasnah terperanjat melihat sosok Haziq bersama Ika.Ika langsung tidak memaklumkan kepada umi dan abinya bahawa dia sudah discaj.Kesian Zack,baru sahaja bertolak untuk menghantar makanan kepada Ika walaupun segala susah-payahnya langsung tidak dipedulikan Ika.

"Mengapa tak maklum kepada umi dan abi,Ika dah boleh discaj?"Tanya Hj Hamdi kerana sebelum ini semua perkara dalam pengetahuan mereka."Alah abi,saja Ika nak buat surprise.Lagipun abang Haziq tak sibuk,bolehlah jemput Ika.Kita tidur di rumah umilah malam ni ya,abang!!"Kata Ika dengan senyum girang.

Setelah Ika membawa masuk beg pakaiannya ke dalam bilik,Hj Hamdi sengaja menyuruh Ika menyediakan minuman untuk Haziq."Haziq,abi ada perkara nak dibualkan dengan Haziq."
"Oh, Haziq pun sama juga,abi.Kalau begitu,abilah yang cakap dulu."
"Begini Haziq,berat rasa hati abi nak cakap.Diibaratkan ditelan mati emak,diluah mati bapa.Walaubagaimanapun, kebenaran itu harus diungkapkan.Sebenarnya Haziq,Ika sudah bertunang.Sepatutnya minggu ini dia bernikah.Jadi, abi mohon pengertian Haziq supaya menjauhkan diri dari Ika demi kebaikan Ika dan Haziq juga."kata Hj Hamdi,dengan nada yang lembut dan berhikmah.

"Abi,Haziq sebenarnya berhajat nak ambil Ika sebagai isteri semula.Haziq kesian melihat keadaan Ika.Kata doktor tadi,Ika cepat sihat kerana emosi Ika stabil.Jadi,Haziq mohonlah agar abi dan umi pertimbangkan perkara ini.Haziq janji akan berlaku Adil kepada Ika dan Nora.Tolonglah abi,Haziq merayu kepada abi."Ucap Haziq dengan penuh pengharapan.

"Haziq,kamu jangan lupa mengenai Akiff.Perkahwinan ini bukan semata-mata untuk masa depan Ika tapi jua demi Akiff.Abi tidak pernah sekalipun memaksa Haziq untuk menggalas tanggung jawab sebagai ayah Akiff kerana abi tidak mahu ada paksaan kepada kamu.Abi cuba sedaya-upaya mengambil tanggung jawab menjaga Akiff.Namun bila Akiff semakin besar,abi semakin tua ..abi sudah tidak mampu mengikut rentak Akiff.Akiff perlukan seseorang yang dapat mendidiknya,melayan minat dan memberikannya kasih sayang.Tiada siapa yang dapat mengambil tanggung jawab tersebut selain dari Zack.Abi rasa Haziq pun kalah dengan Zack dalam menyantuni Akiff.Akiff dan Zack sudah tidak boleh dipisahkan.Untuk pengetahuan Haziq juga,sekarang ni Akiff tinggal bersama Zack.Zacklah yang menjaga dan menyara persekolahan Akiff sepanjang Ika sakit."Panjang lebar penjelasan abi kepada Haziq.

"Abi,maafkan Haziq.Haziq mengaku Haziq salah kerana memikirkan kepentingan Haziq sahaja.Kalau begitulah keadaannya, Haziq undur diri.Moga Ika dan Zack berbahagia."Merah padam muka Haziq kerana menahan rasa malu apabila mendengar segala kata-kata abi.

Tergesa-gesa Haziq menyalam tangan abi dan meminta diri untuk pulang.Dia sudah tidak mampu untuk mendengar lebih panjang lebar lagi segala bait kata-kata abi.Walaupun lembut tapi menikam di lubuk hati paling dalam.

Ketika Ika menatang dulang berisi minuman untuk menjamu Haziq, Haziq sudah berangkat pulang.Ika tertanya-tanya mengapa Haziq pergi tanpa salam permisi.Sekali lagi abi terpaksa mencipta alasan yang Haziq ada hal emergency.Berubah wajah Ika mendengarnya.Hancur luluh hati Ika kerana hasratnya untuk meluangkan masa bersama Haziq tidak kesampaian lagi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience