SEBUAH RASA

Family Series 39283

Jika tidak mengenangkan bapa mertuanya, Haziq mungkin tidak sanggup menjejakkan kaki untuk melawat Ika.Selama mengenali Hj Hamdi,tidak pernah sekali lelaki tua itu berkasar dengan Haziq waima Haziq telah membuang puteri kesayangannya seperti sampah.

"Tolong abi, Haziq.Abi mohon pertolongan Haziq sekali ini sahaja.Ika hilang ingatan selepas terjatuh.Dia tidak berpijak di bumi nyata.Ika menyangka dia masih lagi isteri Haziq.Siang-malam,asyik bertanyakan Haziq.Abi tidak mahu memberikan tekanan kepada Ika.Selepas ini,pandai-pandailah abi dan umi memujuknya."Masih terngiang-ngiang kata-kata rayuan abi bekas mertua Haziq yang amat Haziq hormati sampai bila-bila.Seorang lelaki baik.Kata mama,keramat hidup.Jika orang lain, mungkin sudah teruk Haziq dibelasah apabila menceraikan Ika tanpa alasan yang kukuh sedangkan sewaktu mengahwini Ika,Haziq menjanjikan bulan dan bintang.

"Apa yang susah sangat ni Haziq?Selama kau berpisah dengan Ika,tak pernah sekalipun keluarga Hj Hamdi tu ganggu hidup kau.Pernah mereka tuntut nafkah untuk menyara Akiff sedangkan tanggungjawab kau terhadap Akiff akan dipersoalkan nanti!!Kali ini,tolong Hj Hamdi.Pergi ziarah Ika sekejap!!Moga-moga Ika cepat sembuh."Mama Haziq bersuara agak lantang terhadap anak tunggalnya.Terperanjat Haziq melihat reaksi mama.Selama ini mama sentiasa berlembut dengan Haziq.Mana-mana wanita yang dibawa pulang diterima sebagai menantu walaupun tidak memenuhi kriteria sebagai menantu yang baik seperti Ika.Jika bersama Ika dulu,melangit pujiannya.

Sebagai ibu-bapa,mereka tidak pernah lupa mengingatkan Haziq tentang tanggung jawabnya.Tapi apalah daya mereka,sikap sambil lewa dan bertangguh-tangguh Haziq tiada upaya untuk diubah mereka.Bertukar isteri sudah seperti bertukar baju.Selepas menceraikan Ika,dikahwininya Intan Wardina.Kemudiannya Nora.Selepas ini siapalah pula yang akan hinggap dalam hidup Haziq.

Haziq pergi sendirian ke hospital.Kata Haji Hamdi,Ika sudah berada di wad biasa.
Sampai sahaja di wad,kelihatan umi dan abi serta seorang lelaki di sisi mereka.Mungkin bakal suami Ika,Haziq berteka-teki sendiri.

Haziq memberi salam sambil merapati mereka.Wajah Ika kelihatan gembira melihat Haziq di sisinya.Tangan Haziq digenggam dan dicium Ika berkali-kali."Abang, mengapa abang lambat?Ika sakit ni!!"Tangan Ika menunjal-nunjal kepalanya.Suara Ika merengek manja.Haziq agak kekok untuk menyantuni wanita yang pernah berkongsi hidup dengannya.Ika masih cantik dan menawan.Malahan kejelitaannya terserlah walaupun wajah polos itu bak kata abi masih kurang sihat.Betapa sukarnya dulu untuk menambat hati Ika.Bukannya calang-calang orang dapat menawan sekeping hati wanita melayu terakhir ini.Namun siapa duga, mahligai indah yang dibina runtuh hanya kerana sebuah keegoan.Haziq sedar segala kesilapannya.Terlajak perahu boleh diundur,terlajak kata badan binasa.

Sepatutnya akal itu menteri yang menasihati, hati itu ialah raja yang menentukan, harta itu satu tamu yang
akan berangkat dan kesenangan itu satu masa yang ditinggalkan namun kerana menurut segala kata hati,segalanya hilang dalam sekelip mata.Momen indah telah lama berlalu pergi.Haziq hilang kilauan permata yang berharga kerana mengharapkan sebutir kaca yang sirna sinarnya.Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan Haziq.

"Ika dah sihat?"Haziq cuba berbasa-basi dengan Ika."Abang, Ika dah dapat jumpa abang pun dah happy sangat."Kata-kata Ika seperti tiada apa yang berlaku di antara mereka.Haziq hanya menganggukkan kepalanya dan sesekali mengiakan kata-kata Ika.Abi dan umi cuba menukar topik perbualan Ika namun Ika sangat-sangat teruja dengan kehadiran Haziq.Zack di sisi hanya mendiamkan diri.Dia tidak mahu mengganggu emosi wanita pujaan hatinya.Lambat laun,Ika akan sedar dan mereka akan kembali kepada kehidupan yang sedang mereka lalui.

Berkali-kali Haziq meminta diri tapi Ika cuba menghalang Haziq pulang."Abang,dah lama Ika tunggu abang.Mengapa cepat sangat abang dah nak tinggalkan Ika?Mungkin sehari dua lagi Ika discaj.Ika tunggu abang jemput Ika ya?" Ika menguntum senyuman manis buat Haziq.Haziq terpana melihat wajah bekas isterinya.Tidak berkelip-kelip mata saat memandangnya.Seolah jatuh cinta semula kepada wanita pertama yang mencuri hatinya.Namun menyedari,ada mata yang sedari tadi memerhati, Haziq cuba beriak biasa.
"Ika,biarlah Haziq balik dulu.Haziq tu pun dah letih baru balik kerja.Nanti kalau Haziq lapang,dia datang lagi jenguk kamu.'Ibu memujuk Ika.Akhirnya,Ika terpaksa juga merelakan Haziq pulang walaupun hatinya berat melepaskan.Zack juga meminta diri.Ika langsung tidak memandang Zack seorang lelaki yang dianggap asing baginya.Ika sendiri hairan apabila setiap hari lelaki ini akan mengunjunginya.Ika berasa rimas dengan kehadiran Zack.Dia sama sekali tidak menyenangi kehadiran Zack.

Pulang sahaja dari hospital,Haziq bermenung panjang.Ada suatu rasa aneh yang tumbuh tiba-tiba.Bagaikan ada yang tak kena .Entah mengapa,dia telah lama melupakan Ika.Namun apabila Ika cuba bermanja-manja dengan Haziq dan menganggap Haziq sebagai suami,Haziq merasakan ianya adalah peluang untuk memiliki Ika semula.Dapatkah aku menakhluk binatang,andai bulan tidak kelihatan?Haziq bermonolog melayan rasa

Share this novel

Oyokisaloma Sham
2020-06-12 22:05:53 

Bila nak update agik


NovelPlus Premium

The best ads free experience