TRAGEDI

Family Series 39283

Dato' Hadi mewajibkan semua staff hadir ke Majlis Annual Dinner Syarikat Armada yang diadakan di Marriott Hotel.Setiap staf perlu melengkapkan Google form yang dihantar syarikat melalui aplikasi WhatsApp untuk merekodkan kehadiran serta sebab ketidakhadiranJika staff tidak dapat hadir maka surat tunjuk sebab perlu dikemukakan.Lecehlah bila berhadapan dengan situasi begini.Hendak diutuskan surat tunjuk sebab memang tidak bersebablah tapi hanya satu sahaja alasan Ika iaitu ANTI SOSIAL .Maka mahu tidak mahu Ika terpaksa juga ke Annual Dinner yang diadakan bagi merai semua staf syarikat.

Sebelum masuk waktu Maghrib lagi, Zack sudah pun menghantar mesej kepada Ika bertanyakan Ika ke majlis tersebut dengan siapa.Ini tidak lain tidak bukan, si kecil Akiff yang menjadi reporter.Selalu sahaja update sebarang info kepada Zack."Ika,abang hantar dan jemput Ika.Tak manis Ika balik lewat malam seorang diri."Zack beria-ia untuk menghantar Ika.Ika tidak mahu menyusahkan Zack tapi ibu dari awal lagi sudah bagi green light kepada Zack supaya menjaga dan melindungi Ika.
Sifat pelindung Zack, sememangnya menyenangkan hati Ika.Sudah lama Ika tidak dilindungi sedangkan hakikat kejadian wanita sendiri adalah lemah dan perlu diawasi serta dijaga maruahnya. "Nanti abang bawa Akiff dan ibu -jalan lepas hantar Ika.Boleh juga melayan ibu makan-makan di restoran.Akiff dan ibu tu citarasa mereka serupa."Jelas Zack.Setiap baris kata Zack walaupun dituturkan dengan nada biasa -biasa tapi bagaikan halua di telinga Ika.Di sudut hati, ada satu perasaan aneh yang menyelinap dalam diam.Makin ditepis makin kerap ia bertandang.Adakah cinta berputik kembali?Sesungguhnya cinta tidak memerlukan alasan.Cinta adalah sebuah perasaan yang tidak dapat dilukiskan dengan kata kata.

Usai solat Maghrib, berangkatlah Ika dihantar oleh Zack ke Majlis Annual Dinner.Akiff dan ibu turut serta.Pelbagai pesanan dititipkan sepanjang perjalanan.Bagai seorang bapa lagaknya."Ika jaga diri ya.Di majlis-majlis begini,banyak buaya darat.Jangan dilayan mereka.Jika majlis sudah selesai,call abang.Abang akan berada di sekitar kawasan ini juga."Kata Zack kepada Ika.

Semua tetamu jemputan dan staf Armada datang berpasang-pasangan.Hanya Ika yang datang sendirian tanpa berteman.Agak kekok Ika membawa diri di majlis keramaian.Pasti banyak mata-mata memandang apabila seorang janda lawa datang tanpa pasangan.

Dato'Hadi seperti biasa kelihatan segak bergaya.Datin Noraini pun apa kurangnya.Dengan dress hitam dihiasi labuci tampil menawan.Ika bersederhana sahaja.Dress putih polos jadi pilihan dan dipadankan shawl berbunga-bunga.Semua yang datang masing-masing melaram dan bergaya.Maklumlah sesekali menghadiri majlis di hotel.Jika tidak,jangan mimpilah untuk menjejak kaki ke hotel.Boleh rabak poket dibuatnya dengan gaji bulanan yang tidak seberapa.

Datin Noraini merapati Ika dan memulakan sapaan."Hi,Ika!Lama tak jumpa Ika,Ika sihat?"Tegurnya mesra.Badan Ika yang kecil molek dipeluknya.Datin Noraini menyenangi Ika sejak pertemuan mereka dulu."Eh,you dah kenal Ika?"Terperanjat Dato' Hadi melihat kemesraan sang isteri dan pujaan hatinya."Ala Dato' ni,dunia ni kecil sahaja.Kami dah lama kenal."Kata Ika.
"Kalau macam tu senanglah kerja I selepas ni nak hantar rombongan"Nakal bunyi suara Dato'Hadi."Dato'jangan nak mengarut !!"Suara Ika naik seoktaf bila Dato' Hadi sesuka hati mengusiknya.Tidak kira sewaktu berurusan di pejabat, di depan isteri pun tidak dihiraukannya.Wajah Datin tenang sahaja.Mungkin sudah biasa dengan kata gurauan Dato'.Muka cemberut Ika sangat disukai Dato' Hadi.Ika tetap cantik dan mempesona di mata Dato' Hadi.

Selepas ucapan aluan Dato' Hadi, pelbagai acara diadakan untuk merapatkan hubungan sesama ahli keluarga Syarikat Armada.Ika lebih banyak menjadi pemerhati.Tiba-tiba sahaja bahu Ika dicuit orang.Ika menoleh untuk melihat siapakah gerangannya.Dato' Iqbal mendekati Ika.Nampaknya Dato' Iqbal sendiri malam ini."Boleh I duduk di sebelah you?"Katanya berbasa-basi.Walaupun Ika tidak memberikan respon kepada soalannya dia terus duduk di sebelah Ika.Matanya galak mencuri pandang wajah Ika yang telah memporak-porandakan jiwanya.Dato' Iqbal masih tidak puas memburu cinta.Semakin sukar dan mencabar ,semakin disukainya.Secara analogi dia seperti harimau buas yang lebih suka mengejar mangsa sebelum membahamnya.Lagi mencabar,lagi bermotivasi untuk menguji kekuatan diri dan kejantanannya.

Maka mahu tidak mahu, sepanjang malam itu Dato' Iqbal berpeluang duduk di sebelah Ika.Sesekali Dato' Hadi mengerling ke arah mereka.Ternyata Dato' Iqbal lebih licik orangnya.Banyak topik yang diperbualkan dengan Ika.Ika sekadar menjadi pendengar sahaja.Dia tidak berminat melayan lelaki kasanova namun tidak daya untuk melarikan diri kerana dia masih lagi menghormati Dato' Iqbal sebagai salah seorang pemilik saham terbesar di Syarikat Armada.

"Ika, I sudah jatuh hati dengan you sejak pertama kali I jumpa you.You memenuhi ciri-ciri seorang isteri idaman.Tak kanlah sepanjang kita kenal,you tak pernah ada secalit rasa suka kepada I?"Tanya Dato' Iqbal bersahaja.Maklumlah hanya mereka berdua sahaja yang berada di meja tersebut.'Dato, kalau I ada 10 nyawa,dan nyawa I dicabut satu-persatu pun I tidak mungkin jatuh cinta apatah lagi mengahwini Dato'!"Tutur Ika dengan nada suara yang sengaja diturunkan seoktaf kerana dia tidak mahu mencacatkan majlis dengan gelora yang melanda jiwanya.
"Kalau you tak mahu dimadukan, you boleh jadi perempuan simpanan I.You sebut saja,apa yang you nak I akan sediakan.Banglo,kereta mewah,percutian luar negara?"Tawaran Dato'Iqbal kepada Ika.Mungkin Dato' Iqbal merasakan bahawa Ika boleh dibawa berunding seperti kebanyakan wanita yang ditemuinya.Semuanya tewas bila ditaburkan dengan kemewahan dunia.Ika merasa jijik memandang Dato' Iqbal.Kini,dia sudah melihat sisi gelap Dato' Iqbal.Ika mendiamkan diri dan menganggap segala kata-kata yang diucapkan oleh Dato' Iqbal adalah omongan kosong yang tidak perlu dilayan.

Ketika Ika bangun untuk mengambil makanan, Dato' Iqbal meminta Ika mendapatkan desert untuknya.Dia pula mengambil jus minuman untuk Ika.Ika makan sedikit saja kerana tekaknya tidak berselera untuk menjamah makanan.Juadah lazat pun hilang kelazatannya bila berdepan dengan bapa buaya darat.Jus mangga diteguk Ika untuk menghilangkan dahaga.Sesekali dilihat jam tangannya.Ika berjanji dengan Zack supaya menjemputnya pada jam 12.00 malam.1 jam masih lagi bersisa untuk bersama Dato' Iqbal.Mengapa terlalu lambat masa berputar.Tentu Akiff gembira sesekali dapat outing pada waktu malam dengan Zack dan ibu. Biasanya,waktu malam Ika lebih senang berada di rumah bersama Aliff.Ika meluangkan masa dengan mengajar Akiff membaca muqaddam dan membuat kerja rumah.Kalau iapun Ika hendak melayan selera Akiff,mereka akan makan tengah hari di luar pada hujung minggu sahaja.Terkenangkan Akiff,Ika tersenyum sendiri.Akiff sudah mendapat apa yang hilang dalam hidupnya.Tidak pernah terkurang kasih sayang yang diberikan kepada Akiff malahan melimpah-ruah apabila ramai yang menyayangi dan menyenangi Akiff.

Tiba-tiba sahaja kepala Ika terasa berdenyut-denyut.Sakit kepala yang amat sangat hinggakan berkerut dahi Ika menahan sakit.Bumi bagaikan berputar laju di paksinya.Ika hampir tumbang.Nasib baik Dato' Iqbal pantas memautnya.Dato' Iqbal berasa cemas melihat keadaan Ika."Kenapa Ika?You sakit?"Tanya Dato' Iqbal separa berbisik.Ika hanya menganggukkan kepala.Dia sudah tidak mampu untuk berkata-kata.Dato' Iqbal memaut bahu Ika dan sebelah tangannya menggenggam tangan Ika."Jom, I hantar you ke syurga."Suaranya bagaikan hembusan bayu lembut menyapa di gegendang telinga Ika

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience