PAPA HAZIQ

Family Series 39283

"Akiff,tengok siapa datang ni!"Zack menarik tangan Akiff untuk duduk di sebelahnya."Salam dulu,sayang."Maka dengan tidak berlengah,Si kecil Akiff menghulurkan tangan menyalami sosok yang berada di depan matanya."Akiff kenal tak siapa ni?"Tanya Zack kepada Akiff.Akiff merenung lama-lama sampaikan tidak berkedip matanya dan dahinya berkerut memikirkan siapakah gerangan yang berada di depan matanya.

"Ini papa Akiff!!"Haziq memperkenalkan diri kepada Akiff.Akiff hanya diam menyepikan diri.Seingatnya, dia hanya ada seorang papa iaitu papa Zack."Akiff,papa ucapkan tahniah kepada Akiff kerana berjaya mendapat tempat pertama dalam pertandingan melukis.Semua orang bercakap tentang Akiff.Papa bangga sangat tapi papa minta maaf sebab tidak dapat bersama Akiff.Apapun, Akiff selamanya adalah anak papa."Kata Haziq kepada Akiff.Zack hanya mendiamkan diri.Dia tidak mahu mengganggu Haziq yang muncul tiba-tiba dalam hidup Akiff.

"Ini papa nak bagi Akiff hadiah dari papa dan mummy."Sekeping sampul tebal diserahkan."Nanti Akiff guna duit ni untuk ke Osaka."Akiff berat hati untuk menerimanya.Jika tidak kerana Zack yang menyuruhnya maka dia tak biasa menerima pemberian dari orang yang asing dalam hidupnya.Pemberian dari Haziq merupakan pemberian pertama buat Akiff.Wajah Akiff tidak menunjukkan sebarang reaksi.Jika Zack yang memberikannya sesuatu tentu bibir comel itu akan tersenyum gembira dan pandai mengambil hati Zack.

Ika datang menghampiri mereka dengan membawa sedulang air bujang.Tiada sebarang juadah kerana Zack sudah berjanji untuk membawa mereka semua keluar minum petang di luar.

Sambil meneguk air kopi o panas, Haziq cuba beramah mesra dengan Akiff.Sepatah yang ditanya oleh Papa Haziq ,sepatah juga yang dijawab oleh Akiff.Nampak canggung suasana yang wujud dengan kehadiran Haziq di rumah mereka.

"Zulaika,jaga anak kita baik-baik ya."Pesan Haziq sebelum berangkat pulang.'Mencerlung Ika memandang Haziq."Apa,selama ini tak cukup baikkah saya jaga Akiff?"Balas Ika berbaur sindiran.Sakit hati Ika melihat kemunculan Haziq secara tiba-tiba.Jika wajah Akiff tidak terpampang di media massa,mungkin sampai kiamat pun Haziq tidak akan mempedulikan Akiff."Tak adalah..abang tahu Ika sayangkan Akiff.Cuma abang berharap,jika selepas ini Ika menimang cahaya mata janganlah Akiff diabaikan.Abang boleh jaga Akiff."Ucap Haziq dengan nada perlahan."Apa?Semudah itu!!"Ika sudah mula naik angin.Zack menggosok-gosok bahu Ika dan cuba mententeramkan Ika.Zack juga pelik dengan kehadiran Haziq yang tidak diundang seolah berniat jahat terhadap keluarga kecilnya.

Mood mereka sekeluarga untuk keluar pada petang itu telah dibawa pergi dengan kehadiran Haziq."Papa,Akiff tak nak lah makan kat luar.Akiff letih."Akiff mencipta alasan.

"Ika,abang hairan bagaimana seorang ayah boleh hidup tanpa mempedulikan zuriatnya sendiri.Sedangkan binatang pun secara fitrah mengasihi dan melindungi anak-anak mereka."Luah Zack bila memikirkan perihal Haziq."Manusia sukar untuk diduga abang.Ujian buat Akiff tapi ladang pahala buat kita.Terima kasih abang kerana menerima dan menyayangi Akiff tanpa syarat.Dengan kehadiran abang,Akiff telah berkembang menjadi anak yang kuat dan pintar.Moga kasih sayang kita terus bercambah abang.Ika dan Akiff tak sanggup kehilangan abang." Luah Ika sambil air matanya bergenang.

Jauh di sudut hati,Ika mendoakan agar tiada sebarang agenda jahat oleh Haziq.Ika tidak sanggup kasih sayang mereka cuba dipisahkan.Dalam hal ini,Akiff sudah bijak untuk membuat pilihan andainya dia terpaksa untuk memilih.

Zack memeluk Ika seerat-eratnya.Walau apapun ujian yang mendatangi,rumah tangga mereka akan dipertahankan.Ika dan Akiff adalah di antara asbab Zack akan terus berjuang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience