TERUJA

Family Series 39283

Masa begitu pantas berlari.Sudah 7 bulan Ika hamil.Keadaan Ika semakin sihat.Zack juga sudah tidak mual lagi.

Waktu seharian Ika diisi dengan mengait sendiri pakaian untuk bayi yang dikandungnya.Hasil beberapa kali imbasan yang dilakukan didapati bayi yang dikandung Ika adalah bayi perempuan.Zack sangat teruja sehinggakan Ika bukan sahaja melakukan 2d Basic growth scan untuk mengetahui keadaan tumbesaran janin dalam kandungan.Zack juga menggesa Ika menjalankan 2d Detail Scan.Ianya merupakan
Baby Scan yang lebih menyeluruh. Selain daripada melihat tumbesaran bayi, doktor juga dapat memeriksa dan mengenalpasti masalah struktur organ dengan lebih mendalam.
Sepanjang imbasan dijalankan,ternyata bayi yang dikandung Ika tumbuh sempurna dan sihat.

Zack juga meminta doktor mengadakan Scan 3D/4D kerana Zack tidak sabar untuk melihat gelagat bayi.Air mata Zack dan Ika menitis tanpa sengaja apabila melihat si kecil yang bereaksi di dalam rahim Ika..Kadang-kadang puteri mereka
senyum, menguap, marah,jelir lidah dan pelbagai aksi yang mencuit hati.Kegembiraan jelas terpapar di wajah Ika dan Zack kerana puteri mereka sangat comel dan penuh pesona.

Hasil imbasan dikongsikan dengan ibu dan Akiff.Ibu juga tidak sabar menanti cucu pertamanya.Senyum menguntum di bibir ibu.Sudah tidak sabar menghitung hari-hari kelahiran sang puteri dalam kehidupan mereka.
Akiff yang dulunya tidak sukakan baby perempuan kita sudah pasrah menerima kerana melihat mama,papa dan tok ibu yang sangat bahagia dengan perkhabaran ini.

"Akiff doakan baby secantik dan selembut mama.Sebaik dan semulia tok ibu."Semua yang mendengar mengaminkan bait kata-kata Akiff."Sepintar abang Akiff dan sesabar papa."Tambah Zack sambil bersenda gurau.Kali ini giliran Akiff tersenyum kerana nama Akiff termasuk dalam senarai yang disebut Papa Zack.

"Zack, dah 7 bulan kandungan Ika, ibu risau engkorang belum lagi membeli keperluan bayi.Kemungkinan untuk bersalin boleh terjadi di usia kehamilan 7 bulan."Kata ibu.Zack terlopong mendengarnya."Ibu,bukankah wanita melahirkan sewaktu kandungan 9 bulan?"Tanya Zack inginkan kepastian."Zack,sebagai bapa Zack kena banyak membaca.Kena ambil tahu serba-sedikit sebagai persiapan menyambut kelahiran.Sekarang ni pun sepatutnya Ika dah lengkapkan keperluan asas untuk bersalin.Kalau dah sakit dan turun tanda,bila-bila masa boleh terus ke hospital.Siap capai beg saja."Omel ibu bila melihat Ika dan Zack yang masih santai.Jika Zack memang tiada pengalaman tapi Ika yang pernah melahirkan pun tidak ambil kisah menyebabkan ibu perlu lebih tegas kepada mereka.

"Petang ni Zack,luangkan masa bawa Ika membeli keperluan bayi.Kalau dah pasti perempuan,belilah pakaian berwarna pink.Jangan engkorang beli untuk new born sahaja.Lebih baik beli saiz agak besar sebab baby cepat membesar.Nak selamat lebihkan pakaian berwarna putih.Kalau barut untuk baby dan Ika,ibu dah tempah."Ibu menjelaskan.Ternyata ibu sangat bersemangat dengan kehadiran cucu pertamanya.

Supaya ibu tidak terus membebel,Zack siap siaga membawa Ika shopping keperluan bayi.
Banyak keperluan yang dibelikan mereka.Dari katil bayi,pakaian dan juga mandian.Ibu juga sudah mengupah orang make over bilik untuk baby kerana dia inginkan keselesaan buat cucunya.Zack dan Ika tidak berani membantah walaupun Zack dan Ika tidak berniat untuk memisahkan ranjang bayi kerana mereka merasakan tidak wajar dan tidak sampai hati mengasingkan puteri mereka nanti.

Sepanjang perjalanan pulang dari membeli keperluan bayi,Zack berbincang dengan Ika mengenai nama bayi mereka kerana sepanjang kehamilan Ika langsung tidak menyebutnya.Adakah Ika sudah mempunyai nama pilihan atau Ika masih dilema memilihnya.
"Sayang,dah cari nama puteri kita?"Tanya Zack kepada Ika.Di sudut hati,ada rasa bersalah kerana kesibukan mencari rezeki Zack terlupa kepada beberapa perkara yang walaupun nampak remeh tapi sangat besar maknanya.Jika ibu tidak membebel,mungkin sampai saat melahirkan pun mereka masih lagi santai.

"Belum,abang!"Sepatah jawapan Ika membuatkan Zack terkedu.Adakah Ika tidak siap menyambut kelahiran puteri mereka? "Oh,mengapa sayang tak cari nama buat puteri kita?Abang tak kisah,apa saja nama yang sayang berikan,asal maksudnya bagus abang akan menerimanya."Sebenarnya dalam fikiran Ika sudah ada beberapa nama yang tersenarai.Tapi mengenangkan ibu yang teruja untuk menyambut cucu pertamanya,maka Ika rasa Ika memberikan penghormatan kepada ibu untuk memilih nama yang sesuai.

"Abang,Ika rasa nak bagi ibu menamakan puteri kita."Kata Ika kepada Zack."Sayang ok kah?Bukankan ini puteri pertama kita?Nanti jangan menyesal kalau nama yang ibu berikan tidak sesuai dengan kehendak sayang."Zack sekadar mengingatkan Ika.

"Abang...ini cucu pertama ibu.Abang tentu dapat melihat binar bahagia ibu ketika kita bercakap tentang puteri kita.In sha Allah, Ika berlapang dada menerima apa saja nama yang dipilih ibu asalkan ibu bahagia.Sekurang-kurangnya ,puteri kita akan berbangga apabila suatu hari nanti dia tahu tok ibu yang memberikannya nama.Lagi satu abang,in sha Allah kalau ada rezeki,tentu zuriat kita bertambah lagi.Haha..nanti abang dan Ika sendiri yang memilih nama untuk mereka."Panjang lebar penjelasan Ika memberikan kefahaman kepada Zack bahawa Ika sangat menghargai dan menghormati ibu.Ika polos dan lugu.Oleh kerana itulah,Zack sangat bersyukur kerana dapat memperisterikan Ika sebagai cinta pertama dan terakhirnya.

Zack kembali tersenyum membayangkan dia berdiri gagah di samping Ika bersama anak-anak mereka.Oh,kalau sejumlah 1 team bola sepak kan bagus!!Tentu ke mana sahaja pergi,soalan yang akan sering bertanya,"Zack,dah berapa orang anak Zack?

Ika merenung Zack dan melihat senyuman mekar yang sukar dimengertikan."Abang ni,kenapa senyum sendiri?"Salah tingkah Zack apabila menyedari Ika memerhatikannya."Tak ada apalah sayang,abang sangat bahagia dengan kehadiran sayang dan zuriat kita.Moga rumah tangga kita kekal hingga jannah.Tetaplah di sisi abang,walau apapun kondisi abang.Tegurlah abang, jika ada khilaf."Tutur Zack sambil mengucup tangan Ika.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience