MISI GAGAL

Family Series 39283

Dipujuk sudah,dirayupun sudah namun Ika bagaikan jinak-jinak merpati.Boleh didekati tapi bukan untuk dimiliki.Dato' Hadi ketandusan idea untuk memastikan Ika menjadi miliknya.

Maka, Dato' Hadi merancang tapi Allah swt sebaik-baik perancang.Dalam hal ini,dia tidak berniat untuk melakukan perkara yang tidak baik kepada Ika kerana dia masih tahu batas-batas perhubungan yang sememangnya sentiasa dijaga.

Dato'Hadi memang sangat berharap agar dia dan Ika ditangkap khalwat kerana pastinya Ika akan menjadi isterinya demi menjaga nama baik dan maruah diri.Cinta Ika adalah soal kedua kerana apabila jasad sudah dimiliki, secara beransur-ansur Dato' Hadi akan cuba memikat hati wanita yang sering diigaukannya.

Bunyi ketukan bertalu-talu di pintu mengejutkan Dato' Hadi dari tidur.Dato' Hadi memang terlalu letih kerana beliau dari awal pagi sudah keluar rumah atas urusan perniagaan. Dato'Hadi segera membuka pintu.Beberapa orang lelaki berjubah dan berbaju melayu memperkenalkan diri dan menunjukkan
kad kuasa.

Mereka meninjau kamar hotel yang terbentang luas.Menjenguk ke dalam tandas dan juga wardrobe untuk mencari sesuatu tapi tidak kesampaian.
"Kami minta maaf dato',mungkin ada kesilapan dari pihak kami."kata seorang pegawai sambil bersalam dengan Dato' Hadi.

Dato' Hadi menggaru-garukan kepalanya."Mana Ika?"bisiknya sendiri.Beg bagasi masih di kamar tapi Ika hilang tanpa dapat dikesan.Dato' Hadi cuba menghubungi Ika tapi malangnya hanya suara operator yang bercakap di talian.

Hancurlah segala harapan Dato' Hadi untuk memiliki Ika dengan cara kotor yang dirancangnya.Namun Dato' Hadi tidak akan mengalah."Lambat-laun,engkau akan jadi milikku Ika."Tekad Dato' Hadi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience