SERANG

Family Series 39283

Nora sudah tidak sabar untuk bersemuka dengan Ika.Wanita pertama yang hadir dalam hidup Haziq tapi sangat kuat auranya.Bayangan Ika sentiasa menghantui rumah tangga mereka.Mereka berpindah dari banglo yang dihadiahkan papa dan mama kepada Haziq kerana tidak tahan apabila setiap sudut dalam banglo tersebut ada sahaja momen yang membekas di hati Haziq.Nora tidak pernah mengenali Ika tapi kali ini dia akan bertemu empat mata.Rumah tangganya perlu diselamatkan .Haziq jangan sesekali mengimpikan untuk bersatu semula dengan Ika.

Mendengar bunyi loceng ditekan berkali-kali, menyebabkan Ika berlari anak-anak ke muka pintu.Sebaik sahaja pintu dibuka,muncul sosok seorang perempuan muda berpenampilan seksi dengan wajah ketat dan kelat."Ya,cari siapa?"Ika menyapa mesra."Awak, Zulaika?"Tanya Nora sambil matanya mencerlung memandang Ika."Ok, straight to the point,saya ni isteri Haziq.Saya datang ni nak warning awak,jangan sesekali nak menggatal dengan suami saya.Bersepah lagi duda dan bujang terlajak di luar sana yang boleh awak goda!"Nada suara lembut tapi cukup membuatkan jantung Ika berdegup kencang.

"Isteri Haziq.Apa yang awak cuba lakukan ini?"Ika terperanjat dengan dakwaan Nora."Saya dan Haziq baru saja berkahwin.Awak entah dari mana tiba-tiba mengaku isteri Haziq.Kalau nak bergurau pun biarlah bertempat.Saya tak ada masa nak layan orang sewel seperti awak."Ika melepaskan geramnya.

"Hai perempuan,itu kisah silam awak.Awak ni dah kena Alzheimer ke?Awak dan Haziq dah bercerai 6 tahun lepas.Saya ni isteri Haziq yang sekarang!!Awak faham tak?"Nora mula naik angin.

"Mengapa ni bising-bising?"Umi tiba-tiba muncul dan mencelah apabila suasana mula riuh-rendah dan kecoh kerana masing-masing cuba untuk menegakkan kebenaran.

"Umi, tengoklah perempuan ni tak betul.Mengaku isteri Haziq pula."Ika cuba
mengadu kepada ummi.Sakit hati Ika hanya tuhan sahaja yang tahu.

"Baik,cuba ceritakan..apa yang berlaku?Mak cik ni umi Ika."Jelas Hjh Hasnah kepada Nora.

"Maaf,mak cik kalau saya datang menimbulkan kekecohan.Saya,Nora isteri Haziq.Kami sudahpun memiliki seorang cahaya mata.Rumah tangga saya bahagia sebelum Zulaika muncul semula dalam hidup Haziq.Saya dah tak tahan bila Haziq nak bersama Ika semula.Saya sayangkan rumah tangga saya.Mak cik tolonglah nasihatkan anak mak cik ni."Nora merendahkan nada suaranya.

"Makcik juga minta maaf kepada Nora.Jangan bimbang mengenai Ika.Ika sudah bertunang dan bakal mendirikan rumah tangga.Tapi...baru-baru ini Ika terlibat dengan kemalangan.Ada sedikit komplikasi kepada Ika dan in sha Allah akan membaik.Kekeliruan ini tidak lama.Mohon Nora faham."Penuh keibuan Hjh Hasnah menuturkan kata cuba meredakan ketegangan Nora.

Ika seperti kebingungan mendengar kata-kata umi.Segalanya tidak boleh diterima oleh akalnya saat ini.

"Ika, umi juga minta maaf.Umi perlu jelaskan supaya Ika faham dan terima hakikat ini.Ika dan Haziq sudah bercerai.Haziq sudah pun kahwin dengan Nora.Ika juga tidak lama lagi akan berkahwin dengan Zack."Kata ummi sambil mengelus rambut ikal mayang Ika.

"Umi, apakah pembohongan yang cuba umi lakukan terhadap Ika.Tidak!!!Ika dan Haziq tidak mungkin akan pernah bercerai.Ika cintakan Haziq dan Haziq juga turut menyintai Ika.Tiada siapa yang boleh memisahkan kami."Berderaian air mata Ika turun tanpa dapat ditahan lagi.

Ika berlari menuju ke biliknya.Pintu bilik dihempas sekuat hati tanda protes kepada umi dan Nora.

Setelah segala kekeliruan dan kekusutan cuba dileraikan oleh Hjh Hasnah,barulah Nora melangkah ke luar dari rumah Ika dengan berlapang dada.Wajah yang ketat tadi sudah berubah ceria.

Ika dibiarkan umi melepaskan segala perasaannya.Walaupun pahit harus ditelan juga.Hendak dibiarkan Ika tenggelam dalam mimpi akan menyulitkan lagi keadaan.Ramai yang akan menjadi mangsanya.

Hidup itu pilihan. Takdir adalah ketika kita tidak memiliki pilihan atau tidak dapat menghindar dari suatu pilihan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience