KASIH TANPA SYARAT

Family Series 39283

Biarpun keadaan Ika masih lemah tapi Ika sudah mahu menyusukan si kecil.Jururawat cuba membantu dan mengajarkan kedudukan yang betul untuk menyusukan bayi.Maklumlah anak pertama.Ika agak kekok melakukannya.Amat nikmat apabila si kecil menikmati air susu sambil memejamkan matanya sehingga terlena dalam kekenyangan.

"Ibu,sediakan pakaian bayi.Sekejap lagi jururawat akan mandikan."Ika memilih pakaian yang sesuai dan diletakkan di atas meja kecil di sebelah katil.Matanya sesekali meliar mencari Haziq.Selepas umi,abi serta papa dan mama pulang kelibat Haziq belum muncul lagi.Mungkin letih agaknya,bisik hati Ika.

Kain lampin yang membalut tubuh si kecil dibuka dengan penuh hati-hati Rasa kasihan kerana mengganggu tidur si kecil.Setelah kain lampin yang membalut tubuh dibuka,si kecil agak terkejut dan mula menangis.Ika terus membuka pakaian si kecil.Tiba-tiba sahaja matanya tertancap kepada tangan si kecil."Ya,Allah!!Mengapa anakku hanya ada satu tangan?"Air matanya mula mengalir deras.
"Sabar,ibu!!"entah bila jururawat muncul."Syukurlah anak ibu sihat dan selamat."pujuk jururawat sambil menggosok-gosok bahu Ika.

Ika menarik nafas.Menahan getar perasaan.Sebagai seorang yang beriman kepada Allah SWT,dia menerima kelahiran puteranya dengan penuh kesyukuran.Ika sedar siapalah dia sebagai hamba untuk mempertikaikan ciptaan Allah."Ya Allah,jadikanlah anakku hambamu yang soleh,yang beriman kepadamu."doanya sambil memeluk dan mencium si kecil yang lena dalam dakapannya.

Entah bila ummi dan abi sampai dan berada di sisi Ika.Sedar-sedar sahaja terdengar esakan si kecil yang sudah berada di ribaan ummi."Ika,anak kamu lapar ni."kejut ummi.Ika membuka mata.Tubuh Ika dirapati ummi dan Ika dipeluknya erat.
"Ummi,abi tahukan anak Ika cacat?Anak Ika tidak seperti anak-anak yang lain?"Tanya Ika berwajah hiba.Ummi dan abi sekali lagi memeluk Ika.Mereka juga tidak dapat menahan tangis.Mereka faham perasaan Ika yang berharapkan agar bayi yang dikandungnya lahir sempurna tapi Allah maha tahu setiap kejadiannya.

"Ika, walaupun siapa dan bagaimana keadaan anak Ika,dia adalah cucu ummi dan abi.Kami sayang tanpa syarat.In sha Allah,kita jaga dan didik dia dengan sempurna."pujuk abi sambil mencium ubun-ubun si kecil.

"Mana Haziq?"Tanya ummi kerana setelah berjam mereka bersama Ika,tidak nampak kelibat Haziq."Mungkin keletihan agaknya ummi,"Ika cuba berbaik sangka walaupun ketika ini Ika sangat-sangat berharap Haziq berada di sisi untuk berkongsi perasaan.Sejak dari hari pertama diijabkabul sehinggalah melahirkan si kecil,Ika tidak pernah dibiarkan sendirian tanpa Haziq.Mereka berdua seperti belangkas.Ke hulu dan ke hilir bersama-sama.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience