MIMPI

Family Series 39283

Tidur Ika terganggu beberapa hari ini.Mimpi yang sama menghantuinya.Ika dan Haziq berjalan di sebuah lorong yang gelap tanpa sebarang cahaya.Ika ditinggalkan sendirian di dalam ketakutan dan Haziq terus melangkah pergi tanpa berpaling lagi.Ika pula cuba menjejak Haziq,namun setiap langkah Ika seperti dibelengu."Apakah maksudnya mimpi-mimpi ini?"bisik hati kecil Ika.Ika bukan jenis yang percaya kepada mimpi kerana dia tahu mimpi hanyalah mainan tidur.Namun begitu,jika berulangkali mimpi yang sama tentu ada sesuatu yang tersirat.

Pagi itu,Ika terlewat bangun kerana semalaman dia sukar untuk tidur.Terdengar rengekan Akiff.Sambil memejam mata,Ika meraba seluar Akiff.Sudah kembang pampers Akiff.Kasihan anak mama,tidak selesa.Maafkan mama sayang,mama tidak sengaja.Risau juga Ika kerana kulit Akiff sensitif.

Ika berhasrat ke rumah umi pagi ini kerana berbincang mengenai Akiff. Beberapa hari lagi Ika akan bekerja.Umi dan abi beria untuk menjaga cucu kesayangan mereka.Ika sebenarnya suka jika umi dapat menjaga Akiff tapi memandangkan umi sendiri padat dengan kelas agamanya Ika tidak mahu membebankan umi.

Ika membelek-belek telefonnya.Sumpah, walaupun hatinya sangat terluka dengan sikap dan layanan Haziq tapi Ika masih mengharapkan ada mesej atau panggilan dari Haziq.Tiba-tiba sahaja ada bunyi mesej masuk.Tertera nama abang di inboxnya.Berdebar hati Ika untuk membuka mesej tersebut.Sejak mereka bersemuka beberapa minggu lalu, Haziq keluar dari rumah tanpa sepatah kata, tanpa menitipkan pesanan ataupun menelefon Ika.Haziq pergi bagai angin lalu.Hilangnya entah kemana.

Ringkas mesej ditujukan buat Ika,"Aku ceraikan kau Zulaika Bt. Hamdi dengan talak 1."Menggigil tubuh Ika tatkala membaca mesej tersebut.Tubir mata terasa suam namun Ika cuba menahan perasaan."Haziq,tiada lagi air mataku yang akan mengalir keranamu Haziq.Mulai hari ini kau telah mati dalam hidupku dan Akiff.Terima kasih atas segala derita.Terima kasih atas segala-galanya.Aku akan mencari bahagia demi Akiff."janji Ika sendiri.

Segala teka-teki mengenai mimpi terjawab sudah.Ika tidak mahu membazirkan masa melayan perkara remeh-temeh.Tangannya lincah mengemas semua pakaiannya dan Akiff.Aku dan Akiff akan keluar dari sini dan kami tidak akan kembali lagi.

Banyak kenangan yang terjalin di sini .Yang indah-indah sudah berlalu pergi.Yang bersisa adalah kenangan pahit menjeruk hati.

Selamat tinggal Haziq.Terima kasih atas hadiah termahal buatku.Dikau menjadikan aku janda dalam sekelip mata.Terima kasih kerana mengajarku makna kehidupan.Benarlah kata pujangga,cinta yang abadi adalah cinta kepada sang pencipta.Jangan didamba cinta manusia kerana manusia itu penuh dengan dusta.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience