CALON ISTERI??

Family Series 39283

Mak Long Biah meminta Zack menjemputnya di Terminal Bas Dan Teksi Putrajaya.Gigih maklong datang dari Jengka Pusat,Pahang untuk bertemu ibu adik bongsu mak long.Walaupun hampir 70 tahun usia mak long, mak long masih kuat ke sana-kemari.Dia juga kerap datang menjenguk ibu bila anak-anaknya berurusan di Kuala Lumpur.Kali ini,mak long terpaksa datang sendiri kerana ada hajat besar yang ingin disampaikan kepada ibu.Melihat kesungguhan mak long, anak-anaknya tidak berani menghalang.

"Ni mak long bawakan rebung,asam keping,asam jawa dan ikan pekasam."ata mak long sambil menghulurkan sebuah bungkusan besar kepada Zack."Alah...susah-susahlah mak long ni.Berat pula tu mak long bawa dari jauh."Kata Zack."Apalah sangat Zack.Semua ni pun bukannya mak long beli.Lagipun ibu kau tu suka sangat dengan rebung dan ikan pekasam.Dah alang-alang mak long datang,mak long bawalah untuk ibu kau."Mak long menjelaskan.Zack teringat kalau setiap kali ke rumah mak long,penuh bonet kereta diisi mak long dengan pelbagai hasil cucuk tanam mak long di kawasan halaman rumahnya.Berbudi kepada tanah,hasilnya lumayan juga kerana dapat menjana pendapatan.Walaupun sedikit tapi penuh keberkatan.

Setelah hilang lelah mak long ,Zack turut serta berbual-bual bersama ibu di ruang tamu.Ibu memicit-micit kaki mak long.Begitulah dua-beradik kalau bertemu.Saling berkasih-sayang.Ibu walaupun sudah tidak sekuat dulu,tapi kalau mak long datang terus kuat.Segala kesakitannya tidak ditunjukkan kepada mak long.Apa kesukaan mak long akan disediakan ibu.Bila lagi mak long nak bermanja-manja dengan adik bongsunya.Kata mak long,ibu mewarisi kepakaran nenek memasak sebab ketika dari zaman anak gadis ibu lebih suka ke ceruk dapur berbanding mak long yang gemar kerja-kerja kasar dan lasak.

"Zack,mak long ni ada calon isteri untuk kau Zack!!"Mak long membuka kata."Mak long berkenan sangat Si Aisyah,anak Pak Ali jiran sebelah rumah mak long.Dah jadi ustazah budak tu.Rupa ada,budi-bahasa pun ada.Sesuai sangatlah dengan kau Zack.Ni gambar Si Aisyah tu."Mak long menunjukkan sekeping gambar.Kelihatan wajah seorang gadis tersenyum manis.Memakai tudung labuh menyerlahkan lagi kesopanan seperti cerita-cerita mak long.Ibu juga turut melihat gambar yang ditunjukkan mak long."Cantik budak ni!!"Puji ibu."Saya tak mahulah mak long.Rasa tak berkenan di hati"Zack menolak mentah-mentah."Aku ni bukannya apa Zack,kesian tengok kau.Angah tu,sebaya kau anak dah berderet-deret.Kau ni,bila lagi Zack?Umur dah semakin banyak,takut nanti didukung anak disangka cucu pula."Mak long mengulang-ulang dialog sama setiap kali bertemu Zack.Zack pun dah hafal setiap bait kata-kata yang diulang mak long.Zack tidak berkecil hati sebab dia yakin soal jodoh,rezeki dan maut adalah urusan tuhan.Kalau memang tidak ada jodoh buatnya, tiadalah daya Zack waima dikelilingi bidadari jelita.

"Kak, sebenarnya Zack tu dah ada calon.Pakej siap dengan anak sekali."Bisik ibu tapi suara bisikannya didengar oleh Zack."Eh,siapa?Aku tak tahu pun?"Mak long kelihatan berminat untuk mengetahui siapakah insan yang bertakhtha di hati Zack."Aku berkenan sangat dengan budaknya kak.Dia janda anak satu."Cerita ibu."Engkau ni,dalam banyak-banyak anak dara,yang janda juga kau berkenan Zack.Tak ada perempuan lain ke Zack?"Soal mak long seperti tidak berpuas hati.Susah-payah mak long datang dari jauh dengan hajat yang menggunung tinggi tapi senang-senang kena reject oleh Zack.

Sedang mereka berbual-bual, terdengar suara Akiff memberi salam.."Masuklah Akiff..Zack menjemputnya masuk."Akif, salam tok long..Maka dihulurkan sebelah tangannya menyalam dan mencium tangan mak long."Uncle,tok ibu..Akiff ada lukis gambar ni,cantik tak?"Bersemangat Akiff menunjukkan hasil lukisannya."Tentulah cantik!!"Puji ibu ikhlas.Sekeping gambar bertajuk keluarga saya dilukis oleh Akiff dengan menggunakan pensel warna dan warna crayon."Ini siapa?Tanya ibu apabila melihat empat figura dihasilkan Akiff."Ini mama,ini Akiff,yang pakai cermin gelap ni uncle dan yang ini tentulah tok ibu."Akiff menjelaskan sambil bibir comelnya menguntum senyum."Pandai Akiff lukis.Tak sia-sialah uncle ajar Akiff."Kata Zack.Lukisan tersebut menyentuh hati Zack.Zack diterima sepenuh hati oleh Akiff.Zack adalah segala-galanya buat Akiff.Begitu kukuh jambatan hati yang terbina di antara mereka.Ibu pula tidak dapat menahan sebak apabila melihat lukisan Akiff."Sayang cucu tok ibu."Tubuh kecil Akiff dipeluk ibu erat dan kuat.

"Comel dan bijak budak Akiff tu.Mana mamanya?"Mak long ingin tahu.Walaupun baru jumpa Akiff tapi bagai ada tarikan magnet untuk mengenali mama si Akiff pula."Nanti aku suruh Akiff panggilkan."Kata ibu.Maka Akiff diminta ibu memanggil Ika untuk diperkenalkan kepada mak long.Biarlah mak long kenal dengan Ika kerana lambat-laun,kalau ada jodoh Ika akan menjadi sebahagian daripada keluarga ibu.Ibu memang tidak pernah berterus-terang dengan Ika mengenai hasrat ibu untuk bermenantukan Ika tapi ibu berharap Ika dapat menerima Zack sebagaimana Akiff yang telah mengisi ruang hati Zack.

Bila Ika dipanggil Akiff untuk bertemu mak long,Ika cepat-cepat datang.Bagi Ika, keluarga ibu adalah sebahagian daripada keluarga Ika.Sewaktu bersalam,tangan mak long dikucup Ika.Tubuh Ika dirapatkan mak long ke badannya.Tidak puas mata mak long menatap wajah Ika.Amat cantik walaupun tiada sebarang solekan.Kalau dia yang tua pun terkagum dengan kejadian ciptaan tuhan apatah lagi Si Zack.Tentu tidak keruan jika setiap hari bertemu pandang.Mak long pasrah jika Aisyah bukan jodoh Zack kerana Ika yang berada di depan matanya adalah calon isteri yang sempurna buat Zack.Di sudut hati maklong berdoa agar dipermudahkan segala urusan Zack dan berjodohlah anak saudara kesayangannya dengan Si Ika yang cantik jelita dan ada budi bahasa.

"Zack,jangan tunggu lama-lama.Mak long ni dah tak sabar-sabar nak makan nasi minyak "Zack diusiknya ketika Zack sibuk melayan Akiff yang berada di ribaan Zack."In sha Allah mak long.Doakan ya.Itupun kalau si dia sudi."Sambil mengenyit mata ke arah Ika.Ika tertunduk malu.Sekali lagi,Zack mengenakan Ika.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience