REDHA

Family Series 39283

Sampai sahaja di perkarangan rumah,umi dan abi sedang sibuk membelai pokok-pokok mereka.Suasana kehijauan mendamaikan jiwa.Umi dan abi berkongsi minat yang sama.Mereka seia sekata dan dalam apa sahaja perkara.Abi walaupun dulu terkenal sebagai pengetua yang garang tapi dalam hatinya sarat dengan cinta.Di mana ada umi,di situlah ada abi.Ika turut bahagia melihatnya.
Usai memarkir kereta Honda Civic hitam metalicnya,Ika mendukung Akiff untuk bersalam dengan umi dan abi.Umi dan abi menyangka kepulangan Ika adalah seperti biasa.Akiff diriba abi."Haziq sihat?"Tanya abi.Ika menganggukkan kepalanya.Umi pula sibuk mengagah Akiff.Begitulah umi setiap kali berjumpa Akiff.Akiff diulit penuh kasih.

Mereka minum air bujang sambil berbual-bual kosong.Ika tidak tahu bagaimana ingin memulakan cerita.Mahu tidak mahu kebenaran perlu dinyatakan.Kemana lagi Ika harus pergi jika
tidak kembali ke pangkuan umi dan abi.

Selepas menidurkan Akiff di dalam buaian,Ika menuju ke arah umi dan abi yang sedang menonton televisyen di ruang tamu."Umi, abi ..Ika ada benda yang ingin dikongsikan."Ika berjeda seketika.Mata umi dan abi mencerlung memandang Ika."Ika dan Haziq sudah bercerai."lambat-lambat Ika menyusun kata.

"Ika, kalau kamu dan Haziq tidak sependapat ataupun tidak sehaluan dalam rumah tangga ianya adalah perkara biasa.Sedangkan lidah lagi tergigit,inikan pula suami-isteri . Sebelum engkorang buat sesuatu keputusan, fikir seribu kali.Kasihan Akiff."Nada suara abi agak tinggi.Di tubir matanya manik-manik jernih berguguran tanpa disedarinya."Abi,umi ..Ika dan Haziq tiada masalah.Cuma Haziq tidak dapat menerima Akiff.Kemana Ika hendak buang Akiff?Akif umpama nyawa Ika sendiri.Biarlah Ika mengorbankan diri kerana Akiff." tambah Ika lagi.

"Haziq perlu diajar.Nama sahaja berpelajaran tinggi tapi otak letak di kaki.Hina sangatkah Akiff?"Abi semakin membara.

Umi memeluk Ika erat.Umi menahan diri dari menangis di depan Ika.Sebenarnya umi sendiri sudah menyedari perubahan tingkah laku Haziq selepas Akiff lahir."Biarlah abang,kalau orang sudah tidak sudi tak kan hendak dipaksa.Mereka berdua pun bukannya budak-budak.Yang penting sekarang,kita didik Akiff supaya menjadi insan yang berguna."pujuk umi sambil menggosok-gosok bahu abi.

Umi dan abi sebenarnya tidak menduga Ika akan setabah ini.Wajahnya tenang dan bersahaja sedangkan selama ini Ika memang anak manja dalam keluarga.

Semua ahli keluarga Ika dimaklumkan mengenai perceraian Ika dan Haziq.Mereka semua menyokong Ika dan redha dengan ketentuan Ilahi ke atas apa yang menimpa Ika.Dunia ini belum berakhir dengan sebuah perceraian.Ianya mungkin sebagai permulaan untuk menikmati kebahagiaan yang berkekalan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience