MALANG TIDAK BERBAU

Family Series 39283

Ika masih belum bekerja.Cuti sakit bersisa lagi 2 minggu.Dato'Hadi sudah memaklumkan bahawa sementara Ika kurang sihat,beliau sudah mencari pengganti untuk melakukan tugas Ika.Ika dinasihatkan datang jika sudah betul-betul bersedia.Dato' Hadi agak fleksibel dengan Ika.Banyak bertoleransi dengan pekerjanya yang seorang ini.Jika dengan pekerja lain, Dato' sangat bertegas.Tidak boleh semberono.Semua pekerja perlu ikut Standard Operating Procedure (SOP).

Banyak peristiwa hitam yang telah berlaku seringkali mengganggu ketenangan Ika.Kenangan bersama Dato'Hadi dan Dato' Iqbal datang silih berganti.Kegembiraan Ika tiba-tiba sahaja boleh lenyap apabila mendengar nama Dato' Hadi dan Dato' Iqbal.Merekalah orang yang memporak-porandakan hidup Ika.Ika merasakan sudah tiba masanya dia mengundur diri dari Syarikat Armada.Memulakan kehidupan baru dengan menutup lembaran-lembaran silam.Tidak mahu bertatap dan melayan karenah Dato'Hadi dan juga berhadapan dengan lelaki kasanova seperti Dato' Iqbal.

"Abang setuju tak kalau Ika berhenti sahaja kerja?Tanya Ika penuh mengharapkan pengertian."Ika,abang tak kisah kalau Ika mahu duduk di rumah dan jadi suri rumah sepenuh masa.Sekurang-kurangnya Akiff lebih terjaga.Ika boleh lapangkan banyak masa dengan Akiff.Ibu pun tentu suka.Kalau setakat untuk menanggung Ika dan Akiff,abang lebih dari mampu."Ternyata Zack sangat menyokong keputusan Ika.Nampak sangat,Akiff adalah di antara perkara yang penting dalam hidup Zack.

"Ika, kalau Ika di rumah sepanjang masa pun tentu bosan juga.Apa kata kalau Ika jadi pembantu abang? Setiap pagi,Ika uruskan dulu Akiff.Kalau ibu perlu ke pasar, Ika boleh temankan ibu.Kalau ibu ajak shopping,Ika pergi shopping dengan ibu. Sekurang-kurangnya ibu tak bosan dapat outing dengan menantu kesayangannya.Lepas selesai semua,baru Ika pergi ke studio.Tolong abang apa yang perlu.Tentang gaji,jangan bimbang.Abang tawarkan sama seperti gaji yang dibayar Dato' Hadi.Dato' Zakri sanggup buat apa saja demi Zulaika"Walaupun dalam serius ada guraunya.
"Abang ni,biar betul nak offer Ika jadi pembantu abang.Nanti kerja tak menjadi sebab abang hilang fokus dapat pembantu secantik Ika."Ika pula berbalas gurauan.
"Oklah tu, bakal majikan Ika pun tampan orangnya."Pecah ketawa mereka berdua kerana masing-masing masuk bakul angkat diri.

Tawaran Zack memberikan kelegaan kepada Ika.Jika sebelum ini,memikirkan untuk kembali ke Syarikat Armada, membuatkan jantung Ika seolah berhenti berdegup.Melihat bibir Ika sentiasa menguntum senyum mengundang rasa hairan umi dan abi.Ika memaklumkan tawaran Zack kepada Ika.Umi dan abi juga turut bergembira.Apa sahaja perkara yang memberikan kebahagiaan buat Ika turut memberi bahagia kepada umi dan abi.Mereka juga selesa jika Ika dapat bersama Zack yang menjadi pelindung Ika dan Akiff."Bila Ika nak bagi notis untuk berhenti kerja?"Tanya abi kepada Ika."In sha Allah,Ika akan uruskan secepat mungkin."

Oleh kerana keadaan Ika semakin sihat dan kuat,Ika tidak tahu duduk diam.Rumah umi dan abi dikemasnya luar dan dalam.Sesekali Akiff turut membantu mamanya.Muncung juga mulut si kecil apabila mama rajin terlajak.Akifflah jadi mangsa sebagai orang suruhan Ika.Sekejap diminta tolong ambilkan mop,sekejap pula minta diambil kan pencuci sawang.Konsenterasi Akiff untuk melukis pun terganggu.

Ika sudah beberapa hari bersungut lantai bilik airnya agak berlumut.Oleh kerana umi tiada pembantu rumah,bila berkelapangan baru umi mencucinya.Umi memang tidak benarkan Ika melakukan kerja-kerja berat.Namun begitu,bila mengenangkan umi yang sakit lutut dan dibebankan dengan pelbagai kerja rumah yang tidak pernah sudah,Ika tidak sampai hati melepaskan tanggung jawab kepada ibu.
Maka dalam diam, Ika membersihkan bilik airnya.

Tiba-tiba sahaja kedengaran bunyi suara jeritan.Hj.Hamdi yang sedang membaca surat khabar bergegas ke bilik air.Nama Ika dipanggil berkali-kali tapi tidak bersahut.Kali ini,Hj Hamdi pula menjerit memanggil isterinya yang sedang memasak di dapur."Nah, cepat tengok Ika!!"
"Apa yang terjadi kepada Ika,abang haji?"
Hjh Hasnah sudah mulai risau."Pintu bilik air perlu dibuka dulu.""Abang calllah Zack.Kudrat abang kan tidak kuat."Hj Hasnah memberikan cadangan kepada suaminya.

Zack baru sahaja sampai di rumah ketika menerima panggilan dari Hj.Hamdi.Tanpa sempat meneguk air,Zack terus ke rumah Hj Hamdi.Pintu bilik air dipecahkan mereka.Apalah malang nasib Ika.Tubuhnya terhempas di lantai bilik air.Wajahnya sudah pucat.Ika tidak sedarkan diri.Zack mengangkat tubuh Ika dan dibaringkannya di atas katil."Pak cik, Ika ni pengsan.Kita bawa dia ke hospital ya.Mak cik, pakaian Ika kena salin.Baju Ika ni singkat.Nanti terdedah aurat Ika." Pinta Zack kepada umi apabila melihat pakaian Ika agak menjolok mata."Oh,ialah..Zack.Mak cik panik sampai tak perasan keadaan Ika."

Sementara menanti umi mempersiapkan Ika, Zack mundar-mandir di ruang tamu.Hati Zack tuhan sahaja yang tahu.Ketika mereka sedang menghitung hari-hari bahagia yang hanya beberapa minggu lagi, tiba-tiba sahaja musibah menimpa.Zack berdoa agar keadaan Ika tidak serius.Akif mendatangi Zack.Bila melihat Zack duduk di sofa,Akiff duduk di ribaan Zack."Uncle,kenapa dengan mama.. uncle?'Si Akiff bingung dan ingin tahu.
"Mama terjatuh.Mama pengsan."Balas Zack.Kepala Akiff diusap Zack.Sebuah ciuman hinggap di dahi Zack.Ketat dada Zack memikirkan Akiff dan Ika.Walaupun berat, terpaksa dihadapi juga.Zack perlu kuat demi Ika dan demi Akiff.

Apa yang berlaku adalah takdir buat Ika,buat Akiff,Zack dan semua.Takdir kadang kala tidak menuntut kita untuk memahaminya.Kita cuma perlu belajar untuk menerima kehadirannya dan redha dengan segala yang tertulis buat kita.

Share this novel

Oyokisaloma Sham
2020-06-06 16:29:53 

Bila nak uodate cerita ni... Best kisah dia


NovelPlus Premium

The best ads free experience