MENITI BAHAGIA

Family Series 39283

En.Zack,saya minta maaf.Saya terpaksa berhenti kerja kerana emak saya di kampung kurang sihat.Berat hati untuk meninggalkan studio ini Banyak kenangan pahit-manis saya di sini tapi mengenangkan emak saya lebih memerlukan saya maka saya terpaksa mengundur diri."Kata Ayu sambil menghulurkan notis kepada Zack.Zack sangat terperanjat dengan keputusan Ayu sedangkan dia belum lagi menyatakan hasratnya untuk memberhentikan Ayu.Walaupun di sudut hati gembira dengan keputusan Ayu tapi perasaan tersebut disembunyikannya."Allah telah memberikan aku jalan atas setiap kesulitan yang aku hadapi.Terima kasih ya Allah."Zack bermonolog sendiri.

"Ayu,terima kasih Ayu kerana telah banyak membantu saya.Tidak terbalas segala susah-payah Ayu terhadap saya.Doa saya mak Ayu cepat sihat.Mak tiada galang gantinya.Berbaktilah sementara kita masih memiliki."Ucap Zack kepada Ayu.Poket seluar Zack diseluk dan 10 keping wang seratus ringgit dihulurkannya kepada Ayu.
Pada mulanya Ayu menolak tapi setelah Zack beria-ia untuk membantu keluarga Ayu maka tidak berdaya Ayu untuk mengatakan tidak.

Jauh di sudut hati Ayu,berat meninggalkan Zack kerana semakin hari semakin kuat rindu dan kasih yang bertandang.Namun perkahwinan Zack yang berlaku secara tiba-tiba telah menghancurkan segala harapan dan impian Ayu.Alasan yang direka Ayu adalah semata-mata untuk keluar dari kemelut yang dihadapinya.Ayu sedar diri.Kail yang dimiliki hanya panjang sejengkal, bagaimana untuk dia menduga lautan yang dalam.Biarlah dia mengundur diri sebelum luka di hati makin parah.

Berita mengenai Ayu berhenti kerja diterima Ika dan ibu dengan gembira.Segala kerisauan mereka sudah hilang.Kini, studio Zack akan sama-sama dijaga oleh suri hatinya.Walaupun Ika tiada asas dalam perniagaan tapi Zack percaya Ika akan cepat belajar kerana Ika seorang yang bijak dan berpendidikan.Di mana ada kemahuan,akan terbentang jalan buat Ika.

Ika datang lewat ke studio kerana membantu ibu memasak masakan kegemaran Zack.Ibu memang suka memasak tapi ibu sudah tidak sekuat dulu untuk berdiri lama-lama."Abang Zack kau suka sangat kari tulang ni.Kalau ibu masak,berpinggan-pinggan dia menambah nasi."Cerita ibu sambil mengagih rempah-ratus untuk menyediakan sendiri rempah kari bagi penyediaan kari tulang.Ika,tolong ibu timbangkan rempah-rempah ini.Ikut sukatan yang ibu tulis."

Ika mengambil secebis kertas yang agak lusuh lalu menyukat jintan manis,jintan putih,lada hitam,serbuk kunyit,garam dan cili kering seperti tertera di kertas tersebut.Ternyata agak renyah penyediaannya tapi berbaloi-baloi hasilnya.Cermat Ika memerhatikan ibu menyediakan rempah.Ika teringin untuk menghasilkan sendiri rempah hasil formulasi ibu buat menambat selera Zack dan keluarga kecilnya.

"Abang, jom kita makan nasi.Ibu masakkan kari tulang khas buat abang"Ika cuba menggoda Zack yang sedang sibuk melakukan sentuhan akhir terhadap hasil karyanya.Zack mengukir senyuman apabila mendengar juadah kesukaannya dibawa Ika ke studio.Maka tidak berpanggung kepala menghadap nasi dan kari yang menambat selera.Benar kata ibu,suka benar Zack menikmatinya.Maklumlah rempah kari hasil air tangan ibu sendiri.

"Ika tahu,ibu jarang masak kari sebab ibu dah tak kuat macam dulu untuk berenyah di dapur.Sekarang ibu dah ada assistant,bolehlah abang selalu request kari dari Ika dan ibu."Kata Zack sambil menyuap nasi ke mulutnya."In sha Allah abang.Demi abang ,Ika sanggup buat apa sahaja."Ika menumpahkan janji.
"Ika,Akiff pun suka kari tulang.Kalau Ika tengok Akiff makan,Ika pun mesti tak percaya budak kecil tu makan mengalahkan ibu sendiri."Cerita Zack mengenangkan Akiff yang banyak mengikut jejak dan kesukaan Zack."Anak papa,macam papa dialah."Ika menuturkannya dengan senyuman manis kerana dia merasa sangat bahagia dengan layanan dan kasih sayang Zack terhadap putera sulongnya.

Ika amat berharap agar kebahagiaan yang sedang dilalui tidak diganggu-gugat oleh tangan-tangan jahat manusia.Ika sudah tidak sanggup kehilangan.Ika tidak mahu kasih sayangnya dikhianati.Ika tidak sanggup melihat Akiff diabaikan.Di sudut hati kecilnya memanjatkan doa agar rumah tangga yang dibina bersama Zack akan berkekalan sehingga ke syurga.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience