MISI MEMUJUK

Family Series 39283

Sewaktu Akiff dinobatkan sebagai pemenang dalam pertandingan melukis anjuran Japan International Cooperation Agency,Zack tidak dapat menahan sebak.Akiff dan Ika dipeluknya erat.Bertangisan tiga beranak menerima berita kemenangan Akiff.Wakil JICA menyerahkan replika tiket penerbangan ke Osaka, Jepun.Suatu yang tidak pernah dijangkakan Zack selama ini.Bakat Akiff telah berjaya digilap oleh Zack dengan penuh sabar dan kecintaan yang tidak berbelah bahagi.Sudah rezeki anak syurga Zack dan Ika.Wartawan dari pelbagai media massa menemuramah Akiff dan Zack.Mereka menyatakan rasa kagum mereka kerana hasil sentuhan jemari Akiff sangat luar biasa.

"Papa,mama..Jom balik.Akiff dah tak sabar nak jumpa tok ibu.Mesti tok ibu terperanjat dengan kemenangan Akiff.Akiff juga nak ucapkan terima kasih kepada tok ibu sebab tok ibu selalu doakan Akiff."Kata Akiff gembira.

"Papa ingat nak belanja Akiff makan dulu.Lepas makan kita balik jumpa tok ibu ya?"Pujuk Zack."Tak boleh papa.Akiff nak tok ibu tahu.Nanti kalau lambat-lambat,basilah berita kejayaan Akiff "Balas Akiff menzahirkan perasaan tidak sabarnya untuk berjumpa tok ibu insan yang sangat dikasihinya.

"Mama,tapi tiket penerbangan tu dapat 3 sahaja.Tiket itu untuk Akiff,papa dan mama!Macam mana dengan tok ibu?Tak kan papa nak tinggal tok ibu seorang?Kesian tok ibu.Kalau macam tu, papa dan mama saja pergi.Biar Akiff temankan tok ibu."Begitu jauh Akiff berfikir.Tok ibu adalah prioriti hidupnya.

"Akiff,tentang tok ibu Akiff jangan risau.Papa beli satu lagi tiket penerbangan untuk tok ibu.Papa dan mama pun sayangkan tok ibu seperti Akiff sayangkan tok ibu."Zack meredakan kegelisahan Akiff.

"Betul papa nak beli tiket untuk tok ibu.Yeay, tok ibu dapat ikut Akiff!!"Akiff melonjak keriangan mendengar kata-kata Zack."Tapi papa,tiket tu mesti mahal.Papa ada duit ke?"Otaknya masih lincah berfikir.
"Atok cakap jangan menyusahkan papa sebab masa papa nak kahwin dengan mama, papa dah banyak keluarkan belanja."Tanya Akiff lagi sambil dahinya berkerut memikirkan beratnya masalah yang dihadapi.

"Akiff,papa berkerja keras untuk keluarga kita.Papa dah kumpul banyak duit.Sekarang ni dah sampai masanya papa nak belanja duit papa untuk Akiff,mama,tok ibu dan juga nanti adik-adik Akiff."Jelas Zack sambil mengenyitkan matanya kepada Ika.Ika tertunduk malu.Nampak sangat Zack begitu mengharapkan zuriatnya dengan Ika.Akiff mula tersenyum dan berlapang dada."Oh,kalau papa dah kaya tak apalah papa belanja banyak-banyak.Nanti Akiff besar,Akiff pun nak kerja dan buka studio macam papa."

Sampai sahaja di rumah,Akiff berlari ke bilik ibu.Tidak sabar betul Akiff menyampaikan berita kemenangannya.'Tok ibu cuba teka,Akiff menang atau kalah?"Tanya Akiff sambil tercungap-cungap ."Ala..tok ibu tahu cucu tok ibu mesti menang.Macam papa juga masa kecil-kecil tidak pernah kalah dalam sebarang pertandingan. melukis"Kata ibu penuh keyakinan."Wah, hebatnya papa!Akiff macam papa kan?"Tanya Akiff kepada Zack yang sedang tersengih memerhatikan gelagat Akiff."Ialah..Akiff kan anak papa.Mesti macam papa.Tapi kalau macam mama,Akiff pandai masak kari."Zack mengusik Ika yang banyak mendiamkan diri memerhatikan telatah Akiff,ibu dan Zack.

"Tok ibu.Nanti tok ibu ikut Akiff ke Osaka tau.Papa janji nak beli tiket untuk tok ibu."Akiff menyatakan hasrat hatinya yang membuak-buak dari saat dia menerima berita kemenangannya."Tok ibu tak sihat,sayang.Akiff pergilah dengan papa dan mama."Tok ibu menolak tawaran Akiff.
"Habis tu,siapa jaga tok ibu?Kalau tok ibu tak pergi, Akiff pun tak nak pergi."Akiff mula berdrama air mata.Tangisannya menyentuh perasaan ibu."Akiff, tok ibu bukan tak nak temankan Akiff tapi tok ibu sakit.Jangan risau,nanti tok Biah akan datang temankan tok ibu di sini.Akiff pergilah dengan mama dan papa.Bukan senang tau
nak dapat tiket melancong ke Jepun.Siang malam tok ibu doakan kejayaan cucu ibu."Pujuk ibu sambil menyapu butir-butir mutiara yang berguguran di pipi Akiff.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience