MAJLIS AQIQAH

Family Series 39283

Selepas discaj dari wad bersalin, umi dan abi meminta keizinan Haziq supaya Ika berpantang di rumah mereka.Umi tidak tega membiarkan Ika sendirian kerana Haziq perlu keluar untuk menguruskan perniagaan.Haziq tidak membantah.Dia menurut sahaja kehendak ibu mertuanya.Bagi Haziq,jika Ika berada bersama umi keadaan Ika akan lebih terjaga.Dia sendiri pun tiada pengalaman menjaga isteri dalam pantang.

Semasa berada di rumah ummi,hanya sesekali sahaja Haziq singgah melawat Ika dan anak sulongnya.Alasan yang diberikan ialah dia sibuk kerana menguruskan perniagaan.Papa telah membuka cawangan baru perniagaan hardware mereka.Khidmat Haziq sangat diperlukan untuk memastikan segala urusan perniagaan berjalan lancar.

Akiff Haikal adalah nama buat si comel yang dipersetujui mereka berdua sejak Akiff di dalam kandungan lagi.Jika anak perempuan,ingin dinamakan Arifah Najla.Sambil membelai si kecil Akiff,Ika mula melayan perasaannya.Ika dapat merasakan Haziq sudah 360 darjah berubah.Perubahan ini turut dirasakan oleh umi dan abi.Ika lihat Haziq langsung tidak menyentuh Akiff.Apatahlagi untuk membelai dan mencium putera sulong mereka.Hati ibu mana yang tidak tersentuh melihat layanan yang diberikan oleh seorang ayah terhadap zuriatnya sendiri.

Umi dan abi merancang majlis aqiqah buat Akiff.Ika tidak membantah.Mana yang baik,dipersetujuinya.Haziq dimaklumkan abi.Katanya dia akan datang ke majlis tersebut.Mama dan papa juga akan turut serta.

Majlis aqiqah dibuat secara besar-besaran oleh umi dan abi untuk Akiff.Kata umi,dia tidak mahu kekurangan yang ada pada Akiff menyebabkan kehadiran Akiff diremehkan.Umi dan abi mahu memperkenalkan Akiff kepada kaum keluarga, sahabat handai dan tetangga mereka.

Ika membelek-belek telefon bimbitnya.Tiada panggilan masuk atau mesej dari Haziq.Takkan lah Haziq lupa majlis sepenting ini.Setiap panggilan langsung tidak bersambut.

Haziq sampai lewat di majlis aqiqah.Katanya ada mesyuarat tergempar yang tidak dapat ditunda.Ramai tetamu bertanyakan Haziq namun umi dan abi memaklumkan bahawa Haziq ada hal kecemasan.Ika cuba mengukir senyuman manis sepanjang majlis untuk menyembunyikan rasa hiba yang sesekali berkunjung tiba.

Ketika kawan-kawan Ika dan Haziq berebut mendukung dan mencium Akiff, Haziq dengan selamba sibuk menjamah makanan.Akiff langsung tidak dipandang Haziq.Seolah-olahnya kehadiran Akiff tidak memberi makna kepada Haziq sedangkan sebelum ini, pelbagai persiapan dibuat untuk menyambut Akiff ke dunia.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience