SOLUSI

Family Series 39283

" Ika, tolonglah!!Abang merayu dengan Ika.Kalau Ika tidak berterus-terang dengan abang,sampai kiamat pun abang tak akan tahu apa yang Ika pendamkan.Abang tak pandai berteka-teki."Rayu Zack kepada Ika.Ika hanya membatukan dirinya dan tidak memberikan sebarang respon terhadap butir bicara Ika."Dalam perkahwinan,jika kita ingin rumah tangga kita bahagia sepatutnya tiada rahsia di antara kita.Abang sayang sàngat-sangat Ika dan Akiff.Abang tak dapat bayangkan hidup abang tanpa Ika dan Akiff. Tolonglah sayang.Jangan siksa perasaan abang macam ni.Abang rindu senyum manis isteri abang."Air mata lelaki Zack tumpah jua walaupun ditahan-tahannya.
"Abang nak Ika berterus-terang?Baiklah abang.Abang jangan marah,Ika tidak sukakan pekerja abang.Secara jujurnya Ika rasa dia berniat tidak baik dengan abang.Dari pandangan matanya dan cara dia berpakaian, menyakitkan Ika."Jelas Ika sambil menarik nafas.
"Oh,isteri cantik abang cemburu rupanya.Ika,tak baik menuduh Ayu macam tu. Don't judge a book by it's cover Ika!!Ayu tu boleh diharap.Cekap.Smart dan pandai berniaga.Kadang-kadang lukisan abang yang tidak seberapa pun dia boleh up sampai ribu-ribu."Balas Zack tersenyum sambil memuji Ayu."Oklah abang,kalau macam tu.Eloklah ambil saja Ayu jadi isteri abang.Mungkin dengan kepandaian Ayu,abang jadi lagi terkemuka.Lagipun dia cantik dan menarik.Sesuailah dengan abang yang macho dan bergaya.Kalau nak dibandingkan dengan Ika ni,macam langit dengan bumi."Kata Ika merendahkan dirinya.
"Ika,tiada wanita lain di hati abang kecuali Ika seorang.Abang kenal Ayu dah lama.Bertahun-tahun kerja dengan abang.Sedangkan Ika,abang baru kenal tapi hati abang terpaut kepada Ika.Ika janganlah merepek yang bukan-bukan.Abang nak dapatkan Ika pun bukannya mudah tau.Jangan keruhkan keadaan kita lka.Abang ingin bersama Ika, Akiff dan zuriat kita sehingga ke hujung usia abang.Abang janji sayang,hanya Ika dalam hidup abang.Tiada ruang untuk insan lain bertapak di hati abang."Kata-kata Zack bagaikan halua di telinga Ika tapi bila kelibat Ayu melintas di ruang fikir Ika,Ika merasakan sakitnya hati bagai dihiris belati tajam.
"Abang,Ika merasa sangat terluka bila perkahwinan Ika runtuh dulu hanya kerana seorang perempuan.Ika tidak mahu ianya terjadi buat kali kedua.Seorang suami yang curang,bukan kerana dia lelaki yang jahat tapi kesempatan buruk yang kerap kali hadir boleh menjebaknya sehingga terjun ke kancah yang hina.Dengan pakaian Ayu yang seksi dan menggoda,tidak mustahil suatu hari abang tewas.Abang bukan malaikat.Abang adalah manusia biasa.Abang,instinct seorang isteri selalunya benar.Ika dapat merasakan di saat Haziq berpaling tadah.Kalau abang sayangkan Ika dan perkahwinan ini,abang berbuatlah sesuatu dan cari solusi terbaik."Tutur Ika lega kerana telah mencurahkan segala yang mengganggu fikirannya.
Zack terdiam seketika.Kata-kata Ika ada benarnya.Zack baru perasan gaya dan penampilan Ayu mula berubah sejak kebelakangan ini.Kalau dulu,pakaian Ayu masih manis dan sopan.Adakah Ayu cuba menggoda Zack?Patutlah bila teman-teman Zack cuba memikat Ayu tidak dilayan tapi jika bersama Zack,Ayu seperti seorang khadam yang setia menumpahkan segala kebaktian.
Zack termenung panjang.Luahan Ika, mengganggu kotak fikir Zack.Apa yang harus dilakukan Zack.Situasi ini sangat sukar buat Zack.Ditelan mati emak,diluah mati bapa.
Zack mengetuk pintu bilik ibu.Si kecil Akiff duduk dibirai katil ibu melayan ibu berbual.Zack menghampiri Akiff,seraya mengucup dahinya."Akiff temankan mama sekejap.Papa mahu berbual dengan tok ibu."Ala, papa ... Akiff ada banyak cerita lagi ni dengan tok ibu."Keluh si kecil.""Sekejap sayang,nanti Akiff sambung ya.Papa ada hal mustahak."Tok ibu memujuk apabila melihat wajah sugul Zack seolah ada sesuatu yang memberatkan perasaannya.
Sebaik sahaja Akiff melangkah keluar,Zack menceritakan masalahnya kepada ibu.Zack tidak pernah merahsiakan apapun dari ibu kerana sejak Zack kecil.Ibu adalah pendengar dan penasihat yang terbaik buat Zack."Zack,ibu sudah menjangkakannya.Bukan sahaja Ika yang cemburu tapi ibu juga cemburu dengan budak Ayu tu. Ingat tak lagi masa ibu ke pejabat Zack, dengan leher baju terbelah sehingga menampakkan lurah dada,kain ketat dan singkat.Nauzubillah..Ibu tak suka Zack.Apatah lagi Ika.Tentu Ika sedih bila suami yang dicintainya setiap hari dihidangkan dengan benda tak senonoh."Ibu membebel panjang.
"Ibu,apa yang perlu buat?"Tanya Zack kerana dia sàngat-sangat buntu."Kalau Zack sayangkan Ika dan rumah tangga Zack,Zack kena lepaskan Ayu.Berhentikan dia.Kalau tidak,sampai bila nak tengok Ika macam ni?"Ibu memberikan pandangannya."Tapi ibu,Ayu tu dah lama kerja dengan Zack.Apa kata Ayu nanti?"Kata-kata ibu membuatkan Zack serba-salah."Zack,hidup adalah pilihan.Jika Zack memilih untuk bahagia bersama Ika,lepaskan Ayu.Kalau Zack pilih kerjaya Zack melebihi Ika maka bersiap-siagalah dengan sebuah kehilangan.Kata orang ekonomi,jika kita terpaksa memilih satu peluang di antara dua peluang yang hadir,maka ianya dipanggil kos melepas.Pandai-pandailah Zack membuat pilihan."Kata ibu sambil menepuk bahu Zack."Zack,apapun keputusan yang Zack buat ibarat menarik rambut di dalam tepung.Jangan sampai rambut terputus dan tepung berselerak."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience