MEMAAFKAN

Family Series 39283

Zack membawa Adiratna ke kamar Ika.Pipi Ika dikucup Zack berkali-kali.Sumpah,dia sangat merindui bidadarinya.Beberapa hari mereka tidak bersua muka.Selain mengelak dari bersua dengan Ika,Zack memberi fokus kepada kehilangan Adiratna.Wajah Ika pucat lesi dan tiada lagi seri seperti biasa.Terlukis derita dan sengsara impak kehilangan puteri mereka.Tubuh kecil Adiratna diletakkan atas tubuh Ika yang sedang berbaring.Bagaikan renjatan elektrik,Ika terbangun dari tidurnya.Antara percaya dengan tidak puteri kecil yang sangat dirindui berada dalam dakapannya.Hanya suara tangisan memecah keheningan.Kehilangan puterinya lebih buruk daripada apapun kejadian terburuk.Malahan lebih hebat daripada menghadapi sebuah kematian.Tiada sepatah kata mampu diucapkan.
Ika merafak setinggi-tinggi kesyukuran kepada Ilahi kerana mempertemukan lagi dia dengan puterinya.Jika dulu Ika sangat kuat menghadapi segala rintangan kerana dia tiada pilihan tapi kini ujian yang satu ini meranapkan segalanya. Kekuatannya sudah hilang.Menangislah Ika,tiada sesiapapun yang benar-benar kuat dalam hidup ini.Terkadang manusia terlihat kuat kerana dia cuba bersandiwara supaya dunia tidak tahu duka laranya.
Kisah penculikan Adiratna terpampang di media massa.Angkara seorang jururawat telah mencalarkan imej hospital.Jika hospital bukan tempat yang aman untuk pesakit maka di manakah tempat yang dapat menjamin keselamatan pesakit terutama anak kecil?Maka jika SOP di setiap hospital diperketatkan dan dipersulitkan ,Kementerian Kesihatan janganlah pula dipersalahkan.
Kecekapan pihak polis memberkas suspek membuktikan bahawa PDRM kerana berjaya mengekalkan momentum kecemerlangan mereka dalam membanteras kes-kes jenayah.
Suspek kes penculikan Ika,kemudiannya didakwa di mahkamah atas sabit kesalahan.Setelah berbulan-bulan kes dibicarakan maka hakim telah memerintahkan suspek dirawat di Hospital Bahagia Tanjung Rambutan, Perak kerana masalah mental yang dideritai manakala suami dan ibu bapa pula dikenakan hukuman penjara kerana bersubahat dalam kes penculikan tersebut.
Sangat berat kesalahan yang dilakukan suspek kepada keluarga Zack.Bukan senang untuk MEMAAFKAN .Namun Zack percaya ada sebab Allah menghadirkan ujian ini.Setiap ujian mendekatkan hamba kepada penciptanya.Suspek juga ada sebab melakukannya.Hidup tanpa zuriat terasa hambar.Apatah lagi bila diuji dengan ujian kemandulan.Penerimaan keluarga,tohmahan dan stigma masyarakat terhadap pasangan yang tidak dikurniakan cahaya mata pasti memberikan tekanan kepada suami isteri tersebut.Zack cuba meletakkan diri di tempat mereka.Rasa empati dengan penderitaan suspek membuatkan rasa marah sudah lenyap di sanubari.Zack belajar memaafkan mereka kerana dengan memaafkan akan menjadikan kita lebih berlapang dada.Bumi mana tidak ditimpa hujan dan laut mana tidak bergelora.Dalam kehidupan, selalu ada tempat untuk sebuah maaf, tak peduli seberapa besar kesalahan yang telah terjadi.
Setelah keadaan kesihatan Ika semakin pulih,Ika dibenarkan pulang ke rumah.Ibu,Akiff,umi dan abi sangat gembira dan teruja dengan kepulangan mereka.Jiran tetangga juga turut menziarah mereka.
Namun begitu, walaupun sekuat mana Ika cuba melupakan kisah penculikan Adiratna,namun ianya meninggalkan kesan trauma yang hebat dalam diri Ika.Ika tidak akan meninggalkan puteri kecil mereka seorang diri.Adiratna sentiasa dalam pengawasannya.Dia akan gelisah jika orang ramai berkunjung ke rumah mereka.Di sudut hatinya terlintas rasa curiga dengan orang yang kurang dikenalinya.Keselamatan puterinya seringkali dikhuatiri.Malahan Zack terpaksa menggajikan pengawal untuk menjaga keselamatan keluarga mereka demi memastikan jiwa Ika tidak terganggu dan kesihatan Ika akan kembali pulih seperti sedia kala.Saat seperti ini, wang ringgit bukanlah segala-galanya.Yang penting buat Zack untuk melihat keluarga kecilnya tenang dan aman menjalani kehidupan.
Ibu,Umi dan abi adalah di antara insan paling gembira melihat binar bahagia di wajah insan-insan kesayangan mereka.Ika dan Zack sudah mampu tersenyum,bergurau dan berjenaka seperti selalu tapi ada sebuah kerisauan yang mengusik mereka apabila melihat Adiratna yang pastinya kehidupan dia tidak seperti anak-anak kecil yang lain.Adiratna akan membesar di bawah pengawasan dan pemerhatian sepanjang hidupnya.Namun apakan daya mereka, sejarah hitam yang berlaku sangat membekas dan membuatkan Zack selaku ketua keluarga akan memastikan putera-puterinya terjaga dan tidak akan disentuh oleh tangan-tangan jahat manusia.Itulah ikrar yang dilafazkan Zack sebaik saja Adiratna kembali ke pangkuan mereka.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience