ULAT BULU NAIK DAUN

Family Series 39283

Mesyuarat di antara pemilik-pemilik saham Syarikat Armada diadakan di Bilik Mesyuarat Bunga Kenanga.Setelah menyediakan beberapa dokumen yang diperlukan Dato' Hadi,Ika mengambil tempat duduk.Mereka menunggu beberapa orang pemegang saham akan turut serta dalam mesyuarat.Dato' Hadi selaku managing director mempengerusikan mesyuarat.

Kebanyakan pemilik saham adalah dari latar belakang individu-individu ternama.Ika tidak pernah ambil tahu walaupun kerap kali bertemu mereka di Syarikat Armada.
Sepanjang mesyuarat ada mata-mata yang nakal memerhatikan Ika.Bukan setakat mencuri pandang tapi pandangan yang menelanjangkan sekujur tubuh Ika.Ika tidak senang diperhatikan sebegitu rupa.Ika diam tidak berkutik.Dia sudah lelah melayan karenah manusia bernama lelaki dalam hidupnya.

Usai mesyuarat yang dirasakan berjam lamanya, Dato' Iqbal merapati Ika.Usia Dato' Iqbal mungkin sebaya Dato' Hadi.Penampilannya sangat berkarisme.Dato' Iqbal mengukir senyuman buat Ika.Tangan dihulurkan menanti bersambut.Ika menolak lembut mempertahankan prinsip dan didikan agama yang dipegangnya."Ika,you sihat ?"Dato' Iqbal menegur Ika penuh kemesraan.Dato' Hadi di sebelah Ika tidak senang duduk.Kelat wajahnya sudah boleh ditebak perasaannya ketika itu.Dia memang tidak pernah akan senang dan aman jika sesiapa pun mendekati dan merapati Ika"Ika,jom lunch dengan I tengah hari ini.I dah lama nak belanja you."Ok,nanti lepas urusan dengan Dato' Hadi, I pergi ke tempat you.Tunggu I tau!!"Bersahaja tanpa rasa segan dan malu kepada Dato' Hadi.Ika hilang kata-kata.Itulah kelemahan Ika.

Semasa Ika leka di meja,entah bila Dato' Hadi berada di sisi Ika."Ika,you jangan layan Dato' Iqbal.Gatal merenyam.Dah beristeri tiga pun ada hati nak mengorat you.I nasihatkan you,lebih baik you balik.Half day sahaja hari ini.I tidak suka you rapat dengan dia."Aduhai, sakit jiwa di kelilingi oleh sang kumbang yang suka menggoda berpakej dengan cemburu buta.Walaupun kerja menimbun di meja, Dato' Hadi pula suka-suka sahaja bagi arahan supaya balik.Sepatutnya Dato' Hadi professional dan tahu mengasingkan urusan peribadi dan urusan kerja.Walaubagaimanapun,Ika akur dengan arahan Dato' Hadi.Maklumlah ,Ika hanyalah seorang manusia biasa yang juga punya hati dan perasaan.

Setelah mengemas meja dan memasukkan dokumen penting ke dalam almari berkunci,Ika memaklumkan kepada Kak Tini bahawa dia kerja separuh hari sahaja kerana ada urusan.Belum sempat menapak langkah, Dato' Iqbal sudah tiba di hadapan Ika."Ika,jom I belanja."Sudah tidak sabar-sabar lagi Dato' Iqbal untuk meluangkan masa dengan Ika.Sudah berkali-kali dia cuba memikat dan mengayat Ika tapi tidak sekalipun dia berjaya memujuk Ika.Perempuan ini bagaikan angin.Lembutnya melenakan dan ributnya menggusarkan.

Ika cuba menolak penuh berhemah tapi kata Dato' Iqbal mereka bukan keluar ke mana-mana tapi sekadar minum di cafe sahaja.'I janji dengan you,ini yang pertama dan terakhir I belanja you."Maka mahu tidak mahu,Ika menuruti permintaan Dato' Iqbal.
"Ika ,I dah lama perhatikan you.You cantik,baik dan sempurna pada pandangan mata I tapi mengapa sampai sekarang you masih sendirian.Sepatutnya you kena isi ruang hati you.Rugi Ika.Masa muda akan berlalu pergi.Kalau you sudi,I pun ada kekosongan lagi."Akhirnya Dato' Iqbal tidak berkias-kias seperti biasa.Dia tahu Ika bukannya budak kecil yang boleh digula-gulakan."Dato',saya senang dan bahagia dengan kehidupan saya sekarang.Tiada satupun yang terkurang dalam hidup saya.Kalau boleh,saya tidak mahu serabutkan fikiran dengan kehadiran lelaki."Ika telus menjawabnya."Kalau you sudi,I nak memperisterikan you.You cakap berapa wang hantarannya, I sanggup demi you."Janji Dato' Iqbal.Ika tersenyum sinis."Dato',hargailah yang ada di depan mata.Tentu kecil hati isteri-isteri Dato' apabila cinta Dato' beralih arah lagi."Belum sempat Ika meneruskan kata-kata, Dato' Hadi muncul di depan mereka."Oh, I ingat you balik.Bukan you ada urusan di luar?"Agak keras nada suaranya seperti hendak menghalau Ika."Ala..Hadi,aku yang ajak Ika temankan aku.Aku ni mana biasa minum sorang-sorang.Dapat bersama Ika pun bukannya senang."Dato' Iqbal cuba membela Ika.

Ika tahu Dato' Hadi marahkan Ika.Namun tidak kuasa untuk Ika bercerita, menjelaskan segalanya.Biarlah..langit tidak perlu menjelaskan dirinya tinggi kerana dia memang tinggi di angkasa raya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience