SESAL

Family Series 39283

Ika cuba bersikap professional sewaktu bertemu client bersama Dato' Hadi di hotel tempat mereka menginap.Biarlah dia menyimpan segala memori hitam yang cuba dilakarkan di kanvas kehidupannya.Kini segala rasa hormat,taat dan kagum kepada Dato' Hadi semakin gugur satu-persatu.Ika sudah melihat sisi gelap Dato'Hadi.Dia tahu atas dasar keegoan,gagalisme adalah suatu yang tidak dapat diterima oleh seorang lelaki yang berjiwa besar seperti Dato'.

Sepanjang perjalanan pulang mereka dari Bandar Melaka, suasana sunyi dan sepi tanpa bicara.Ika memejamkan mata dan hanyut dibuai mimpi.Dato' Hadi pula sesekali mengerling ke arah Ika.Melihat wajah polos Ika, rasa sesal sesekali bertandang di sudut hati.Dia sedar Ika bukannya wanita murahan yang boleh dibeli cintanya dengan harta benda dan kemewahan.Namun salahkah jika dia untuk jatuh cinta buat kesekian kalinya?

Dalam metafizik cinta, sifat cinta ini bagaikan satu barang, apabila si lelaki memberi cintanya ini kepada si perempuan si perempuan pula membalas balik cinta si lelaki dengan cinta yang sama, maka akan terciptalah satu bulatan dan pusingan cinta yang satu dan padu.

Namun begitu,perkara ini tidak berlaku di antara Dato' Hadi dan Ika.Ika langsung tidak memberi ruang kepada Dato' Hadi . Berbicara mengenainya juga dia tidak sudi. Biarpun nampak lembut watak luaran Ika namun hatinya keras bagaikan batu.Jika batu yang keras air pelekuknya maka hati yang keras,lidah pelembutnya.

Pak Mat pula sambil memandu dia melayan perasaannya.Sudah hampir 15 tahun Pak Mat menjadi pemandu Dato'Hadi dan keluarga.Dato' Hadi yang dikenali sangat baik dan pemurah.Pengajian anak-anak Pak Mat semuanya dibiaya oleh Dato' Hadi.Pak Mat adalah sebahagian dari kehidupan Dato' Hadi.Demi Dato' Hadi,Pak Mat sanggup berkorban jiwa dan raga.Namun begitu, ketika Dato' Hadi menyusun taktik kotornya untuk memiliki Ika,Pak Mat terpaksa menarik diri.Melihat Ika,Pak Mat terkenang kepada anak-anak gadisnya.Pak Mat tidak sanggup melihat Ika menjadi mangsa.Dari riak Dato' Hadi dan wajah cemberut Ika,Pak Mat mengerti bahawa impian Dato' Hadi belum kesampaian.Jika tidak tentu acara meeting bertukar menjadi majlis akad nikah di antara Dato'Hadi dan Ika.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience