KEJUTAN DEMI KEJUTAN

Family Series 39283

Terdengar suara memberi salam di luar pintu rumah.Akiff bingkas bangun membuka pintu."Uncle,tok ibu ..masuklah."Pelawa Akiff ramah.Ika terperanjat melihat ibu dan Zack sudah berada di ruang tamu.Namun begitu, Ika segera bersalam dan menjemput ibu dan Zack duduk.Akiff ke bilik umi untuk memanggil umi dan abi berjumpa tetamu istimewa Akiff.Tidak tembus kotak fikir Ika bagaimana Zack dan ibu boleh sampai ke rumah umi.Sedangkan Ika tidak pernah memberitahu ibu alamat rumah umi.
"Sebenarnya tadi Akiff datang jumpa abang bagitau Akiff tak boleh ikut abang kerana nak ziarah atok sakit."Jelas Zack bagai mengerti rasa sangsi Ika."Ibu suruh Zack tanya alamat supaya bolehlah kami menziarah keluarga Ika."tambah ibu pula."Terima kasih ibu.Terharu Ika dengan kedatangan ibu."

Panjanglah perbualan ibu dan Zack dengan keluarga Ika.Pelbagai topik dibincangkan mereka.Ternyata umi dan abi sangat gembira dengan kedatangan mereka ke rumah.Orang yang paling ceria ialah Akiff.Asyik duduk di ribaan Zack.Walaupun dilarang tapi bagai disuruh-suruh.Kata ibu,"Beginilah Akiff kalau ke rumah ibu.Semuanya nak dengan uncle .Kalau boleh,makan pun bersuap."Ceri ta ibu sambil ketawa.

Apabila ibu dan Zack meminta diri untuk pulang,umi dan abi menjemput mereka makan tengah hari di rumah kerana hidangan tengah hari sudah terhidang.Maklumlah isteri along dan angah sudah masuk dapur sejak awal pagi lagi jadi umi tidaklah berperang di dapur seperti kebiasaannya.Puas ditolak Zack dan ibu dengan pelbagai alasan,umi dan abi berkeras juga untuk merai mereka.Umi dan ibu ada persamaan.Sangat berbesar hati dengan kehadiran tetamu.Kalau boleh apa yang ada semuanya ingin dijamu.

Hari Isnin nan ceria,mood bekerja sudah diactivate.Ika sampai awal di pejabat.Secawan kopi panas untuk Dato' Hadi disediakan Ika.Mawar putih walaupun hadirnya menyakit sesetengah mata namun ianya menemani hari-hari Ika sejak beberapa bulan ini.Walaupun tidak diketahui pengirimnya,Ika tidak pernah mahu ambil tahu dan peduli siapa yang sanggup menghabiskan wangnya dengan sia-sia.

"Ika, bawakan saya lagi secawan kopi."Pinta Dato' Hadi melalui interkom."Siapa yang bertamu di awal pagi?"Ika bertanya sendiri.Pantas jari-jemari Ika mengadun serbuk kopi dan gula.1 sudu besar gula dan 1/2 sudu besar kopi adalah formula penyediaan kopi yang tidak pernah mungkir dari segi rasa dan aroma.

Pintu bilik diketuk sebelum Ika masuk.Sebaik sahaja cawan kopi diletakkan, Dato'Hadi meminta Ika duduk di sofa."Cuba lihat siapa tetamu yang datang?"Ucap Dato'Hadi.Ika melihat figura di depan mata."Haziq!!"suara Ika naik seoktaf sambil Ika membuntangkan matanya."Apa khabar Ika?"Ramah Haziq menyapa Ika seolah di antara mereka tiada sejarah duka nestapa.Mata Haziq tidak berkedip memandang wajah Ika iaitu wajah yang kian dirinduinya sejak dia terserempak dengan Ika beberapa bulan yang lalu.Dato'Hadi di sebelah Haziq hanya memerhatikan sahaja rentak Haziq.Kalau kedatangan Haziq bukan atas urusan perniagaan,sudah tentu Haziq tidak diundang ke pejabatnya.Dato' Hadi juga tidak menyangka Haziq akan bermain mata dengan jandanya sendiri sedangkan suatu waktu dahulu,senang-senang Haziq mencampak Ika dari hidupnya.

"Dato',En.Haziq,kalau tiada apa-apa saya keluar dulu."Ika sudah tidak senang hati untuk berbual-bual bersama Dato'Hadi dan Haziq."Ika,tolong semak surat permohonan dari beberapa NGO kepada company kita,"Sengaja Dato' Hadi memberi arahan supaya Ika tidak berlama-lama di biliknya.

Setelah berbincang mengenai urusan perniagaan, Haziq sengaja bertanyakan pendapat Dato'Hadi mengenai hasratnya untuk memperisterikan Ika semula.Dato' Hadi cuba beriak biasa waima di hatinya bagai tsunami melanda." I rasa Ika tak semudah itu nak terima you semula Haziq.Lagipun,you tinggalkan dia tanpa khabar berita.Mereka dah biasa hidup tanpa you dan tak mustahil pinangan you akan ditolak mentah-mentah.Haziq,orang yang bijak tidak akan jatuh lubang yang sama dua kali."kata Dato' Hadi
dengan niat untuk meranapkan harapan Haziq terhadap Ika.

Ketika Haziq keluar dari bilik Dato'Hadi,Ika sudah tiada di meja.Kata staf yang lain,Ika keluar kerana ada urusan.Sebenarnya Ika mencari alasan untuk tidak mahu berjumpa Haziq.Dia telah lama melupakan Haziq dan menguburkan segala kenangan ketika mereka bersama suatu ketika dulu.Untuk melupakan orang yang dicintai sepenuh hati,bukanlah suatu yang mudah.Berapa baldi air mata yang tumpah jika boleh disukat dan dihitung.Teringat Ika akan bait kata-kata,
"Jika seorang perempuan menangis karena disakiti oleh laki-laki. Maka setiap langkah laki-laki tersebut dikutuk oleh para malaikat." (Ali bin Abi Thalib).Namun begitu, insan bernama lelaki selalu ambil mudah akan perasaan seorang wanita bila di hatinya sudah tiada lagi cinta.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience