KESYUKURAN

Family Series 39283

Abi meminta along dan angah serta keluarga pulang segera.Kata abi,ada hal penting.Maka along dan angah tidak menyanggahnya.Mereka sangat faham mengenai abi.Abi tidak akan menyusahkan anak-anak jika perkara tersebut tidak penting buatnya.Along dan angah berjaya memohon cuti rehat khas selama dua hari demi memenuhi hajat abi dan umi.

Sebuah majlis kecil diadakan abi sebagai tanda kesyukuran.Jelas riak wajah umi dan abi sangat bahagia dan gembira.
"Assalamualaikum..anak-anak abi, menantu-menantu abi dan cucu-cucu yang abi kasihi.Abi dan umi mengadakan majlis ini sebagai tanda merafak kesyukuran kepada Allah swt.Yang pertamanya kerana Ika sudah sihat sepenuhnya.Yang kedua,abi bersyukur atas kejayaan along,angah dan Zack.Kalian telah berjaya dalam profesi masing-masing.Umi dan abi sangat bahagia.Andainya Allah mengambil umi dan abi dan saat ini, in sha Allah abi rasa abi dapat pergi dengan tenang.Selama abi dan umi meniti hari tua,kami semakin diuji dengan kesihatan kami yang kian merosot.Kadang kala, umi dan abi rindu kepada anak menantu dan cucu meluap-luap tapi terpaksa kami pendam kerana tidak mampu untuk bermusafir seperti dulu.Namun begitu, hanya doa yang mampu abi dan ummi kirimkan buat kalian. Dan yang ketiga,seperti kalian semua tahu Akiff telah berjaya dalam pertandingan mewarna peringkat antarabangsa yang melayakkan Akiff,Zack dan Ika ke Osaka.Kejayaan Akiff sangat besar kepada keluarga kita.Justeru di kesempatan ini,abi dan ummi ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Zack kerana sudi menerima anak dan cucu abi dengan seadanya.Abi sàngat-sangat terharu.Kami semua sayangkan Ika selaku puteri tunggal dalam keluarga ini.Kami mendoakan kebahagiaan rumah tangga kalian di dunia dan akhirat."Ucapan abi menyentuh perasaan Zack.Zack memeluk abi dan juga berterima kasih kepada abi kerana sanggup menerima kehadiran Zack.Ika juga tidak menyangka bahawa abi akan menghimpunkan mereka semua semata-mata demi menzahirkan rasa kasih sayang abi dan umi dan seterusnya merai pencapaian Akiff.

"Kepada cucu-cucu atok, atok harap cucu-cucu atok semua menjadikan Akiff sebagai contoh.Walaupun Akiff masih kecil tapi Akiff telah mencapai kejayaan yang terbesar dan telah mengharumkan nama keluarga kita.Tidak terjangkau akal atok bahawa Akiff mampu pergi sejauh itu.Sebagai tanda penghargaan,atok dan nenek sediakan sedikit sagu hati buat Akiff."Kata Hj Hamdi menggamit Akiff ke arah beliau.Tersipu-sipu Akiff mendekati atoknya.Dua sampul berisi wang dihulurkan Hj Hamdi."Satu dari nenek dan atok dan satu lagi dari pak long dan pak ngah."Jelas Hj Hamdi.

"Akiff..bukalah sampul tu.Kita orang nak tahu berapa yang Akiff dapat!!"Suara nakal anak along memecahkan kesunyian saat semua mata terpaku memandang Akiff.Hj Hamdi memberikan isyarat supaya Akiff membuka ke dua-dua sampul tersebut.Helaian-helaian duit berwarna biru dibilang beramai-ramai."Wah,dua ribu ringgit Akiff!!Banyaknya.Bolehlah beli ole-ole buat kita orang."Tutur sepupu-sepupu Akiff yang sangat teruja dengan kemenangan Akiff.

Majlis kesyukuran secara tertutup bermakna untuk semua adik-beradik Ika.Kesempatan yang jarang-jarang hadir dimanfaatkan mereka semua.Banyak topik diperbualkan.Akiff menjadi tumpuan saudara-saudara sepupunya.Kejayaan Akiff memberi inspirasi kepada semua.

"Akiff, seronok tak Akiff dapat pergi ke Jepun?Akiff berapa tambang pergi Osaka?Akiff, nanti berapa hari Akiff berada di Jepun?Akiff, selain Jepun Akiff suka ke negara mana?Akiff boleh ke cakap Jepun?"Pelbagai soalan menerjah Akiff oleh wartawan-wartawan kecil tidak bertauliah.

Ika tersenyum memerhatikan Akiff dari kejauhan menyantuni sepupu-sepupunya.Akiff seperti Zack sentiasa tenang dan berkeyakinan.Jika dilihat tindak-tanduk Akiff seperti anak remaja yang sudah matang pemikirannya.

Akiff juga sangat terkesan dengan majlis yang diadakan oleh atoknya.Akiff tidak menyangka kejayaan yang dicapai oleh Akiff membuatkan atok dan neneknya sangat teruja dan bangga.Akiff berjanji akan selalu membahagiakan insan-insan kesayangannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience