BONDING TIME

Family Series 39283

"Mama,Akiff nak makan ayam KFC!!"Sudah beberapa kali Akiff meminta namun hajatnya tidak kesampaian disebabkan mamanya yang sibuk.Hari ini,Ika meminta kebenaran dari Dato'Hadi untuk balik awal supaya dapat meluangkan masa bersama Akiff.Dato' Hadi tidak pernah menolak sebarang permintaan Ika.Walaupun begitu, Ika bukanlah sewenang-wenangnya mengambil kesempatan di atas kebaikan orang."Kalau untuk Ika, apa sahaja Ika walaupun bulan dan bintang!!"Gurau Dato' Hadi apabila melihat Ika beria-ia untuk bekerja half day.Setelah mengucapkan terima kasih kepada Dato'Hadi,Ika mencapai beg tangannya dan memecut kereta untuk pulang.

Tiba di muka pintu rumah,Akiff sudah menunggu mamanya."Nenek,mama balik"jerit Akiff.Terkocoh-kocoh si nenek datang apabila mendengar suara jeritan Akiff.Akiff sudah siap berbaju kemeja dan berseluar jeans untuk keluar bersama mamanya.Umi dan abi tidak ikut serta walaupun Akiff beria mengajak mereka.Manalah lalu orang tua mengadap ayam KFC."Akiff pergilah dengan mama.Lain kalilah nenek dan atok ikut Akiff,ya!!"pujuk nenek apabila melihat mulut Akiff sudah muncung sedepa.

Berpimpin tangan dua beranak masuk ke Restoran KFC.Ika memilih sudut agak yang tersorok kerana dia lebih sukakan privasi bersama hero kecilnya.Berselera sungguh Akiff makan ayam goreng.Melihat Akiff makan berselera pun,Ika turut kenyang.

Rupanya di suatu sudut lain ,ada sepasang suami-isteri juga sedang menikmati hidangan di KFC.Tiba-tiba pandangan tertancap kepada Ika dan Akiff.Tidak diduga setelah 5 tahun lebih mereka terpisah,akhirnya hari ini dipertemukan kembali.Ika kelihatan lebih cantik dan menawan.Senyum manis dan sifat keibuan terserlah di wajahnya.Budak lelaki di sebelah Ika memang persis papanya.

Haziq cuba menahan perasaan.Dia telah lama membuang Ika dan Akiff dari lubuk fikirannya.Kehadiran Intan Wardina secara tiba-tiba, melenyapkan segala rasa cinta kepada Ika walaupun Ika adalah cinta pertamanya.Namun dia buta dalam menilai di antara kaca dan permata.Begitulah manusia,sering melakukan kesilapan tetapi tidak pernah mahu belajar dari segala kesilapan.Jika tidak kerana Intan di sisi,sudah tentu dia akan bersegera menemui Ika dan Akiff.

"Terima kasih mama belanja Akiff.Nanti Akiff belanja mama pula."sambil mengaitkan kelinking mamanya sebagai pinky promise."Baik,mama tunggu Akiff belanja tapi mama nak Akiff belanja cheeze wedges,burger,nasi lemak dan ayam KFC."Ika menyakat Akiff."Ala...habislah duit simpanan Akiff,"Akiff menyuarakan kerisauan.Mereka keluar dari Restoran KFC dengan hati yang sungguh girang.Si ibu dapat melunaskan janji dan si anak pula hajatnya telah dipenuhi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience